Wednesday, July 17, 2019

Seputar Hikayat Joki Kuda Marhaen


Joki Kuda M yang bekerja di sebuah institusi lomba kuda peringkat global, mulai pudar semangat untuk berlumba. Semangat membara berlumba terhakis atas sebab Joki Kuda M merasakan majikan terlalu kerap melaksanakan upacara carut-marut selain hanya menganjurkan perlumbaan kuda misallannya hari terbuka pakar kaunseling kuda junior semesta, kempen kepengunaan betapa halalnya daging kuda, hari budaya kuda, kelab fesyen kuda, program lawatan kuda tanahair melawat ladang ternakan kuda kota london, dan ritual senantiasa iaitu kempen menambahkan zuriat kuda-kuda di ladang ternakan (tak terhitung lagi banyaknya, wahyu adhoc yang berteraskan kun fa ya kun...jadi makanya jadi.)

Joki Kuda M kini mula meroger-roger sahabat kudanya di serata dunia moga ada rezeki untuk beralih angin dari pesta carut-marut yang sedang beliau rasakan beliau alami. Surat demi surat disisipkan namun panggilan temuduga untuk berlomba di balapan berbeza masih belum diterima.
Kini Joki Kuda M mengunakan pendekatan bertahan iaitu terus menambah air di tempayan biarpun sekali sekala persis guruh dan halilintar kerkumandang di telinganya.

Rentak Joki Kuda M kian perlahan. Mental, fizikal dan spiritual Joki Kuda M juga susut. Joki Kuda M tiada insuran kesihatan. Coretan ini terpaksa ditamatkan sebelum tiba klimaks penceritaan kerana Joki Kuda M dipaksa senyum sambil menepuk tangan acah-acah mengaalu-alukan kehadiran tetamu yang menjenguk dihari bukan perlumbaan.



 

Solidariti bisu buat rakan sejawat.(maaf aku tak upaya…)



Hari ini (15/07/2019) realiti telah melunturkan lagi harapanku akan konsep kemanusian kerana aku tak sengaja dipaksa melihat takdir meratah ketaatan individu(rakan sepejabat) yang bernama manusia.
Di suatu sisi lain.. wajarkah sebetulnya tidak menyalahkan takdir sebaliknya menyalahkan individu yang bernama majikan sewenang-wenangnya memperkotak-katikkan soldadu suruhan sewenang-wenangnya.
Tetapi menyalahkan majikan merupakan suatu persamaan matematik dunia yang mencari nahas. Kebenaran yang diintai nahas yang menerjah…maka aku memilih menutup mata dan telinga lalu berpaling. 
Jika soal selidik dijalankan, pasti..aku benar hampir pasti; kebenaran berpihak kepada bekas rakan sejawatku…tetapi kebenaran bukan kekuasaan.
Kekuasaan bisa menukar plot penceritaan daripada kisah bohong menjadi fakta. 
Malah massa(termasuk aku malangnya) umpama Jebat yang hilang telur akan patuh melaungkan pongang palsu yang bertamsil nyaring persis suatu yang nyata.
Aku bukan tokoh, bukan cendikiawan mahupun bukan tauke perusahaan. 
Aku tak mampu memberimu gaji bulanan. Aku hanya ingin kau tahu, si bacul ini menghargai usaha kau selama ini mendidik anak dunia…terima kasih tak seberapa buat kau yang kini di luar sana…Biarpun ungkapan ini cuba dirompak dari kau….tanpa sempat aku pertahankan.. tetap jua aku h
adiahkan buat kau biarpun rasanya suam dan mulai basi…TERIMA KASIH BUAT BEKAS RAKAN SEJAWAT!

Friday, March 04, 2016

Sungai Mengalir Lesu

Majoriti konotasi keindahan peribahasa melayu adalah bertujuan menutup bangkai busuk kebobrokan sifat manusia agar perbincangan dan gosipan akan menjadi sedikit berlapik!
Pertanyaan telur dahulu atau ayam dahulu? Terjemahkan konteks pertanyaan tersebut  kepada...yang mana wujud dahulu... kebobrokan manusia yang mendiami seusai bumi malaya atau peribahasa muncul dahulu dahulu?...bertempiklah...polemik tak sudah...

Usul akhir saya ...siakap sinohong gelama ikan duri berkacap bohong lama 2 jadi ahli politik!



Wednesday, July 01, 2015

Lelaki itu, suami dia ni, pak menakan kawan tu...bukan ustaz..(tapi pembikin filem)




(Iklan jap...air jus tok wali...lazat di minum dan yang penting percuma pahala walaupun time minum lupa baca bismillah!)

gambar aja..tidak boleh tekan play!

Rumah terbakar panggil bomba..bomba datang berlumba,lumba! Anak kancil patah kaki..anak kancil pandai menari.. Rumah terbakar panggil bomba..bomba datang berlumba,lumba! Anak kancil patah kaki..anak kancil pandai menari.. Rumah terbakar panggil bomba..bomba datang berlumba,lumba! Anak kancil patah kaki..anak kancil pandai menari..
(footage tak banyak..kami ulang tayang berkali2..)



-Warta Bulan-
Perang berlaku antara tentera Semut Merah dan tentera Bulu Arri..nak rebut takhta yang merupakan bukan bapak mereka punya iaitu Pak Kodak. Dalam pada itu saki baki puak pemisah fentera Filem kadang kala melakukan tembakan rambang entah kemana hala sukar dipastikan..Peluru yang mereka miliki dilaporkan merupakan "buah last" kerana dah tak dikeluarkan peluru seumpama itu di maya persada ini..
(Tapi itu semua kat bulan..kita kat bumi dok dengar aja..tolong sorak sana sini aja)

-Warta Bumi-
(Perang depan mata ada..katakan sahaja tiada..kerana cakap satu doa...jadilah orang positif..selamat beramal!)
Pertengkaran tentera telepon, tentera go pro dan tentera dslr dilaporkan semakin terkawal dan  kadang kala mereka dilaporkan bersama-sama membuat kunjungan ziarah(tangan hulur kata ikhlas..tangkap gambar dan seyum buat muka hensem!) jangan sangka ada agenda tersembunya di sebalik permuafakatan mereka.
sikap prasangka(andaipun ada) hanya wajar kita tanamkan dalam hati dan manakala fizikal tubuh wajar senyum dan angkat jari telunjuk sama sama..tak kisah apa bangsa penyokong tentera manasatupun...(group foto..angkat jari telunjuk ..sambil mulut sebutkan 1(p/s - jangan buat isyarat nak "korek" sudah..)

..Ingat..jangan lawan tentera..tak suka hidup kat bumi.. silalah pindah bulan!