Wednesday, July 17, 2019

Solidariti bisu buat rakan sejawat.(maaf aku tak upaya…)



Hari ini (15/07/2019) realiti telah melunturkan lagi harapanku akan konsep kemanusian kerana aku tak sengaja dipaksa melihat takdir meratah ketaatan individu(rakan sepejabat) yang bernama manusia.
Di suatu sisi lain.. wajarkah sebetulnya tidak menyalahkan takdir sebaliknya menyalahkan individu yang bernama majikan sewenang-wenangnya memperkotak-katikkan soldadu suruhan sewenang-wenangnya.
Tetapi menyalahkan majikan merupakan suatu persamaan matematik dunia yang mencari nahas. Kebenaran yang diintai nahas yang menerjah…maka aku memilih menutup mata dan telinga lalu berpaling. 
Jika soal selidik dijalankan, pasti..aku benar hampir pasti; kebenaran berpihak kepada bekas rakan sejawatku…tetapi kebenaran bukan kekuasaan.
Kekuasaan bisa menukar plot penceritaan daripada kisah bohong menjadi fakta. 
Malah massa(termasuk aku malangnya) umpama Jebat yang hilang telur akan patuh melaungkan pongang palsu yang bertamsil nyaring persis suatu yang nyata.
Aku bukan tokoh, bukan cendikiawan mahupun bukan tauke perusahaan. 
Aku tak mampu memberimu gaji bulanan. Aku hanya ingin kau tahu, si bacul ini menghargai usaha kau selama ini mendidik anak dunia…terima kasih tak seberapa buat kau yang kini di luar sana…Biarpun ungkapan ini cuba dirompak dari kau….tanpa sempat aku pertahankan.. tetap jua aku h
adiahkan buat kau biarpun rasanya suam dan mulai basi…TERIMA KASIH BUAT BEKAS RAKAN SEJAWAT!

No comments: