Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Saturday, April 10, 2010

menyunatkan IC?...(dialog aku, Lan dan Hamba Allah)


Saya bertemu dengan seorang kenalan baru. Nama dia Lan(bukan nama sebenar). Dia tanya saya macammana nak pergi Makhamah Sungai Buloh.
(dalam hati saya)Saya pikir mamat ni otai ni..naik turun makhamah. Saya jawab, "Hospital Sungai Buloh gua tahu la".
Rupa-rupanya dia ni saudara baru(baru pun taklah baru sangat). Asal kelahirannya adalah agama Hindu.

Sekarang ni dia hidup sebatang kara sebab dia dah tak diterima makbapak dia. Pelajarannya tak tinggi..Cuma setakat sekolah rendah. Sekarang ni sering bertukar pekerjaan. Tapi iltizam dia untuk terus hidup di Kolumpo ini masih membara(anak matanya memberitahu saya).
Berbalik pada isu mahkamah..rupa-rupanya dia ingin menukarkan kad pengenalannya agar tertera perkataan ISLAM di dalamnya.

cut to

Situasinya Saya, Lan dan Hamba Allah bertiga dalam van di awal pagi membelah Lebuhraya Persekutuan yang sepi. Saya berpolemik dengan seorang hamba Allah yang lain. Lan kini hanya bertukar menjadi pendengar yang pasif.

Hamba Allah ini menempelak idea saya bahawa akar (darjah kefahaman tentang islam) perlu didahulukan berbanding perkara-perkara ranting (tukar IC..ceh).

Hamba Allah ini tak begitu merayakan pertentangan pendapat.
Saya mengeluarkan pendapat bahawa agama itu adalah hak antara manusia dengan tuhan...
Bukannya hubungan di antara masyarakat mahupun penguasa...maka tak perlu tukar IC.

Dia menyatakan keperluan tukar IC kerana penting untuk urusan pengkebumian(kajian kes kami). Saya mengeluarkan pendapat bahawa mati itu juga kerja tuhan. Sungguhpun seseorang itu Islam, andainya jasadnya dibakar menjadi abu lantas di buang di Sungai Gangga sekali pun dia, tetap Islam.

Mamat ni menyatakan sekiranya Lan mati tanpa sempat tukar IC, dia akan menimbulkan komplikasi kepada mereka yang masih hidup(ibubapanya yang beragama Hindu dan orang kita yang memiliki perkataan Islam pada IC mereka)...dan tindakan mati tanpa tukar IC satu tindakan yang tak bertanggungjawab.

Saya pikir hujah ini sangat dangkal!

Saya melihat dari sudut berbeza....
Sepanjang Lan hidup, siapa yang menagambil berat tentang dirinya?...melainkan dirinya sendiri. Wah..itu sudah semangat Nietzsche. Syabas Lan!!
Cumanya dia perlu lebih keras memenangi hati keluarganya kerna Islam tak membuang sanak saudara yang bukan Islam! Itulah yang nantinya, saya rasakan akan membuatkan penganut bukan Islam syahdu melihatkan kejernihan Islam. Amin..

Sistem sebetulnya adalah untuk kesenangan Ummah. Bukan untuk menyusahkan. Bilamana wujudnya kelemahan pada sesuatu sistem, post-mortem perlu untuk menaik taraf sistem yang sedia ada. Kerana sistem manusia tak pernah sempurna,jangan terlupa!
Hamba Allah ni mati-mati melihat saya sebagai seorang sosialis yang mahu meranapkan sistem. Salah tu brader...anarchy-lah..(biarlah apa gelaran sekali pun..itu hanyalah sebutir istilah dari gugusan jutaan perbendaharaan kata yang kita sering kabur akan maknanya!)
Contoh mudah..bukankah nama tuhan sendiri ada 99...mengapa kita hanya nak mempertahankan perkataan Allah...huh??

Ujarnya, individu sepatutnya hanya tunduk akur pada sistem yang sedia ada tanpa bersuara. Balas saya pula, sistem seharusnya perlu memberi ruang untuk individu bersuara. Tambahnya lagi, sudut pandang sebegini(pandangan saya) umpama virus perosak pemikiran masyarakat dan adalah mentaliti kelas bawahan. Terserah..katalah semahunya!

Akhirnya saya tak berniat untuk meneruskan dialog tanpa masa depan di dalam van tatkala dinihari itu kerana saya lebih suka menyusun bait-bait kata-kata di pojok sempit ini.
...Saya tahu orang yang tak merayakan perbezaan pendapat, kurang menyenangi perbezaan sudut pandang individu lain kerna merasakan firasatnya adalah suatu firasat yang Hakiki sememangnya sukar untuk diajak berdiskusi.


p/s - kepada Lan..moga kau selamat ketemui mahkamah. Andaipun kau sudah selesai urusan mahkamahmu...kau teruslah mencari Tuhan kerna kerja mencari Tuhan bukan habis setakat kau menukar IC lama kepada IC yang tertera perkataan Islam. Bukti kita Islam bukanlah pada IC. Noktah!

filem rujukan untuk kes kali ni "Sunan Kalijaga Dan Syekh Siti Jenar" ....orang yang berilmu itu tak semestinya mengerti!!