Tuesday, November 17, 2009

jikapun tuhan itu ada, ia tidak akan mengubah apapun..

" orang lain(engkau) itu adalah kematian(kegagalan) yang tersembunyi bagi kemungkinan-kemungkinanku(lulus periksa)..
..............................
jalur fahaman exsistensialisme yang menolak adanya ketentuan Ilahi..
belum ada rezeki awak, kata kau seraya menutup rezekiku tanpa rasa bersalah..
aku maklum, jikalau aku membontoti kau, aku boleh berjaya..aku sedar daripada listrik tubuh yang kau berikan..
masalah utama disini adalah tidak betah bagiku untuk membontoti kau..
faktor citarasa agaknya mungkin..
kau skema baju batik,firasatku..
skema yang lupa bahawa manusia itu sama taraf..
kau berharap agar aku tiup kembang bontotkau..julang namakau tinggi-tinggi..
sememangnya tekak aku rasa mual untuk meluahkan kata basa-basi yang tak aku maknakan dari lidahku..

.........................

kini ku mulai sedar

usaha+ampu = resepi kejayaan yang tak perlu tawakal

tahniah buat kau dewa manusia kerna berjaya menaikkan status diri mu tinggi dari Ilahi dalam percaturan kehidupan orang yang selalu gagal iaitu AKU



epilog
aku serik untuk selamanya gagal, lalu putuskan cita-citaku seterusnya untuk menjadi tuhan dan membalas segala perbuatan mu..
kau tidak tahu aku ini betapa pendendam orangnya...
bila nanti aku jadi tuhan dan ketika itu kau di kitar bawah perjalanan hidupmu..
kau akan mengerti rasa sesak nafas, ketiak berpeluh dan terkebil-kebil memahami keberadaan tatkala di asak sepertimana yang pernah aku rasakan..

............................
tajuk dipetik dari ayat buku Existensialism and Human Emotion (paris 1940)
terjemahan inggeris Bernard Frechtman
terjemahan melayu Dr Fuad Hassan

perenggan pertama ayat dari ayat buku Being And Nothingsess (paris 1942)
terjemahan inggeris Hazel Barnes
terjemahan melayu Dr Fuad Hassan


antologi mari menjadi Dewa lalu membalas kesumat dendam !

(dedikasi buat "Simone de Beauvoir"ku dari Jean Paul Sarte)

Thursday, November 12, 2009

kim Tu Han

perbualan dalam suasana gelap malam di kamar tidur sepasang suami isteri berbangsa Korea malam dingin musim sejuk.

(suami)yobo..awak tahu agama tak?
(isteri)apa tu agama yobo..pendidikan moral saya tahulah, agama saya tak belajar..
(suami)panjang cerita..nantilah saya terangkan..saya mencongak-congak nama anak kita kelak..
(isteri)yobo..budaya kitakan mak bapak yobo yang tentukan nama anak kita..yobo keluarga KIM..nanti anak kita mestilah Kim sesuatu juga..
(suami)itulah pasal..awakkan tahu saya ni avantgarde sikit..saya tak suka ikut budaya..jadi saya terpikir nak namakan anak kita Tuhan.
(isteri)Kim Tu Han..
(suami)Tuhan saja..tak mahu Kim..Kim..
(isteri)makna tuhan saya tak tahulah yobo..tapi saya kadang-kadang ada dengar orang cakap sana sini..yobo tak kisah ke kalau nama keluarga terputus..?
(suami)tak ada masalah...
dan nanti bila kita dah ada Tuhan, dia dah besar sikit..saya ajarkan Tuhan dan yobo agama sikit-sikit..awak nak tak?
(isteri)pendidikan moral tak cukup ke yobo?..nak kena belajar agama juga?..
...suka hati yobolah..sebab hitam kata yobo..hitamlah saya..
..............................
nota kaki
yobo - yang..

dedikasi untuk kak anne yang selamat melahirkan arif 10hb Nov 2009
buat eni..nak namakan anak kita TUHAN?

