Wednesday, July 17, 2019

Seputar Hikayat Joki Kuda Marhaen


Joki Kuda M yang bekerja di sebuah institusi lomba kuda peringkat global, mulai pudar semangat untuk berlumba. Semangat membara berlumba terhakis atas sebab Joki Kuda M merasakan majikan terlalu kerap melaksanakan upacara carut-marut selain hanya menganjurkan perlumbaan kuda misallannya hari terbuka pakar kaunseling kuda junior semesta, kempen kepengunaan betapa halalnya daging kuda, hari budaya kuda, kelab fesyen kuda, program lawatan kuda tanahair melawat ladang ternakan kuda kota london, dan ritual senantiasa iaitu kempen menambahkan zuriat kuda-kuda di ladang ternakan (tak terhitung lagi banyaknya, wahyu adhoc yang berteraskan kun fa ya kun...jadi makanya jadi.)

Joki Kuda M kini mula meroger-roger sahabat kudanya di serata dunia moga ada rezeki untuk beralih angin dari pesta carut-marut yang sedang beliau rasakan beliau alami. Surat demi surat disisipkan namun panggilan temuduga untuk berlomba di balapan berbeza masih belum diterima.
Kini Joki Kuda M mengunakan pendekatan bertahan iaitu terus menambah air di tempayan biarpun sekali sekala persis guruh dan halilintar kerkumandang di telinganya.

Rentak Joki Kuda M kian perlahan. Mental, fizikal dan spiritual Joki Kuda M juga susut. Joki Kuda M tiada insuran kesihatan. Coretan ini terpaksa ditamatkan sebelum tiba klimaks penceritaan kerana Joki Kuda M dipaksa senyum sambil menepuk tangan acah-acah mengaalu-alukan kehadiran tetamu yang menjenguk dihari bukan perlumbaan.



 

No comments: