Saturday, October 16, 2010

Hikayat Awang Donan (yang hensem)..kisah buang bayi zaman purbakala

Raja Donan a.k.a Awang Donan merupakan anak raja...macam biasa..
hikayat dulu-dulu semua berkisar tentang anak raja...
yang marhaen akan main watak sipi-sipi aja..pelayan istana..bidan..
Raja Donan lahir-lahir sahaja..penuh diiringi keajaiban/kebetulan....tak semena-mena aja terus jatuh ke tanah dan kat tangan kanan ada pedang, tangan kiri ada telur, kat bahu kanan ada beduk.

Bapa beliau Raja Madong Bongsu risau dengan kebetulan yang melampau ini menyuruh tukang tilik istana menafsir kejadian ini. Bidan Nan Enam meramalkan Raja Donan akan membawa petaka. Bidan Nan Tujuh meramalkan sebaliknya.

Raja Madong Bongsu lebih percaya kepada perkhabaran negatif bertindak membuang bayi ini (Raja Donan) ke laut. Tindakan ini diketahui oleh Inang dan Bendahara yang memiliki perasaan kemanusiaan yang tinggi lalu menyelamatkan bayi yang dihumban ke laut ini lalu merantau bersama ke daerah baru iaitu Pulau Sembilan.

Berbelas tahun kemudian.

Raja Donan telah besar. Beliau kini memiliki kehebatan yang patut dimiliki oleh seorang perwira@satria. Suatu malam beliau terdengar belil yang melalui firasatnya merupakan bedil ayahnya. Firasatnya lagi, Raja Mambang Nan Bongsu (watak protagonis 2) dirasakan beliau bakal menculik puteri permaisuri (mungkin adiknya..kalau betul..) sebab Raja Madong Bongsu (seperti tingkahlaku biasa seorang raja) sering berpoya-poya dan ada banyak anak bersama gundik-gundik.

Raja Donan pergi ke istana dan mendapati ayahanda beliau telah mati dibunuh. Oleh kerana tiada suspek lain selain Mambang Nan Bongsu yang dirasakan pembunuh bapanya, beliau seperti watak hero-hero yang lain; pasti akan membalas dendam.

Raja Donan membuat muslihat dengan memanggil Mambang Nan Bongsu sebagai ayah. Mambang Nan Bongsu yang juga playboy kaget/terkedu/terkesima/terharu kerana tak menganali seorang daripada puluhan anak-anak beliau dan pertama kali dirinya dibahasakan ayah. Hati Mambang Nan Bongsu mencair.


Setelah bersantapan bersama, Raja Donan mengajak "ayahandanya" bermesra bersama dengan mengajar pencak silat. Dikesempatan ini, Raja Donan telah membunuh  Mambang Nan Bongsu. Seterusnya Raja Donan menghidupkan kembali ayahanda sebenarnya (Raja Madong Bongsu) dan dengan pantas berlalu kembali ke Pulau Sembilan.


Raja Donan yang hidup kembali mendapati jasad Mambang Nan Bongsu terkujur bersama sekeping nota.

"Makhluk ini telah dibunuh oleh Raja Donan yang hensem!"

Setelah diceritakan oleh Puteri Bongsu, barulah Raja Madong Bongsu mengerti perihal sebenar dan cuba menjejaki anaknya yang dibuang lama dahulu namun sehingga ke akhir hayatnya yang satu laginya juga..beliau gagal menjejaki Raja Donan yang hensem itu. Raja Donan juga bersembunyi kerana masih kecil hati beliau diperlakukan seperti barang tak beharga..dicampak ke laut lama dahulu.

Ini mungkin berikutan beliau mencari di Pulau Lapan sedangkan Raja Donan berada di Pulau Sembilan...dan spekulasi ini datang daripada tilikan yang salah seperti biasa oleh Bidan Nan Enam.
......

p/s-Ada versi lain yang melaporkan bahawa Raja Donan menghilangkan diri setelah mencium Puteri Bongsu  setelah menghidupkan ayahanda beliau. Beliau melarikan diri bagi mengelakkan dirinya terjebak dalam kancah sumbang mahram dan alasan kecil hati pada bapanya itu hanya eskapisme semata.

wallahualam..