Tuesday, July 14, 2009

HABIS...

bila saja selesai last shot untuk movie kali ni(semalam)...sepatutnya semua orang yang menjayakan bersama patut gembira...
tapi anehnya perasaan gembira itu hanya terpendam dan tertunda.

ini berikutan tatkala mememulakan penggambaran bagi scene terakhir, kucing yang digunakan terlepas lari dan langsung lesap. semua orang buntu. tetapi berkat kakak produser yang cekap serta merta menggantikan kucing tersebut dengan kucing yang baru(bukan kucing konti).

penggambaran berakhir sekitar 4.30 ptg. dan hujan rintik mulai.
empunya kucing berkelana sendirian menantikan kucing kembali sedangkan krew semua sudah angkat kaki.

saya, produser dan DOP kembali ke lokasi menyertai empunya kucing bagi membantu mencari sang hilang....tetapi gagal...

8.30mlm kami sekali lagi ke lokasi..menanti dan terus terus mengamati tetapi yang didengar hanyalah bunyi rintik hujan dan bukannya ngiau sang hilang.

9.30mlm...balik dan tido...

12.30tgh mlm..DOP menghubungi saya menyatakan kucing telah dijumpai...

maka dengan ini "practical photography" yang melibatkan artis dan kucing telah pun tamat dengan rasminya pada detik sang hilang bertukar sang ada.

rintik semalam masih mencurah..

Sunday, June 28, 2009





Watak
Suami – umur awal 30-an. Bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah bangunan. Berpangkat rendah. Sayang akan bininya tetapi tidak serius memperlihatkan sayangnya kepada isteri. Sarkastik. Introvert.
Isteri – umur sebaya dengan suami. Surirumah. Bosan terhadap kehidupan surirumahtangga. Peramah. Extrovert.
*mereka berdua sudah berkawan lebih daripada 10 tahun tetapi baru berkahwin hampir 2 tahun. Belum mempunyai anak kerna suami memutuskan untuk merancang. Suami sebenarnya mengelak untuk bila diajukan soalan anak kerana masalah ekonomi .
Ayah – akhir 50an. Hanya menghabiskan masa di sofa menonton tv dan berangan. Bekas seorang pengadil.
Ekstra
Kanak-kanak lelaki (suami tatkala kecil) – 7/8 tahun.
Wanita – 30-an sebagai watak ibu dalam flashback scene.
Jejaka Hippie - lewat 20-an
Sepasang kanak-kanak – 7/8 tahun
Sepasang warga emas yang uzur – 70-an
Sinopsis
Kisah kehidupan harian sepasang suami isteri kelas bawahan yang tinggal bersama-sama bapa sang suami. Masalah kecil timbul bilamana isteri menyuarakan hasrat untuk membela seekor kucing. Suami berkeras tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Mereka mula berbalah. Kisah silam suami kemudian terungkai. Suami akhirnya menghadiahkan isteri seekor kucing jalanan menerusi suatu kejutan yang pelik. Dan isteri akhirnya di takdirkan mengandung.
Genre – drama ringan
Apa yang ingin saya perkatakan?
Berbalah dan bukannya pergaduhan fizikal merupakan suatu yang adakalanya melucukan dalam memelihara rumah tangga. Melucukan di sini bermakna, bagi pihak yang memerhati (penonton) pihak yang mengalami adalah azab.
Apa reaksi yang ingin saya berkongsi dengan para penonton.
Tersenyum riang tatkala movie ini tamat.
Inspiration
Sanak keluarga dan wajah kesayangan hamba.


1. EXT. SMALL ALLEY - DAY
Seorang lelaki berpakaian pengawal keselamatan (Suami), memakai topeng penutup habuk berlalu pergi dari arah kamera. Dia memegang beg plastik supermarket. Kandungan di dalam beg kelihatan bergerak-gerak.
Lelaki berjalan di sebuah lorong melewati:
1 Pasangan warga emas yang uzur sedang bertengkar
2 Pasangan kanak-kanak yang sedang bermain dan tiba-tiba bertengkar.

Beliau tersenyum sendirian. Beliau mendail telefon bimbitnya.

