Friday, January 23, 2015

distorsi komunikasi visual - aib (isu Zamani Slam)

ok..saya setuju buka aib orang itu adalah salah;tapi mari kita buka isu ini dari perspektif berbeza.

Berapa ramai klik butang play tengok video Zamani kat youtube(naluri nak meninjau..?)wajarkah kesalahan hanya jatuh pada sang pemuat turun?...

3 hubungan di sini adalah, subjek(zamani) - perakam/pemuat naik - penonton

subjek
perhatikan bahasa tubuh Zamani yang tersipu2 ayu..tanpak senyum sekali dua

perakam
sikit tinggi dari aras mata zamani. dekat dengan zamani(tanda adanya "restu")

penonton
..tanya kan diri kita sejujurnya..
kenang/amati saat dan tatkala membuat pilihan untuk menonton video ini...??
kesan selepas menonton video ini..??
..dan adakah komen2 org lain turut sama mempengaruhi benak anda

...

analisa tajuk-
tajuk tu "belanja"..tajuk juga ejen untuk menyampaikan isu/mesej keseluruhan!
belanja itu sedekah..jauh sangat dah kita ni!

Nantikan penjelasan Zamani sendiri bagi membuktikan takrifan aib kerana dia lebih lama daripada kita berkecimpung dengan alat perakam suara/visual yang mampu memberikan 1001 kesan -suka-duka-teruja-berahi-terharu dll... terhadap keseluruhan massa.


...
Kesimpulan yang ingin saya utarakan di sini adalah..(saya pinjam lensa psikoanalisis)..keterujaan kita(manusia) untuk mendengar keaiban; sambil menafikan keinginan memiliki naluri ini sebagai tindakan mandi bunga..men"taichi"-kan/lempiaskan  hanya kepada seorang individu disebalik kamera dan juga sang pemuat naik...(paradok-kan?)

kuiz-..penyalah gunaan dadah  dikategorikan sebagai Pesakit(ketagih)
Pengedar pula dinobatkan Penjenayah!
mengapa penguasa hukum menangkap pesakit..(hehehehe..nak tegakkan benang basah juga!)
....dan juga kenapa persepsi massa kepada keduanya sama....?

-ayuh "taichi" minda sendiri dan sudah-sudah "taichi" orang!




Wednesday, April 16, 2014

Allegory of the cave - Plato

http://www.youtube.com/watch?v=UQfRdl3GTw4

Perlahan-lahan baru memahami mengapa sinema alternatif tidak akan mudah diterima ramai kerana massa telah lama benar menelan MSG movie dari sinema pertama. Bilamana konsep dan pengertian akan keenakan penceritaan dikarang dan dijaja dengan meriahnya, rasa "enak mutlak" sinema penuh kebeningan spiritual dianggap absurd.

Sapa tahu, mungkin dengan menempek logo halal pada poster filem mampu me"yakin"kan persepsi jualan sesebuah naskhah alternatif selari dengan trend penjualan komoditi masa kini.

Anekdot ini hanyalah sekadar cuba meneruskan kelestarian firasat Joni(saudagar filem) agar membebaskan massa dengan paksaan(wakil human right pasti berang nih!) dari dalam lubang gua biarpun aku sedar massa sedang enak duduk kejung, dan usaha ini besar peratusan bisa diibaratkan umpama mencurah air di daun keladi.



Monday, January 13, 2014

tersedak kopi.

Lepas makan malam, bersama bakal bapa, bakal ibu mertua dan tunang saya, saya tak senang duduk(nak merokok).
Saya minta izin dengan mencuit kaki tunang saya untuk merokok. Tunang saya memberi isyarat untuk berterus terang sahaja dgn bapanya. saya dengan selamba badak cuba untuk minta izin merokok di laman rumah dari . Dia menjegil biji matanya(baru mengetahui yang saya merokok). bakal ibu mertua hanya tersenyum sinis. Tunang saya berpura2 tidak melihat dan mendengar.
bakal bapa mertua kata saya akan mencemarkan ruangan udara di rumahnya. Saya cuit kaki tunang saya kini dengan lebih kuat. tunang saya sedikit terlompat.

Saya membalas saya akan pergi ke siar jalan depan rumah. Bakal bapa mertua menyatakan akan menyebabkan persepsi negatif jiran tetangga. Saya pijak kaki tunang saya.
Saya menghentikan niat saya dalam ketidak redhaan. Saya kentut perlahan-semua orang mencari bau kentut datang dari mana dan saya pura-pura buat tak tidak bau(bila semua mata memandang saya saya berpura-pura berlakon bau datang dari arah dapur).

 fade out
-lagu classical-
bach - air suite no 3 - air on the g string.
(scene feeling sikit fantasi!)

fade in
Kain buruk mengelap meja. Tangan bapa mertua membelai tangan ibu mertua. Mata bapa mertua memerhatikan punggung/dada 2 pembantu rumah asap masuk frame dari arah bakal ibu.
Hidangan makan malam di meja sedang dibersihkan oleh 2 orang pembantu rumah yang memakai pakaian uniform(ala orang uniform gaji kolonial-tapi motif dan corak lokal).
tunang mencabut bulu ketiak dgn tweezer dan berlahak - senyum manja ke arah saya.
saya menghirup kopi  dan tiba2 tersedak.  terkena muka dan baju tunang saya.
asap berkepul-kepul di udara.
bakal ibu menghembuskan asap ke udara.
bakal bapa mertua menghembuskan asap ke udara.
bakal bapa mertua menghulurkan balutan ganja kepada saya..
tunang saya menjerit memanggil 2 pembantu rumah sambil membersihkan mukanya dengan kain buruk sebentar tadi. seorang pembantu rumah 1 berlari ke ruangan dapur.
saya tersenyum dan mengambil balutan ganja tersebut dan menghisap dalam2..
saya passing ganja kepada tunang saya. bapa menggelengkan kepala. saya hulur kepada bakal ibu mertua. bapa senyum.
pembantu rumah 1 kembali ke arah tunang saya. tunang saya melihat menerusi cermin yang dibawa oleh pembantu rumah 1. 

POV 2 pembantu rumah arah kami.

-siri refleksi dalam cermin-
tunang saya tak puas hati- saya cuba untuk menyalakan rokok - bapa menjeling masih tak beri kebenaran - ibu yang menghembuskan asap balutan ganja - saya senyum tawar.

END