 

Thursday, August 12, 2010

riwayat "takah dua enterprise" bermula..

sesebuah riwayat itu kadangkala bermula tanpa hala-tuju cerita yang nyata..
ia dikemudi sistem "auto pilot" menuju destinasi yang tidak mampu terkesan dalam radar..
begitu halnya dengan kemunculan "takah dua enterprise"..
.......
namun yang demikian, ditunjangi sedikit cita-cita dan angan-angan disertai doa moga-moga "takah dua enterprise" mampu membuahkan sesuatu..
maka usaha kini sedang dilaksanakan..
....
fasa kini adalah tahap memanaskan badan dalam bentuk menggarap sebuah skrip drama pendek hingga tahap kami teruja@stim untuk merialisasikannya..
..
ungkapan kata merupakan wadah doa..
aku menulis, anda membaca..
frekuensi ini bergetar..

moga DIA mendengar..dan memakbulkannya..
selagi keberadaan aku dan anda semua tidak menjangkau takah yang ketiga..
wallahualam..

Tuesday, June 08, 2010

mama..mama mai Stewan dengan siapa?


Aku angkat gagang telepon..betulkan suara suara aku..aku dail no telepon mama…
Setelah beberapa ketika..mama mengangkat telepon..
Tak sempat aku berkata mama memberikan salam dan juga menjawab salam..
Aku ingin bertanya kenapa mama kasi salam dan jawab..tapi ada perkara yang lebih penting hendak aku tanya..
....
Aku tanya Sabtu ni mama dengan abah pergi Sitiawan kenduri eja dengan siapa?
Mama jelaskan mereka pergi 3 kereta, kereta Abah..kereta Mak Su..kereta Mak Ngah..mereka bertolak pagi dan akan pulang ke Sg. Petani semula  sebelah petangnya…
Aku mula buka cerita..
...
Kami(aku dan isteri) ada RM400....sebelum nak balik stewan pergi kami servis kereta..budget RM100 sikit saja..tapi entah macammana tiba-tiba mekanik meyakinkan kami pelbagai perkakasan lain perlu ditukar.timing belt, aircond belt, power stereng belt?? Jumlah keseluruhan RM380. Oh ya…mileage kereta kami dah 80 500km.. sedih..
Maka aku bercadang nak pinjam RM100/RM200 daripada mama..terpulang kalau mama ada duit kami pinjam..tak ada duit kami ikhtiar duit lain..
Aku terangkan pada mama yang cek aku akan masuk minggu depan..tapi sebenarnya dah berjanggut aku tunggu cek aku..
Entahlah..kerja freelance..macamnilah..nak mintak duit sendiri kena merayu..tu kalau dapat..kes-kes kena kelentong toksah cakaplah..dari pelakon ternama hinggalah yang dah menang anugerah..ternyata aku selalu malang..tunggulah aku jadi pengarah..aku akan kerah mereka ni semula kerja dengan aku pula tanpa bayaran..nak kasi even semula…masa akan tiba..insyaalah!..takpelah..tu cerita lain..
Mama explain mama dah kasi Iman RM1500 sebab periksa kapal terbang dia..
Aku cakap mama takpelah..nanti aku ikhtiar kat orang lain…masa mama tengah explain tu line tak berapa clear..
Hujung-hujung percakapan kami..mama minta no akaun..mama kata nak masuk RM 300..
Aku janji nak bayar balik(macam selalu)…mama kata kalau nak bayar balik.. bayar balik kos dari saat aku kecik meyusu sampai sekarang..dia tanya mampu tak??
Aku hanya mampu sengih(macam biasa)..
Aku kata nanti Eni sms no akaun.  Aku dah tak mampu sms. Ada kredit tapi airtime dah kena block.
Kami tertukar salam..kali ni mama hanya menjawab salam.
Aku letak gagang…
...
Aku lihat RM 10 isteri aku tinggal atas pemain dvd. Aku terfikir..bolehkah aku beli rokok dan bukannya makan tengah hari seperti yang dipesan Eni? Rm 10 tu dah berada dalam genggaman tanganku.. aku jalan ke dapur pula.. belek murtabak semalam..ternyata elok lagi..aku tersenyum..