Tajuk…(ZAHIR TAK TERUCAP - working title)
objektif-misteri & humor kecil

2. INT. LIVING ROOM – DAY
Flat kos rendah.
Seorang lelaki tua (Ayah) menonton perlawanan bolasepak di tv sambil makan duduk di sofa.
Wanita (isteri) berpakaian agak elegan berdiri sedikit di bahagian sisi ibarat seorang pelayan restoran. Isteri. sedang menunggu (suami selesai bersiap dan ayah habis makan). Isteri mengajak ayah keluar bersama (tak ikhlas, sekadar bertegur sapa)
Isteri
Betul ke ayah tak nak ikut ni…
Ayah seolah tidak mendengar dan masih memandang tv. Suami muncul dari kamar dan memintas isteri lalu tunggu di depan pintu rumah.
Suami
Hegeh-hegeh apa lagi…?
Isteri terkocoh-kocoh pergi ke arah suami.
Isteri
Tunggu saya basuh pinggan ayah abang dulu jap..(berbisik kepada suami)
Suami
Kami pergi dulu ayah..
objektif –apa sebenarnya?

3. INT. CINEMA THEATRE LOBBY - DAY.
Mereka berdua berdiri di depan 2 poster filem yang besar. Bahasa tubuh memperlihatkan mereka bertengkar kerana masing-masing ingin melihat filem berdasarkan citarasa masing-masing. Isteri ingin menonton filem keluarga. Suami ingin menonton filem aksi. Mereka berlalu. Kamera track ke arah kiri dan maju ke depan menampakkan poster ke-3. Poster PSYCHO FOREVER.
objektif – memperkenalkan masalah utama mereka,
sering bertengkar dan kurang bersependapat

4. INT. SCREENING THEATRE - DAY
Poster bertukar menjadi skrin (footage ini di shoot terlebih dahulu). Mereka sedang memenonton filem seram. Isteri menutup mukanya dengan telapak tangan tapi masih menjeling ke arah skrin (isteri benci filem seram sebenarnya). Ini menyebabkan suami gembira melihat isteri ketakutan. Penumpuan suami tidak di skrin tetapi ke arah isteri kerana dia sedang ingin memeranjatkan isterinya.
Tiba-tiba, suami mencuit pinggang isteri. Isteri terperanjat. Suami gembira.
Saat dia menoleh pada skrin wayang, adegan seram yang begitu memeranjatkan dirinya ditayang menyebabkan dia terkejut besar. Isteri memerhatikan suami terkejut dan membalas senyuman (padan muka)
objektif-memerkenalkan telatah suami yang suka “membuli isteri”

5. EXT. KAWASAN PERMANDANGAN DI BUKIT YANG TINGGI (NAMSAN TOWER) – DAY
Suasana romantis. Banyak mangga yang dikunci di pagar (lambang percintaan termetri). Isteri riang menuju ke suatu sudut. Isteri membelek mangga “kupunyaan mereka”. Suami dengan kurang bermaya mengekori isteri. Mereka berdua berdiri membelakangi kamera.
Kesan peluh dapat kelihatan pada pakaian. Mereka nampak tidak romantik di kawasan yang romantik.

Isteri
Macam dah lama aja kita biarkan hadiah katil bayi tu tak terusik.
Suami berlalu meninggalkan isteri. Isteri daripada gembira merenenung mangga bertukar sedikit muram melihat suami yang berlalu pergi.

objektif-memperlihatkan ada yang tak kena pada mereka

6. EXT. SHOP ALLEY – DAY
Mereka berjalan beriringan sambil berbual.
(balas dialog dari scene sebelumnya)
Suami
Bukannya saya tak mahu..ekonomi kita tak stabil lagi…
Ayah pun masih lagi…sabarla…

Isteri berhenti tanpa disedari suami. Suami berhenti di depan kedai emas. Merenung seketika barangan kemas dalam cermin. Kemudian suami menyedari isteri tertinggal di belakang bertinggung di hadapan suatu kedai. Suami bergerak ke arah isteri. Isteri tersenyum melihat ibu kucing bersama anak kucing dalam cermin kedai. Suami sedar isteri sedang mengidamkan seekor kucing. Suami menoleh dan berlalu pergi. Isteri melihat ke arah suami dan bingkas bangun mengejar si suami.
objektif-memperkenalkan suami tak suka kucing.

