Saturday, October 16, 2010

Hikayat Awang Donan (yang hensem)..kisah buang bayi zaman purbakala

Raja Donan a.k.a Awang Donan merupakan anak raja...macam biasa..
hikayat dulu-dulu semua berkisar tentang anak raja...
yang marhaen akan main watak sipi-sipi aja..pelayan istana..bidan..
Raja Donan lahir-lahir sahaja..penuh diiringi keajaiban/kebetulan....tak semena-mena aja terus jatuh ke tanah dan kat tangan kanan ada pedang, tangan kiri ada telur, kat bahu kanan ada beduk.

Bapa beliau Raja Madong Bongsu risau dengan kebetulan yang melampau ini menyuruh tukang tilik istana menafsir kejadian ini. Bidan Nan Enam meramalkan Raja Donan akan membawa petaka. Bidan Nan Tujuh meramalkan sebaliknya.

Raja Madong Bongsu lebih percaya kepada perkhabaran negatif bertindak membuang bayi ini (Raja Donan) ke laut. Tindakan ini diketahui oleh Inang dan Bendahara yang memiliki perasaan kemanusiaan yang tinggi lalu menyelamatkan bayi yang dihumban ke laut ini lalu merantau bersama ke daerah baru iaitu Pulau Sembilan.

Berbelas tahun kemudian.

Raja Donan telah besar. Beliau kini memiliki kehebatan yang patut dimiliki oleh seorang perwira@satria. Suatu malam beliau terdengar belil yang melalui firasatnya merupakan bedil ayahnya. Firasatnya lagi, Raja Mambang Nan Bongsu (watak protagonis 2) dirasakan beliau bakal menculik puteri permaisuri (mungkin adiknya..kalau betul..) sebab Raja Madong Bongsu (seperti tingkahlaku biasa seorang raja) sering berpoya-poya dan ada banyak anak bersama gundik-gundik.

Raja Donan pergi ke istana dan mendapati ayahanda beliau telah mati dibunuh. Oleh kerana tiada suspek lain selain Mambang Nan Bongsu yang dirasakan pembunuh bapanya, beliau seperti watak hero-hero yang lain; pasti akan membalas dendam.

Raja Donan membuat muslihat dengan memanggil Mambang Nan Bongsu sebagai ayah. Mambang Nan Bongsu yang juga playboy kaget/terkedu/terkesima/terharu kerana tak menganali seorang daripada puluhan anak-anak beliau dan pertama kali dirinya dibahasakan ayah. Hati Mambang Nan Bongsu mencair.


Setelah bersantapan bersama, Raja Donan mengajak "ayahandanya" bermesra bersama dengan mengajar pencak silat. Dikesempatan ini, Raja Donan telah membunuh  Mambang Nan Bongsu. Seterusnya Raja Donan menghidupkan kembali ayahanda sebenarnya (Raja Madong Bongsu) dan dengan pantas berlalu kembali ke Pulau Sembilan.


Raja Donan yang hidup kembali mendapati jasad Mambang Nan Bongsu terkujur bersama sekeping nota.

"Makhluk ini telah dibunuh oleh Raja Donan yang hensem!"

Setelah diceritakan oleh Puteri Bongsu, barulah Raja Madong Bongsu mengerti perihal sebenar dan cuba menjejaki anaknya yang dibuang lama dahulu namun sehingga ke akhir hayatnya yang satu laginya juga..beliau gagal menjejaki Raja Donan yang hensem itu. Raja Donan juga bersembunyi kerana masih kecil hati beliau diperlakukan seperti barang tak beharga..dicampak ke laut lama dahulu.

Ini mungkin berikutan beliau mencari di Pulau Lapan sedangkan Raja Donan berada di Pulau Sembilan...dan spekulasi ini datang daripada tilikan yang salah seperti biasa oleh Bidan Nan Enam.
......

p/s-Ada versi lain yang melaporkan bahawa Raja Donan menghilangkan diri setelah mencium Puteri Bongsu  setelah menghidupkan ayahanda beliau. Beliau melarikan diri bagi mengelakkan dirinya terjebak dalam kancah sumbang mahram dan alasan kecil hati pada bapanya itu hanya eskapisme semata.

wallahualam..