Tuesday, May 25, 2010

(entri menjerit yang tak kedengaran dalam kerongkong berkahak) ...kerja lembu..sapi dapat nama..

tak balik dari malaysia lagi ada rakan(aku tak berapa kenal sangat) ajak aku bekerjasama..
posisi...penolong pengarah..
kerja sebenar sebagai tukang tolong sahaja..
aku tak kisah, maka aku pun buatlah bila dah pulang ke tanahair..
ulang alik ofis dia..pinjam kereta bini aku..

dalam pada itu, aku roger kawan2 lama lain..
sebab aku dah kerja sebulan..sesen pun aku tak pernah dapat...
alhamdulillah..mata kail sangkut pada satu umpan..
aku bertemu beberapa mata di kedai mamak..
dengar prospek kerja..skop kerja..durasi kerja..dari kawan lama aku
Pengurus Produksi (bersama)..sebab sorang lagi tak dapat kasi komitmen 100%

..pengurus produksi..tapi skop kerja macam balaci..
aku tinggalkan kerja yang dah sebulan aku buat..sebab aku lebih selesa kerja dengan orang yang aku kenal hati budi dia..

aku pun mula buat kerja-kerja pre-produksi..
tiba-tiba member lama aku ni pull out sambil bawa lari sejumlah wang produksi..
aku terpinga..macam ni pun ada?..betulke mamat ni kawan aku..??


tapi kerja mesti terus..
aku sambung buat kerja dengan line-up yang aku sama sekali tak tahu warna hati mereka..
aku anggap ini satu adventura..

target sebulan setengah..tapi sasar 100 peratus..
dari aku pre-pro sampai hari akhir shooting (semalam..oh ya aku kerja 24 jam..semalam buat PM, tukang buat air, teknikal crew, runner)..masuk 3 bulan..
aku hanya dapat lihat duit depan mata rm 1500 aja..
kalau kita guna matematik mudah..apa yang aku dapat raih selama ini hanyalah rm 500 sebulan..

nah obat!!..nak kerja produksi sangat..
anehnya dalam kesakitan hidup kena eksploitasi..aku senang..
entahlah..
apapun..aku rasa aku lakukan kerja aku dengan sukses..
biarpun penat jadi "supirman" dalam segala departmen.

rezeki aku tuhan bagi..bukan produser..bukan orang kaya..bukan kawan-kawan..
aku kini yang kat bawah..tak selamanya akan ada kat bawah..biarpun nanti mati aku kat bawah balik...

aku tahu akan kat atas juga suatu hari nanti...
dan bila aku kat atas..
insyaalah, aku cuba tak akan wujudkan kembali virus benci yang aku alami kini kepada crew lain..
malah aku akan sebarkan benih-benih cinta...sejajar dengan matlamat laskar cinta...amin!
 
kata orang...kerja adalah satu ibadah..
walaupun dalam aku buat kerja aku tak tunai ibadah sebenar..
ibadah harus dilakukan dengan rasa penuh ikhlas dan bukannya dalam keterpaksaan..

tak siapa yang paksa aku jadi lembu tak ada tali..
tapi kerna jadi lembu tak ada talilah..aku berkenalan dengan lembu-lembu lain yang turut meragut di padang rumput yang sama...(kami lembu-lembu,hingga kini masih berhubung melalui facebook!)

rasa ralat ku cuma satu..pada pemilik padang rumput yang menghidangkan sajian rumput berupa lalang-lalang yang tak sihat(siap ada rasa racun round-up) kepada kami degan alasan,budget belum approved..
loh..kalau takut berombak..jangan buat rumah tepi pantai..

semalam isnin 24 Mei 2010..tamat sudah pesta meragut rumput pertamaku dengan rasminya..
upacara yang mula tanpa bismillah apatah lagi doa selamat ini,
berakhir tanpa ucapan terima kasihpun daripada pihak pengelola yang berlalu tergesa-gesa ikut pintu depan...
mengantuklah tu kot..biarpun kami juga punya rasa mengantuk macam dia juga...
tak menjadi hal...
aku mewakili lembu-lembu tanpa tali yang akur mengekori...
insyaalah akan menghalalkan keringat kami... hanya sekiranya janji manis yang ditaburi selama ini dipenuhi...

