Wednesday, April 16, 2014

Allegory of the cave - Plato

http://www.youtube.com/watch?v=UQfRdl3GTw4

Perlahan-lahan baru memahami mengapa sinema alternatif tidak akan mudah diterima ramai kerana massa telah lama benar menelan MSG movie dari sinema pertama. Bilamana konsep dan pengertian akan keenakan penceritaan dikarang dan dijaja dengan meriahnya, rasa "enak mutlak" sinema penuh kebeningan spiritual dianggap absurd.

Sapa tahu, mungkin dengan menempek logo halal pada poster filem mampu me"yakin"kan persepsi jualan sesebuah naskhah alternatif selari dengan trend penjualan komoditi masa kini.

Anekdot ini hanyalah sekadar cuba meneruskan kelestarian firasat Joni(saudagar filem) agar membebaskan massa dengan paksaan(wakil human right pasti berang nih!) dari dalam lubang gua biarpun aku sedar massa sedang enak duduk kejung, dan usaha ini besar peratusan bisa diibaratkan umpama mencurah air di daun keladi.