Tuesday, March 27, 2007

perlawanan filem...(sedikit tentang festival)



Bermula di Venice sekitar tahun 1930'an pada era Mussolini. Ianya merupakan hiburan mewah untuk golongan atasan dan hanya sebuah filem ditayangkan dalam sehari. Lepas menonton, mereka akan bersosial dan membicarakan filem yang dilihat. Waktu itu tidak ramai orang yang mampu melancong, biarpun kaya. Maka mereka pun melanconglah menerusi medium filem. Kemudian lahir pula Cannes, Berlin, Moscow (bukan tertib sebenar) dll.
Memandangkan pensyarah saya orang Jerman dan bawa pula seorang kawan German(tak sempat nak catat..tapi bukan Wim Wanders), seketeriat Festival Filem Berlin(bahagian menemukan filem-filem untuk dijemput masuk festival); dah sah perbincangan lebih terarah kepada Festival Filem Berlin khususnya dan lain-lain festival amnya.

Festival Filem Berlin diasaskan oleh warga Amerika, 1951. Diadakan pada musim panas(akhir Jun hingga awal Julai) setiap tahun untuk mempromosikan budaya dan kefahaman tentang budaya. Selang beberapa tahun kemudian, warga Jerman mengambil alih sendiri pengurusan festival dan juga agenda distribusi. Meremang bulu roma saya saat mamat Jerman ni sebut nama Amir Muhammad, Yasmin dan Tan Chui Mui. Satu nikmat pada saya penggemar filem warga Malaysia yang mungkin sama nikmatnya dengan orang Muslim yamg dengar azan.

Festival merupakan tempat berkomunikasi, beriadah, bergumbira ; maka tidak hairanlah En. Truffaut, En. Godard dan rakan-rakan gelombang baru mengganggu kelansungan Festival Filem Cannes 1968. Sebabnya adalah kerna tika itu, sosio-politik Perancis tengah tegang dan pembikin filem yang sentiasa berceritakan aspek kemanusiaan harus ada bersama-sama manusia di jalanan. Maka komunikasi warga bawah wajar diteliti untuk seketika. Lanjutan daripada itu, muncullah kategori Director Fourtnight di Cannes.

Rakyat Malaysia menolak filem mereka sendiri?..tidak mengapa.. Festival Filem Berlin juga kadangkala menolak filem-filem Jerman yang menang Oskar. Kim-ki Duk dan Hoo-sang Soo juga lebih disanjung oleh orang luar berbanding rakyat Korea sendiri. Maka fenomena ini agak normal bagi filem2 yang dianggap membuka pekung di dada. Dah pekung..tentulah orang tempatan nak selindung dan orang luar yang lain konsep bau pekung gembira dengan menadahkan nyiru. Pokoknya soal estetika individu, maka beranaklah istilah seperti "festival nyamuk" dan seumpamanya. Tak ada yang betul dan tak ada yang salah. Yang menariknya, al-kisah di Malaysia sama seperti di Jerman...individu yang ribut menuding aspek bobrok beberapa scene daripada keseluruhan filem; rata-rata tak menonton filem.

Sebagai kesimpulan(kesimpulan saya), setiap festival ada objektif. Takda festival yang nak akan rugi. Cara perlaksaannya pun berbeza. Juadah rohani dan jiwa juga berbeza. Siapa yang tak pernah pergi filem festival, tanamkan keazaman untuk bertandang mana-mana festival terkemuka. Mungkin sebagai sukarelawan, pembikin filem, sebagai ahli perniagaan mahupun sebagai penonton...banyak faedahnya. tapi kalau asyik pandang negatif filem...tak dapat nak tolong.

Nak lebih lagi jenguklah wikipedia. Maklumat tentang bengkel-bengkel pendek tiap festival juga boleh didapati. Manalah tahu, peluang anda adalah seperti si sabut..bakal timbul di permukaan mana-mana festival nyamuk terkemuka.

..marilah tonton filem Malaysia di panggung wayang(tak kisah nukilan sutradara manapun) dan bukan hanya tunggu kemunculannya di kaca tv musim raya mahupun beli dvd(yang rata-rata tak asli sebab yang asli punya mahal). Dah tonton dua tiga kali di pawagam, kalau nak beli dvd yang tak ori tu, kira halallah.

*Teruja dengan aktivis perfileman di Korea(kuli, pengarah, produser dan penggemar) yang turun berpiket di jalanan menentang hegemoni Hollywood.

Andaikata mamat Jerman ni tipu saya, maka saya pula menipulah anda semua..
wassalam

2 comments:

Kimchi Land - Korea said...

salam ...maz...

aku akan mendapat alien id card aku pada 11.4..lepas itu maybe leb beli hp..

erm email kamu apa ya?

che'GuBard said...

maz tlg email aku segera ke chegubard@gmail.com