Wednesday, July 27, 2011

Kaedah Perubatan Alternatif ...(ada ke?)


Ini zaman moden, kaedah perubatan berteraskan agama dah jadi tak hype, tak urban. kaedah amalan mesti diperhalusi hujah AKAL dan SAINS. Akupun satu kapal pikir macam ni. Namun tadi atas desakan orang rumah, aku turutkan saja ikut pergi Al Hidayah, Gombak.

Sampai situ pukul 9.00 malam, suasana dah macam karnival kecil(aku dah kali ke dua bertandang ke sini, semalam dah buat appointment). Apa yang best kat sini, kita boleh nampak makcik2 dan wanita2 yang memakai telekung bahagian kepala sahaja diikuti kain kurung/seluar. Aku konfius, definasi pakaian yang menutup aurat adalah kriteria utama. Perlukah lagi telekung waktu sembahyang. Kenapa nak berdepan dengan manusia pun berpakaian yang agak sama dengan mengadab Dia. Tapi mungkin trend di sini...ujarku yang cuba berdiplomasi dengan ngomel nuraniku ke atas pilihan gaya pamakaian individu(sebenarnya aku tak berhak pun nak kritik orang pakai apa).

Adib keriau, mata orang ramai bertumpu. Eni lakukan serangan saraf kepada pihak pengurusan agar temujanji kami dipercepatkan. Aku rasa busuk..aku menarik Adib keluar dari ruang lakon yang dikerumuni rata-rata "geng-geng senja tudung kopiah". Adib terlena dalam pangkuan aku. Aku keras. Jalan pun dah macam operate steadycam(takut Adib jaga).

Selang seketika, nama Adib dilaungkan. Masuk ke dalam kamar rawatan, kelihatan seorang "doktor" yang segak duduk di meja berlaptop. Aku jeling skrin, bukan facebook...tapi software inhouse database. Aku meliar sekitar panel penghadang yang tak tinggi mana. Namanya Ashraf Muslim. Macam biasa dengar...

Beliau bertanya apa permasalahan Adib?
Mata aku lirik ke Eni..Eni kata malam tak boleh tidur.
Beliau membalas "tu tengah tidur?"..Eni mati kata-kata..(aku nak kenyit mata pada eni tapi hasrat ini aku lempar jauh-jauh)
beliau kemudian meneliti Adib secara terperinci. Mata beliau tertutup. Mulut kumat-kamit
(..alhamdullilah..setting fantasi khayalan aku yang siap dengan kemeyan tidak wujud..)

Diagnosis dan firasat beliau menyatakan anak kami ada diganggu jin.(aku tak tanya jin tu melayu cina ke india..malaysia ke PATI ke..jin Islam ke jin Kafir masuk neraka ke??) Sebaliknya aku bertanya "bukankah jin dimensi lain, manusia dimensi lain. Macammana boleh ter"overlap""?
..Hujah beliau bagi pada aku kurang meyakinkan. Penerangan terbabas kepada jin baik dan jin jahat..(hehehe..stereotyping jahat manusia adalah pembangkang..baik=kerajaan..)Penerangan ustaz boleh terbabas apatah lagi cerita aku ini.. ok..kita fokus balik kepada cerita ini..

Aku bukan menduga, tapi aku selaku individu moden yang perasan hype sering nak rasional penaakulan AKAL dan SAINS. Lalu sengajalah terkeluar soalan2 tonyok dan nangoi yang dahagakan hujah saintifik.

Aku membuat kesimpulan, ilmu dia mengubati mungkin dah capai tahap zen tapi ilmu menerangkan dia masih perlu dimantapkan. Tapi apa ada hal, mana ada manusia yang serba serbi mahir akan sesuatu.

Yang menariknya waktu tangan dia menggayakan seolah2 menarik sesuatu..Adib terjaga dan menangis kecil..dia tak cakap pun yang dia dah tarik jin itu keluar..Tapi macam tu lah apa yang aku rasa..

selepas itu, Beliau bertafakur seketika dan kemudian tangan jari telunjuk kemudian terhenti menudingkan di suatu judul surah dalam Quran dari buku kecil...kemudian daripada database laptopnya, diprintkan nama surah dan kaedah pengamalan.
Beliau tanya siapa boleh baca al quran. Aku balas dua2 boleh baca(mengeja sebenarnya..hehehe)
................................
Dalam perjalan pulang, aku tanya Eni, ustaz tu famous ke? dia kata tu mamat Ustaz Amirul. Eni tambah,mama aku musti tahu punya...aku tanya Ustaz Amirul tu Ustaz Cokelat ke?..Eni balas Ustaz Cokelat tu Wan Hanafi Su..(betapa aku tak hype sungguh..tak kenal artis..)..(pernah satu kali maya karin datang set bara jiwa..aku tak kenal..yelah..tak pakai name tag Maya Karin pun, dan sememeh aja aku tengok..)..Allah..terbabas lagi....apa2 pun Eni kata dia dah cuci tangan dunia seni..

Aku pikir dalam hati, sebat mamat ni watak tabligh aku pun ok gak..kalau nak jual oranglah..Oh...Tidak..Aku mahu "jual" cerita..
Pelakon aku nanti kalau orang lihat movie aku lepa kenal sapa pun ok..

Aku terangkan kat Eni apa yang aku rasa masa beliau gayakan aksi "menarik" tadi..Eni ber"subhanaallah"..aku kata rilek..kita sama makhluk Allah..malah kita tak perlu takut pada jin..sebab jin tu darjat rendah pada kita..sebab tu agaknya aku tak takut tonton cerita seram. Untuk aku,dengar sound design cerita seram di panggung wayang adalah indah..tapi untuk menonton adalah menjengkelkan...tapi ironinya proses buat cerita seram itu fun..huhuhuhu

Kepada orang yang takut menonton cerita seram hentikanlah onani adrenalin anda..Darjat manusia tinggi dari hantu2 dan jin2 tu..Menatang2 inilah yang sebenarnya takut pada kebijaksanaan manusia.
Kepada pembikin cerita hantu dan pemerintah juga yang zalim. "subconsious side impact" yang anda tak nampak adalah saham penyemaian rasa ketakutan selain Allah.
Andai saja natijah cerita anda akan memenangkan agama..silakan..andai tak ada rentikanlah!!(tak setuju?..takpa..pendapat gua..)

.............................................................................

p/s- sangat teringat imej Rubiah Suparman pakai baju nurse yang masuk kampung kayuh basikal. Beza nilai baru dan nilai lama..Malam ini pun aku terfikir akan turning point..perang - sains vs agama.

Apa2pun moral entri kali ini aku. Baik sains ataupun kaedah alternatif. Itu adalah bait-bait ikhtiar..kuasa mutlak datang dari Allah.
..dan pada aku, Ustaz Amirul bukan posmen..Dia mampu bukakan jalan..Nantinya aku dan Eni kena pohan pada Allah untuk kesejahteraan anak kami..amin!!
Andai anda semua tolong sama doakan pun...ok jugak tu!(cuba nadakan versi "rock selamba" DJ Ritz dan Kerol yang hype tuh!)

4 comments:

eni saad ali said...

http://anizyn.blogspot.com/2011/04/pusat-rawatan-islam-al-hidayah-ashraf.html

Anonymous said...

main-main nih? ;p

Anonymous said...

berapa dia cas?

maz irwan said...

rm 50 henggit