Wednesday, October 26, 2011

deepavali...1 malaysia...(cacamarba)

aku menulis ini setelah marah akan bunyi mercun yang mengejutkan aku dari tidur.11.00pagi 26/10/2011

di malaysia...deepavali@pesta cahaya juga kini di sambut dengan pesta bunyi(hingar+bingit).tahniah..malaysia boleh!

fantasiku adalah untuk aku memparangi individu yang membakar mercun di blok rumah sewa pangsaku.(adib terjaga dari tidur..aku terjaga dari tidur..)

tapi andai aku sahaja yang memikirkan sebab dan akibat...individu lain tidak turut sama memikirkan sebab dan akibat...aku seperti biasa akan jatuh kepada status si mangsa..

sepatutnya agama dan perayaan kegamaan bakal merapatkan ukwah sesama manusia..tapi bilamana keriangan menyambut tanpa mempedulikan individu lain..pastinya TUHAN akan malu jika DIA memiliki emosi lantaranya sikap RIANG penyembahnya tidak mempedulikan insan lain..

p/s- agama tak menyuruh kita penting diri sendiri..tapi manusialah yang menyalah gunakan agama untuk kesenangan..
kajian kes penghujahan..solat jumaat..insan yang pergi mengadap tuhan tapi membiarkan kereta miliknya parking dan menyebabkan penganut agama lain dan juga penganut agama yang sama yang tak berjemaah bersama di hari berkenaan menyedekahkan sebakul penuh sumpahan dan kata makian buat sang penyebab kesesakan..
....
sila pahamkan konteks isu..!!
aku tak marah tuhan...aku marah penyembah tuhan yang pergi menyembah tapi di hati tak pernah terlintas masalah2 individu lain..
di sini saya cuba menegaskan pastinya bukan itu konteks kesan kekusyukan yang Tuhan inginkan tatkala mensyariatkan diri-Nya disembah.

pencerahan bersama keraian deepavali..
-kepulangan RAMA setelah 14 tahun jalani vanvas dalam hutan
-Narakasura yang dibunuh oleh Sathyabhama..isteri krishna..
-hari terakhir pesta menuai..
banyak lagi..boleh rujuk saudara Google..
dalam proses eksplorasi ini..akan bertemu perbendaharaan kata melayu yang dipinjam daripada bahasa sanskrit yang maha indah..umpamanya syurga loka/neraka/..dll

mari memahami kefahaman..

Thursday, September 08, 2011

impian part-timer perampok (khas buat din!)

sahabat karib ku dari hulu ingin mudik ke muara kerana ada perkabaran yang kapal bakal berlabuh pada tanggal yang ditetapkan olehku..
seperti yang diketahui, rezeki berlabuh, pastilah ada pelbagai penghasilan yang boleh dirampok bersama.

aku pula telah pun meninggalkan anak dan isteri di muara(berbeza) untuk merampok kapal yang diperkhabarkan tiba.

hari yang sepatutnya kapal berlabuh, bayang sampan pun tak kelihatan.
pada angin yang lalu aku ujarkan agar rakan aku tidak mudik dahulu biarlah
aku seorang menunggu durian yang tak jatuh.
dalam fasa penantian, bekal makanan semakin menyusut rakan aku menegaskan yang dia terpaksa melakukan kerja-kerja kampung semula sementelah kapal tiba. aku yang memang di muara boleh saja membasuh jeti, merampok jong mahupun memeras ugut pendatang pashtun.

apapun, aku masih berhasrat agar aku dan beliau mampu berganding bahu untuk merampok kapal hinggalah ke tahap bahtera semula seperti masa lalu!..
biar kata pedagang Cina Wong Kar Wai atas kapalnya yang bernama Dalam Mood Untuk Bercinta - "zaman itu telah berlalu" tapi aku dan beliau statik..tak terhenjak dek gejolak perubahan...
doakan agar kapal itu cepat berlabuh!

Wednesday, July 27, 2011

Kaedah Perubatan Alternatif ...(ada ke?)


