Hari ini (15/07/2019) realiti telah melunturkan lagi
harapanku akan konsep kemanusian kerana aku tak sengaja dipaksa melihat takdir
meratah ketaatan individu(rakan sepejabat) yang bernama manusia.
Di suatu sisi lain.. wajarkah sebetulnya
tidak menyalahkan takdir sebaliknya menyalahkan individu yang bernama majikan
sewenang-wenangnya memperkotak-katikkan soldadu suruhan sewenang-wenangnya.
Tetapi menyalahkan majikan merupakan suatu
persamaan matematik dunia yang mencari nahas. Kebenaran yang diintai nahas yang
menerjah…maka aku memilih menutup mata dan telinga lalu berpaling.
Jika soal selidik dijalankan, pasti..aku
benar hampir pasti; kebenaran berpihak kepada bekas rakan sejawatku…tetapi
kebenaran bukan kekuasaan.
Kekuasaan bisa menukar plot penceritaan
daripada kisah bohong menjadi fakta.
Malah massa(termasuk aku malangnya) umpama
Jebat yang hilang telur akan patuh melaungkan pongang palsu yang bertamsil
nyaring persis suatu yang nyata.
Aku bukan tokoh, bukan cendikiawan mahupun
bukan tauke perusahaan.
Aku tak mampu memberimu gaji bulanan. Aku hanya ingin
kau tahu, si bacul ini menghargai usaha kau selama ini mendidik anak
dunia…terima kasih tak seberapa buat kau yang kini di luar sana…Biarpun
ungkapan ini cuba dirompak dari kau….tanpa sempat aku pertahankan.. tetap jua
aku h
No comments:
Post a Comment