Tuesday, March 27, 2007

perlawanan filem...(sedikit tentang festival)



Bermula di Venice sekitar tahun 1930'an pada era Mussolini. Ianya merupakan hiburan mewah untuk golongan atasan dan hanya sebuah filem ditayangkan dalam sehari. Lepas menonton, mereka akan bersosial dan membicarakan filem yang dilihat. Waktu itu tidak ramai orang yang mampu melancong, biarpun kaya. Maka mereka pun melanconglah menerusi medium filem. Kemudian lahir pula Cannes, Berlin, Moscow (bukan tertib sebenar) dll.
Memandangkan pensyarah saya orang Jerman dan bawa pula seorang kawan German(tak sempat nak catat..tapi bukan Wim Wanders), seketeriat Festival Filem Berlin(bahagian menemukan filem-filem untuk dijemput masuk festival); dah sah perbincangan lebih terarah kepada Festival Filem Berlin khususnya dan lain-lain festival amnya.

Festival Filem Berlin diasaskan oleh warga Amerika, 1951. Diadakan pada musim panas(akhir Jun hingga awal Julai) setiap tahun untuk mempromosikan budaya dan kefahaman tentang budaya. Selang beberapa tahun kemudian, warga Jerman mengambil alih sendiri pengurusan festival dan juga agenda distribusi. Meremang bulu roma saya saat mamat Jerman ni sebut nama Amir Muhammad, Yasmin dan Tan Chui Mui. Satu nikmat pada saya penggemar filem warga Malaysia yang mungkin sama nikmatnya dengan orang Muslim yamg dengar azan.

Festival merupakan tempat berkomunikasi, beriadah, bergumbira ; maka tidak hairanlah En. Truffaut, En. Godard dan rakan-rakan gelombang baru mengganggu kelansungan Festival Filem Cannes 1968. Sebabnya adalah kerna tika itu, sosio-politik Perancis tengah tegang dan pembikin filem yang sentiasa berceritakan aspek kemanusiaan harus ada bersama-sama manusia di jalanan. Maka komunikasi warga bawah wajar diteliti untuk seketika. Lanjutan daripada itu, muncullah kategori Director Fourtnight di Cannes.

Rakyat Malaysia menolak filem mereka sendiri?..tidak mengapa.. Festival Filem Berlin juga kadangkala menolak filem-filem Jerman yang menang Oskar. Kim-ki Duk dan Hoo-sang Soo juga lebih disanjung oleh orang luar berbanding rakyat Korea sendiri. Maka fenomena ini agak normal bagi filem2 yang dianggap membuka pekung di dada. Dah pekung..tentulah orang tempatan nak selindung dan orang luar yang lain konsep bau pekung gembira dengan menadahkan nyiru. Pokoknya soal estetika individu, maka beranaklah istilah seperti "festival nyamuk" dan seumpamanya. Tak ada yang betul dan tak ada yang salah. Yang menariknya, al-kisah di Malaysia sama seperti di Jerman...individu yang ribut menuding aspek bobrok beberapa scene daripada keseluruhan filem; rata-rata tak menonton filem.

Sebagai kesimpulan(kesimpulan saya), setiap festival ada objektif. Takda festival yang nak akan rugi. Cara perlaksaannya pun berbeza. Juadah rohani dan jiwa juga berbeza. Siapa yang tak pernah pergi filem festival, tanamkan keazaman untuk bertandang mana-mana festival terkemuka. Mungkin sebagai sukarelawan, pembikin filem, sebagai ahli perniagaan mahupun sebagai penonton...banyak faedahnya. tapi kalau asyik pandang negatif filem...tak dapat nak tolong.

Nak lebih lagi jenguklah wikipedia. Maklumat tentang bengkel-bengkel pendek tiap festival juga boleh didapati. Manalah tahu, peluang anda adalah seperti si sabut..bakal timbul di permukaan mana-mana festival nyamuk terkemuka.

..marilah tonton filem Malaysia di panggung wayang(tak kisah nukilan sutradara manapun) dan bukan hanya tunggu kemunculannya di kaca tv musim raya mahupun beli dvd(yang rata-rata tak asli sebab yang asli punya mahal). Dah tonton dua tiga kali di pawagam, kalau nak beli dvd yang tak ori tu, kira halallah.

*Teruja dengan aktivis perfileman di Korea(kuli, pengarah, produser dan penggemar) yang turun berpiket di jalanan menentang hegemoni Hollywood.

Andaikata mamat Jerman ni tipu saya, maka saya pula menipulah anda semua..
wassalam

Friday, March 23, 2007

Ayuh Jack... bikin filem ! (walau pun hanya angan-angan, ianya tetap indah)



sehari selembar benang...

cinematic success is not necessarily the result of good brain work, but of a harmony of existing elements in ourself that we may not have ever been consious of: a fortunate fusion of subject and our deeper feeling, an accidental coincidence of our own pre occupation at a certain moment of life and the public.

Definasi bijak susah dan subjektif, memang ada ujikaji yang menentukan tingkat kecerdasan IQ individu. Tapi perbandingan antara individu tidak praktikal. Ya untuk masuk universiti perlu lulus ujian, tetapi punca kegagalan tidak boleh dilihat hanya atas dasar kebodohan semata. Jikapun bodah itu ada dalam diri, kita masih punya elemen-elemen lain. misalkata bodoh+sombong, bodoh tapi terguris bila kena seranah, bodoh tapi hormat orang tua, bodoh tapi hensem. Nah segala macam jenis bodoh di campur elemen-elemen lain lagi.

Mengapa saya berbicara tentang kebodohan?..kerana sang bodoh juga punya mimpi.

Kembali kepada kata-kata En. Francois Truffaut di atas, kepada sesiapa yang merasa dirinya tidak pandai(kita dalam satu kapal) dan masih bercita-cita untuk jadi pengarah filem... teruskan.

Ayuh Jack bikin filem!

*Kepada individu yang tak berhasrat nak jadi pengarah filem dan ditakdirkan membaca blog ni, boleh disesuaikan mengikut citarasa masing-masing. Saya tak paksa agar semua orang buat filem. Nantinya terlebih kuah daripada sudu, akibat banyak sangatlah pulak filem-filem yang diterbitkan(tapi, bagus jugak meriah industri..maksud saya industri dalam ertikata sebenar).

*gambar di atas gambar rembat!
wassalam

Wednesday, March 21, 2007

Strabismus (Juling)


Kemelut politika berikutan salah faham antara satu sama lain. aku cuba melihat persoalan ini dari pelbagai perspektif sebaik mungkin.
Kedua-duanya sayang akan benda (dalam hal ini, benda adalah negara) yang sama tetapi pendekatan yang diambil adalah berbeza.
bak kata pepatah... ada yang sayang bini tinggal-tinggalkan, ada yang sayang bini dibiarkan bini terus menerus tak tahu memasak dengan membeli makanan di kedai..
berdasarkan hanya dua pepatah ini dah dapat kita lihat dua konsep sayang yang berbeza...
*hidup Pepatah-Petitih - Pak Sako (zaman kehangatan Gila-Gila dulukala)
..keseragaman pasti akan membosankan...bukankah "gurau senda bawak bahagia?"
kepada yang kiri, teruskan dengan kekirian anda...dan kepada yang kanan, teruskan dengan kekananan anda....masing-masing punya tanggungjawab sebagai manusia di bumi bertuah..

anak itik berenang-renang,
dalam kubang di tepi paya,
adik saja terkenang-kenang,
abang sikit pun tak ingatkan saya.

*sapa kata abang tak ingat?..bukan abang saja..malah "our big brother" pun senantiasa ingat malah senantiasa memantau..wassalam!

Friday, March 16, 2007



aku dah bergelar pakcik...tua dah aku ni rupanya..tahniah kepada kak anne dan abang halim yang dah bergelar ibu dan bapa..tanggal 8 march 2007..dua hari lepas aku berangkat..