..kahak aku kian pekat...
sebab banyak sangat kunyah tugasan tanpa sebarang songeh..tapi hati menyumpah tu pasti..
...sebolehnya aku cuba tidak melempiaskan kahak aku ke luar daripada bibirku ke muka mana-mana tuan lembu kerna aku adalah warga "satu lembu" yang bertamadun taat berpegang kepada prinsip rukun negara Melembu.

akhirkata..
takziah buat lembu-lembu yang tekorban tanpa sempat baca talqin dan tahniah buat lembu-lembu lain yang sabar sama-sama diperlembukan hingga ke titisan keringat yang terakhir oleh Algojo yang jahat...biarpun kata putus masih samar-samar!!

***halwa telinga penenang hati nestapa yang lebih ampuh dari ganja kali ini ...
hadapi dengan senyuman - dewa

lembu ini akan terus meragut rumput secara free lance kerna inilah sahaja skill tak seberapa yang lembu ini ada..



assalammulaikum!..

Saturday, April 10, 2010

menyunatkan IC?...(dialog aku, Lan dan Hamba Allah)


Saya bertemu dengan seorang kenalan baru. Nama dia Lan(bukan nama sebenar). Dia tanya saya macammana nak pergi Makhamah Sungai Buloh.
(dalam hati saya)Saya pikir mamat ni otai ni..naik turun makhamah. Saya jawab, "Hospital Sungai Buloh gua tahu la".
Rupa-rupanya dia ni saudara baru(baru pun taklah baru sangat). Asal kelahirannya adalah agama Hindu.

Sekarang ni dia hidup sebatang kara sebab dia dah tak diterima makbapak dia. Pelajarannya tak tinggi..Cuma setakat sekolah rendah. Sekarang ni sering bertukar pekerjaan. Tapi iltizam dia untuk terus hidup di Kolumpo ini masih membara(anak matanya memberitahu saya).
Berbalik pada isu mahkamah..rupa-rupanya dia ingin menukarkan kad pengenalannya agar tertera perkataan ISLAM di dalamnya.

cut to

Situasinya Saya, Lan dan Hamba Allah bertiga dalam van di awal pagi membelah Lebuhraya Persekutuan yang sepi. Saya berpolemik dengan seorang hamba Allah yang lain. Lan kini hanya bertukar menjadi pendengar yang pasif.

Hamba Allah ini menempelak idea saya bahawa akar (darjah kefahaman tentang islam) perlu didahulukan berbanding perkara-perkara ranting (tukar IC..ceh).

Hamba Allah ini tak begitu merayakan pertentangan pendapat.
Saya mengeluarkan pendapat bahawa agama itu adalah hak antara manusia dengan tuhan...
Bukannya hubungan di antara masyarakat mahupun penguasa...maka tak perlu tukar IC.

Dia menyatakan keperluan tukar IC kerana penting untuk urusan pengkebumian(kajian kes kami). Saya mengeluarkan pendapat bahawa mati itu juga kerja tuhan. Sungguhpun seseorang itu Islam, andainya jasadnya dibakar menjadi abu lantas di buang di Sungai Gangga sekali pun dia, tetap Islam.

Mamat ni menyatakan sekiranya Lan mati tanpa sempat tukar IC, dia akan menimbulkan komplikasi kepada mereka yang masih hidup(ibubapanya yang beragama Hindu dan orang kita yang memiliki perkataan Islam pada IC mereka)...dan tindakan mati tanpa tukar IC satu tindakan yang tak bertanggungjawab.

Saya pikir hujah ini sangat dangkal!

Saya melihat dari sudut berbeza....
Sepanjang Lan hidup, siapa yang menagambil berat tentang dirinya?...melainkan dirinya sendiri. Wah..itu sudah semangat Nietzsche. Syabas Lan!!
Cumanya dia perlu lebih keras memenangi hati keluarganya kerna Islam tak membuang sanak saudara yang bukan Islam! Itulah yang nantinya, saya rasakan akan membuatkan penganut bukan Islam syahdu melihatkan kejernihan Islam. Amin..