Ini zaman moden, kaedah perubatan berteraskan agama dah jadi tak hype, tak urban. kaedah amalan mesti diperhalusi hujah AKAL dan SAINS. Akupun satu kapal pikir macam ni. Namun tadi atas desakan orang rumah, aku turutkan saja ikut pergi Al Hidayah, Gombak.

Sampai situ pukul 9.00 malam, suasana dah macam karnival kecil(aku dah kali ke dua bertandang ke sini, semalam dah buat appointment). Apa yang best kat sini, kita boleh nampak makcik2 dan wanita2 yang memakai telekung bahagian kepala sahaja diikuti kain kurung/seluar. Aku konfius, definasi pakaian yang menutup aurat adalah kriteria utama. Perlukah lagi telekung waktu sembahyang. Kenapa nak berdepan dengan manusia pun berpakaian yang agak sama dengan mengadab Dia. Tapi mungkin trend di sini...ujarku yang cuba berdiplomasi dengan ngomel nuraniku ke atas pilihan gaya pamakaian individu(sebenarnya aku tak berhak pun nak kritik orang pakai apa).

Adib keriau, mata orang ramai bertumpu. Eni lakukan serangan saraf kepada pihak pengurusan agar temujanji kami dipercepatkan. Aku rasa busuk..aku menarik Adib keluar dari ruang lakon yang dikerumuni rata-rata "geng-geng senja tudung kopiah". Adib terlena dalam pangkuan aku. Aku keras. Jalan pun dah macam operate steadycam(takut Adib jaga).

Selang seketika, nama Adib dilaungkan. Masuk ke dalam kamar rawatan, kelihatan seorang "doktor" yang segak duduk di meja berlaptop. Aku jeling skrin, bukan facebook...tapi software inhouse database. Aku meliar sekitar panel penghadang yang tak tinggi mana. Namanya Ashraf Muslim. Macam biasa dengar...

Beliau bertanya apa permasalahan Adib?
Mata aku lirik ke Eni..Eni kata malam tak boleh tidur.
Beliau membalas "tu tengah tidur?"..Eni mati kata-kata..(aku nak kenyit mata pada eni tapi hasrat ini aku lempar jauh-jauh)
beliau kemudian meneliti Adib secara terperinci. Mata beliau tertutup. Mulut kumat-kamit
(..alhamdullilah..setting fantasi khayalan aku yang siap dengan kemeyan tidak wujud..)

Diagnosis dan firasat beliau menyatakan anak kami ada diganggu jin.(aku tak tanya jin tu melayu cina ke india..malaysia ke PATI ke..jin Islam ke jin Kafir masuk neraka ke??) Sebaliknya aku bertanya "bukankah jin dimensi lain, manusia dimensi lain. Macammana boleh ter"overlap""?
..Hujah beliau bagi pada aku kurang meyakinkan. Penerangan terbabas kepada jin baik dan jin jahat..(hehehe..stereotyping jahat manusia adalah pembangkang..baik=kerajaan..)Penerangan ustaz boleh terbabas apatah lagi cerita aku ini.. ok..kita fokus balik kepada cerita ini..

Aku bukan menduga, tapi aku selaku individu moden yang perasan hype sering nak rasional penaakulan AKAL dan SAINS. Lalu sengajalah terkeluar soalan2 tonyok dan nangoi yang dahagakan hujah saintifik.

Aku membuat kesimpulan, ilmu dia mengubati mungkin dah capai tahap zen tapi ilmu menerangkan dia masih perlu dimantapkan. Tapi apa ada hal, mana ada manusia yang serba serbi mahir akan sesuatu.

