Tuesday, June 08, 2010

mama..mama mai Stewan dengan siapa?


Aku angkat gagang telepon..betulkan suara suara aku..aku dail no telepon mama…
Setelah beberapa ketika..mama mengangkat telepon..
Tak sempat aku berkata mama memberikan salam dan juga menjawab salam..
Aku ingin bertanya kenapa mama kasi salam dan jawab..tapi ada perkara yang lebih penting hendak aku tanya..
....
Aku tanya Sabtu ni mama dengan abah pergi Sitiawan kenduri eja dengan siapa?
Mama jelaskan mereka pergi 3 kereta, kereta Abah..kereta Mak Su..kereta Mak Ngah..mereka bertolak pagi dan akan pulang ke Sg. Petani semula  sebelah petangnya…
Aku mula buka cerita..
...
Kami(aku dan isteri) ada RM400....sebelum nak balik stewan pergi kami servis kereta..budget RM100 sikit saja..tapi entah macammana tiba-tiba mekanik meyakinkan kami pelbagai perkakasan lain perlu ditukar.timing belt, aircond belt, power stereng belt?? Jumlah keseluruhan RM380. Oh ya…mileage kereta kami dah 80 500km.. sedih..
Maka aku bercadang nak pinjam RM100/RM200 daripada mama..terpulang kalau mama ada duit kami pinjam..tak ada duit kami ikhtiar duit lain..
Aku terangkan pada mama yang cek aku akan masuk minggu depan..tapi sebenarnya dah berjanggut aku tunggu cek aku..
Entahlah..kerja freelance..macamnilah..nak mintak duit sendiri kena merayu..tu kalau dapat..kes-kes kena kelentong toksah cakaplah..dari pelakon ternama hinggalah yang dah menang anugerah..ternyata aku selalu malang..tunggulah aku jadi pengarah..aku akan kerah mereka ni semula kerja dengan aku pula tanpa bayaran..nak kasi even semula…masa akan tiba..insyaalah!..takpelah..tu cerita lain..
Mama explain mama dah kasi Iman RM1500 sebab periksa kapal terbang dia..
Aku cakap mama takpelah..nanti aku ikhtiar kat orang lain…masa mama tengah explain tu line tak berapa clear..
Hujung-hujung percakapan kami..mama minta no akaun..mama kata nak masuk RM 300..
Aku janji nak bayar balik(macam selalu)…mama kata kalau nak bayar balik.. bayar balik kos dari saat aku kecik meyusu sampai sekarang..dia tanya mampu tak??
Aku hanya mampu sengih(macam biasa)..
Aku kata nanti Eni sms no akaun.  Aku dah tak mampu sms. Ada kredit tapi airtime dah kena block.
Kami tertukar salam..kali ni mama hanya menjawab salam.
Aku letak gagang…
...
Aku lihat RM 10 isteri aku tinggal atas pemain dvd. Aku terfikir..bolehkah aku beli rokok dan bukannya makan tengah hari seperti yang dipesan Eni? Rm 10 tu dah berada dalam genggaman tanganku.. aku jalan ke dapur pula.. belek murtabak semalam..ternyata elok lagi..aku tersenyum..