Wednesday, March 21, 2007

Strabismus (Juling)


Kemelut politika berikutan salah faham antara satu sama lain. aku cuba melihat persoalan ini dari pelbagai perspektif sebaik mungkin.
Kedua-duanya sayang akan benda (dalam hal ini, benda adalah negara) yang sama tetapi pendekatan yang diambil adalah berbeza.
bak kata pepatah... ada yang sayang bini tinggal-tinggalkan, ada yang sayang bini dibiarkan bini terus menerus tak tahu memasak dengan membeli makanan di kedai..
berdasarkan hanya dua pepatah ini dah dapat kita lihat dua konsep sayang yang berbeza...
*hidup Pepatah-Petitih - Pak Sako (zaman kehangatan Gila-Gila dulukala)
..keseragaman pasti akan membosankan...bukankah "gurau senda bawak bahagia?"
kepada yang kiri, teruskan dengan kekirian anda...dan kepada yang kanan, teruskan dengan kekananan anda....masing-masing punya tanggungjawab sebagai manusia di bumi bertuah..

anak itik berenang-renang,
dalam kubang di tepi paya,
adik saja terkenang-kenang,
abang sikit pun tak ingatkan saya.

*sapa kata abang tak ingat?..bukan abang saja..malah "our big brother" pun senantiasa ingat malah senantiasa memantau..wassalam!

2 comments:

Anonymous said...

pasti perbezaan itu sesuatu yang baik. Adakah ini memungkinkan untuk berlaku di tanah ini(malaysia). Apa yang aku alami disini (malaysia) tidak. Antara 99 ke 2005 aku ketemukan nikmat perbezaan pendapat dan pandangan itu. Tetapi itu di tanah america utara.

Sebelum 99, apabila aku memberi pandangan yang berbeza dari khalayak dalam soal soal 'cinema melayu', maka keluarlah kata kata 'hikmah' dari mereka untuk mematahkan hujahku. "kau belum buat filem, apa tahu! Berani buat la! Cakap aje lebih" Dan pelbagai lagi yang memberikan makna yang sama.

tetapi apabila di sana, tidak pernahku dengar hujah seperti diatas dikeluarkan oleh para warganya. Ehh! Di mana silapnya itu?

Pasti ada yang memungkinkan rasa ini terhasil dan ada didalam pemikiran bangsaku. Sehingga kini hanya hipotesis. Di Malaysia tidak punya emapt musim dan musim buah dan hujan juga sudah tidak menentu.

Terima Kasih, kerana mengizinkan aku menjarah ruangmu ini.

Laqman Al-Jefri.

Anonymous said...

entah apa yang ' big brother' pantaukan lagi entah la?