Yang menariknya waktu tangan dia menggayakan seolah2 menarik sesuatu..Adib terjaga dan menangis kecil..dia tak cakap pun yang dia dah tarik jin itu keluar..Tapi macam tu lah apa yang aku rasa..

selepas itu, Beliau bertafakur seketika dan kemudian tangan jari telunjuk kemudian terhenti menudingkan di suatu judul surah dalam Quran dari buku kecil...kemudian daripada database laptopnya, diprintkan nama surah dan kaedah pengamalan.
Beliau tanya siapa boleh baca al quran. Aku balas dua2 boleh baca(mengeja sebenarnya..hehehe)
................................
Dalam perjalan pulang, aku tanya Eni, ustaz tu famous ke? dia kata tu mamat Ustaz Amirul. Eni tambah,mama aku musti tahu punya...aku tanya Ustaz Amirul tu Ustaz Cokelat ke?..Eni balas Ustaz Cokelat tu Wan Hanafi Su..(betapa aku tak hype sungguh..tak kenal artis..)..(pernah satu kali maya karin datang set bara jiwa..aku tak kenal..yelah..tak pakai name tag Maya Karin pun, dan sememeh aja aku tengok..)..Allah..terbabas lagi....apa2 pun Eni kata dia dah cuci tangan dunia seni..

Aku pikir dalam hati, sebat mamat ni watak tabligh aku pun ok gak..kalau nak jual oranglah..Oh...Tidak..Aku mahu "jual" cerita..
Pelakon aku nanti kalau orang lihat movie aku lepa kenal sapa pun ok..

Aku terangkan kat Eni apa yang aku rasa masa beliau gayakan aksi "menarik" tadi..Eni ber"subhanaallah"..aku kata rilek..kita sama makhluk Allah..malah kita tak perlu takut pada jin..sebab jin tu darjat rendah pada kita..sebab tu agaknya aku tak takut tonton cerita seram. Untuk aku,dengar sound design cerita seram di panggung wayang adalah indah..tapi untuk menonton adalah menjengkelkan...tapi ironinya proses buat cerita seram itu fun..huhuhuhu

Kepada orang yang takut menonton cerita seram hentikanlah onani adrenalin anda..Darjat manusia tinggi dari hantu2 dan jin2 tu..Menatang2 inilah yang sebenarnya takut pada kebijaksanaan manusia.
Kepada pembikin cerita hantu dan pemerintah juga yang zalim. "subconsious side impact" yang anda tak nampak adalah saham penyemaian rasa ketakutan selain Allah.
Andai saja natijah cerita anda akan memenangkan agama..silakan..andai tak ada rentikanlah!!(tak setuju?..takpa..pendapat gua..)

.............................................................................

p/s- sangat teringat imej Rubiah Suparman pakai baju nurse yang masuk kampung kayuh basikal. Beza nilai baru dan nilai lama..Malam ini pun aku terfikir akan turning point..perang - sains vs agama.

Apa2pun moral entri kali ini aku. Baik sains ataupun kaedah alternatif. Itu adalah bait-bait ikhtiar..kuasa mutlak datang dari Allah.
..dan pada aku, Ustaz Amirul bukan posmen..Dia mampu bukakan jalan..Nantinya aku dan Eni kena pohan pada Allah untuk kesejahteraan anak kami..amin!!
Andai anda semua tolong sama doakan pun...ok jugak tu!(cuba nadakan versi "rock selamba" DJ Ritz dan Kerol yang hype tuh!)

Friday, July 15, 2011

selamat datang ke takah dua!

(warkah untuk anakku)
muhammad adib bin maz irwan,
bila engkau sudah boleh membaca apa yang aku tulis ni,
aku tak pasti kau akan pangggil aku ayah/abah/bapa/bapak/atau nama saja.
apa pun, aku coretkan nukilan ini tatkala malam mengemas rumah sewa kita 15/7/2011.
esok aku pulang ke beruas dan lusa insyaalah engkau akan menghirup udara kl pertama kali.
terus terang, berdebar tatkala ini ketika ingin membawa engkau pertama kali ke sangkar kecil sewaan kita di ibukota.
aku masih tak punya kerja tetap (apakah perlunya sebuah pekerjaan tetap?)
hutang ptptn banyak. saman trafik pun banyak - zaman sebelum aku pergi korea dulu.