Sistem sebetulnya adalah untuk kesenangan Ummah. Bukan untuk menyusahkan. Bilamana wujudnya kelemahan pada sesuatu sistem, post-mortem perlu untuk menaik taraf sistem yang sedia ada. Kerana sistem manusia tak pernah sempurna,jangan terlupa!
Hamba Allah ni mati-mati melihat saya sebagai seorang sosialis yang mahu meranapkan sistem. Salah tu brader...anarchy-lah..(biarlah apa gelaran sekali pun..itu hanyalah sebutir istilah dari gugusan jutaan perbendaharaan kata yang kita sering kabur akan maknanya!)
Contoh mudah..bukankah nama tuhan sendiri ada 99...mengapa kita hanya nak mempertahankan perkataan Allah...huh??

Ujarnya, individu sepatutnya hanya tunduk akur pada sistem yang sedia ada tanpa bersuara. Balas saya pula, sistem seharusnya perlu memberi ruang untuk individu bersuara. Tambahnya lagi, sudut pandang sebegini(pandangan saya) umpama virus perosak pemikiran masyarakat dan adalah mentaliti kelas bawahan. Terserah..katalah semahunya!

Akhirnya saya tak berniat untuk meneruskan dialog tanpa masa depan di dalam van tatkala dinihari itu kerana saya lebih suka menyusun bait-bait kata-kata di pojok sempit ini.
...Saya tahu orang yang tak merayakan perbezaan pendapat, kurang menyenangi perbezaan sudut pandang individu lain kerna merasakan firasatnya adalah suatu firasat yang Hakiki sememangnya sukar untuk diajak berdiskusi.


p/s - kepada Lan..moga kau selamat ketemui mahkamah. Andaipun kau sudah selesai urusan mahkamahmu...kau teruslah mencari Tuhan kerna kerja mencari Tuhan bukan habis setakat kau menukar IC lama kepada IC yang tertera perkataan Islam. Bukti kita Islam bukanlah pada IC. Noktah!

filem rujukan untuk kes kali ni "Sunan Kalijaga Dan Syekh Siti Jenar" ....orang yang berilmu itu tak semestinya mengerti!!


Tuesday, April 06, 2010

bagi betis nak peha (entri jerit yang tak kedengaran...aku tahan)


kau introduce seorang runner ke dalam team...
tugas runner adalah untuk bergerak untuk mendapatkan sesuatu..
tetapi aku jua yang kena bergerak keluar..(aku tahan..)

engkau tak ada transport
aku amik engkau...aku hantar..
lepas tu engkau suruh aku hantar rumah kawan engkau..
bukan urusan kerja..(aku tahan)
langsung amik bini aku..lewat dia marah..(aku tahan)

engkau set meeting awal..aku bangun pagi..aku sampai lokasi...
tunggu macam org gila..
alih-alih..kau tak tiba..
kau kata rumah engkau tak ada air..(aku tahan)
suka2 engkau suruh aku pergi sorang2..
aku sampai tak mandi sebab nak jaga masa orang..

aku tak pandai tertawa..
sebab senyum itu sedekah..
dan sebab lawak engkau memang tak boleh nak aku ketawa..
sebaliknya...(aku tahan)

bila aku lewat sikit..kau kemukakan hujah tentang masa oranglah...
begitulah..beginilah...
tapi kau lupa kau juga manusia..bukan maksum..
untung kau, aku jenis org yg tak suka senandungkan aib org..
malah bilamana kau buka mulut kau sahaja...
semena-mena akan terus berkata...saya bersalah tuan..

p/s...semoga kau bahagia dengan "kuasa" yang kau ada..
tapi kuasa pabila ianya berada di tangan si bodoh, akan pasti membuatkan aku tertawa dalam pada aku "menahan" kerna aku memang tak tahan

Monday, January 11, 2010

Tolong jangan bunuh rama-rama..!!


(bukan gambar rama-rama atau nyamuk!)



Kau bunuh rama-rama!
Rama-rama itu kau sangkakan nyamuk.
Rama-rama yang kau sangkakan nyamuk itu berlegar dalam kelambu.
Bengang akan nyamuk membuatkan kau membakar kelambu…

Rama-rama itu terkorban…
Tapi nyamuk tetap ada..
Tetap akan terus menggigit mu..
Kerna perisai mu telah terbakar..

Rama-rama yang lain kadang kala pasti akan muncul..(wallahualam)….
Selagi spesis ini masih bertahan..
Minta tolong perhati dengan teliti..
Tolong jangan kau bunuh rama-rama sekali lagi!