mampukah aku menyara kita sekeluarga?
tatkala kau membaca ini mungkin kau belum mengenal nilai matawang.
mari aku ceritakan serba ringkas. burger tepi jalan sekarang rm 2.30.
oh ya, aku pernah jual burger tepi jalan waktu lepas spm dulu.
sekejap aja. hangat-hangat tahi ayam. biasalah.
dvd 9(cetak rompak) sekarang harga dia rm 14/15. aku beli filem2 yang rare aja.
aku tak pasti jangka hayat dvd, apa nanti kau mampu lihat filem2 cetak rompak koleksi aku.
aku tak marah sekiranya movie2 citarasa engkau nanti tak sama macam movie2 citarasa aku.
tapi indahlah kalau kita berkongsi citarasa yang sama. sebab nanti kita boleh turun panggung wayang sama2.
 
kalau tatkala kau membaca ini, keluarga kita dah senang sikit, engkau janganlah bongkak.
kalau pula engkau membaca ini keluarga kita miskin tak macam orang lain, aku minta maaf kerana
membawa kau terjebak dalam kancah ini. apapun akan aku struggle agar kau dapat membesar cukup makan dan pakai.

oh ya, aku suka kalau engkau nanti boleh berfikiran rasional.
mari aku ceritakan sikit konsep malaysia(negara yang kau hidup ni) ikut pandangan aku.
bangsa kau adalah melayu.
agama kau adalah islam dan warganegara kau adalah malaysia. 
kat malaysia ada pelbagai bangsa(sekarang nilah)
aku tak pasti nantinya zaman engkau membesar nanti bangsa lain adalagi ke dah tak ada..
manalah tahu ada penghapusan etnik macam zaman hitler ke..serb dgn bosnia ke..
(kalau kau tak faham apa yang aku cakap ni, engkau baca buku sejarah. baca 2-2 perspektif. lepastu engkau pilih)
aku cerita ni, apa yang ada kinilah..

kenapa nada aku macam ni?
kerana isu perkauman tak pernah selesai.

kes terbaru, hari tu bersih 2.0(aku suka fun fair dan karnival..aku pun pergilah..tapi yang bosan2 macam sure heboh aku tak turun..tolong sikit!!!). aku tangkap gambar.
gambar pun aku tak cuci lagi.
nanti kalau gambar jadi, ada rezeki engkau tengok sendiri dari lensa aku.
tapi biasalah, apa yang aku bingkaikan adalah perspektif aku.
biarpun aku hingga kini tak pernah mendaftar pengundi,
menerusi gambar yang aku rakamkan, engkau akan tahu aku berat mana nanti.

bersih mintak pilihan raya adil dan saksama. sebab sekarang tipu undi masih berlaku.
kerajaan yang memerintah, dari merdeka dok guna taktik ni untuk menang pilihanraya.
sebab itu kita negara sekalipun tak pernah tukar parti yang memerintah.
(aku ulang lagi..ni aku ceritakan apa yang berlaku kini..elok lusa aku tak tahu!)
orang yang sokong kerajaan mengata bersih ni kafir+agen yahudi+pengkhianat.
nanti engkau godek youtube dengan facebook punya komen.
masyarakat kita(melayu cina incia=sama!) masih rendah mentaliti dan cara berhujah masih dangkal.
....dan yang kena tipu pun ada yang masih tak tahu diri di tipu. marah-marah orang yang tak kena tipu!

usah engkau ikut jejak masyarakat sekarang yang suka mengkafir-kafirkan orang. 
sebab politik keluarga boleh berpecah belah.

analogi mudah aku, atuk dan tok ma engkau mungkin akan tak bersetuju.
mak cik pakcik engkau pun sama.
kita satu malaysia ni umpama satu keluarga. kalau malaysia sayang anak sulung aja,
anak2 lain tentu makan hati. nanti engkau pikirkan sendiri "makna" malaysia..
sebab makna akan berubah, selari dengan masa.
zaman sekarang makna streotype melayu=pemalas, cina =penipu, india=belit/kaki cong.

kalau boleh aku minta engkau jangan main politik.bila jadi orang politik,
engkau punya perspektif nampak satu jalan aja(juling).
terpulang pada engkau nak suka apa benda+nak sokong parti apapun.
tapi pilih berdasarkan rasional penghujahan yang waras.

kalau kau nak jadi profesional BMX ke, skateboard ke,
peguam ke, doktor ke..engkau cakap sama aku. zaman aku membesar dulu susah.
yang penting apa yang kau buat kau usahakan bersungguh-sungguh.
    
udahlah, kalau cakap soal politik,
sampai bila tak habis.aku tahu engkau nanti advance lebih daripada aku.
zaman engkau ni ntah-ntah porn dah legallise.
mana tak nya. la ni porn politician kita (yang pakai CGI ke real ke) bersepah.
zaman aku dulu kena tgk vhs senyap senyap kat ruang tamu.
engkau bacalah sendiri nanti. Hikayat akan sesuatu yang bergelar kehidupan. 

apapun, aku nak engkau tahu selama hampir 2 bulan engkau lahir ni aku sayang engkau!
..aku dok rasa lambat sangat engkau membesar.
dalam pada itu aku sangat takut memikul tugas membesarkan kau ni.
tapi dengan selambanya aku akan redah juga(aku kawin dengan mak engkau pun aku redah aja!)
.... dan aku mengucapkan selamat datang ke takah dua!

p/s- nama engkau emak engkau yang pilih! aku tak ambil pusing sangat. yang penting nantinya adalah hati engkau! moga2 tak penuh noda macam hati aku sudahlah!
(engkau google benda2 yang boleh mengotorkan hati..bukan asap rokok faham!)

Thursday, February 10, 2011

langit petang...suatu kunjungan retrospektif

video
aku merasa feeling terrance malick (badland) di dalamnya...
aku teringat the searcher di dalamnya...

penuturan dialog puitis memang hidup..tapi ada kekhilafan juga..
orang aloq setaq tak cakap kedah??..(awat noo?)
video


adegan "day for night" yang cemerlang untuk filem tempatan..
tatabahasa sinematographi yang menarik dengan corak pembingkaian pelakon yang
relevan dengan motivasi babak...
banyak developing shot (ini baru sinema!!)..
video


...cumanya esak azean irdawaty yang agak sama dalam
beberapa scene berbeza boleh dimaafkan..dan karekter mamak capati yang tak bersahaja (satu malaysia?)..


isu nilai baru vs nilai lama...dan punca utama sengketa di dunia..
persoalan merebut sebidang tanah!

pastinya langit petang menjadi batu loncatan dalam menilai kualiti
filem-filem semasa tempatan..

Tuesday, February 08, 2011

Rintih buat Tuhan dalam firasat angka 2046 (suatu kunjungan semula)


.
Andai ada rahsia atau aib…2046-lah tempat kita mengadu.
Rindu sepi buat individu lain, pada 2046-lah tempat untuk kita meluah rasa.
Gerabak masa dalam keberadaan manusia adalah landasan untuk menuju ke 2046.
2046 mendengar dosa lampau yang ditempuhi dan ingin dipinda rentetan coret perkisahan.
Cinta pada android merupakan cinta dalam sepi perjalanan sebuah kehidupan yang berliku menyebabkan individu tersasar dalam meluahkan hasrat rasa bukan pada lowongan yang sepatutnya.
2046 adalah ruang untuk mengadu domba hidup.

2046 adalah suatu sintesis kewujudan Tuhan yang dizahirkan oleh Wong Kar Wai dalam bentuk ruangan (space) yang terpaksa mendengar resah gelisah hanya bila si penzahir memerlukan pendengar.
Kepada yang percaya Tuhan itu wujud rajin-rajinkan kaki menjengah ruangan 2046 kerana 2046 tidak akan mampir sekiranya kita tidak memulakan langkah untuk bertandang.....apapun Dia senantiasa mendengar.


p/s - untuk keanzalan maksima...luangkan masa untuk menonton filem-filem En.Wong Kar Wai terdahulu kerana ianya berkait dan terkait. 

Wallahualam!