7. INT. MAIN BEDROOM – NIGHT
Buaian bayi yang masih berbalut sedikit berhabuk (hadiah perkahwinan dari rakan).
Ruang bilik di sinari lampu tidur di sisi katil.
Suami sedang membaca novel – Zahir (Paulo Coelho). Isteri tiba di katil dengan muka putih (masking) membawa majalah. Isteri menyelak helaian majalah. Isteri terkejut kecil dan gembira. Isteri menunjukkan sesuatu pada suami. Dalam majalah ada terpapar gambar kucing yang comel. Isteri solah meminta suami menghadiahkan kucing.
Suami
Tengoklah saya pikirkan dulu..
Suami menyendeng ke arah isteri dan ketiaknya sengaja ditonyohkan ke muka isteri dalam usaha untuk menutup lampu. Isteri cuba memelihara “masking” mukanya.

(Dalam gelap)

Isteri
Kalau saya ingin berbincang kenapa abang sering mengelak?
Suami
Mana ada..
Jomla tido..esok saya kerja ni…
Isteri
Abang ingat saya duduk rumah…saya tak ada kerja…?
Suami
Dah..dah..jangan gaduh-gaduh…saya sayang awak sangat….
(Long pause..) suami bertukar nada.
Nak awak malam ni boleh?
Isteri
Tengoklah saya pikirkan dulu..
Suami
Belehla….
(Short pause..)
Isteri..
Sori abang, malam ni tak boleh….
Macam dah nak start ada dah ni…
Lagipun saya sayang “masking” saya ni…rugi nanti..
Tapi kalau abang janji belikan saya kucing…saya basuh masking saya sekarang….

Isteri mengadeh dalam gelap kerana suami menyendeng ke arahnya membuka lampu kembali..
(kembali terang)
Suami
Ulang balik apa awak cakap….
Isteri berpura-pura tidur…
Suami menekan suatu butang remote kontrol /main suis…lampu terpadam (impak komidi)
(Dalam gelap) nada suami berubah..romantik…

Suami
gi la basuh muka..saya janji....(merayu)
Isteri
betul abang janji?(exicited)
Suami
ya..abang janji..(nada menipu)
jap..abang pakai kondom jap..(bunyi laci di kuak..)
alamak..dah habis la…
Isteri
Lagi bagus…
objektif-
menerangkan karakter masing-masing di ruangan ruang sebenar mereka
isteri boleh menjadi dominan kerna saat suami ingin bersama, suami perlu merayu.
Isteri pula inginkan rayuan bukan hanya sebelum saat untuk bersama..

8. EXT. INFRONT OF THE OLD HOUSE – DAY
Flash back (sebahagian daripada babak di shoot dalam bentuk slow motion)
Kanak-kanak lelaki (suami ketika kecil) memakai topeng putih penutup habuk sedang bermain dengan seekor kucing. Kedengaran bunyi motor tiba dan membunyikan hon seolah-olah suatu signal. Kedengaran bunyi pintu rumah dihempas dengan kuat Kanak-kanak lelaki beredar ke arah suatu bucu (sembunyi). Suara wanita (ibu) dan bapa bergaduh semakin kuat kedengaran. Bapa menampar ibu membuatkan ibu terpinga seketika. Ibu kemudian memberikan terjahan terbang (flying kick) terhadap bapa. Bapa terlentang. Ibu bergegas ke arah seorang Jejaka Hippie yang menunggu dengan vespa. Bapa bangun dan cuba mengejar. Ibu dan Jejaka Hiippie berlalu. Kanak-kanak kecil masih menintai.
objektif-tanda tanya, trauma atau fiksi?

9. INT. MAIN BEDROOM – NIGHT
Suami terjaga dengan sedikit berpeluh. Dia melihat isteri terbaring dalam posisi yang tidak semenggah. Suami merenung buaian bayi seketika. Suami cuba menggerakkan isterinya. Gagal. Suami bangun dan pergi keluar bilik.
objektif-realiti yang tak indah

10.INT. INFRONT OF FATHER”S ROOM – NIGHT
Kesan lampu dapur ditutup pada pintu bilik bapa. Suami melintasi bilik bapa dan memegang segelas berisi air. Suami datang semula ke bilik bapa dan berdiri di depan pintu bilik bapa. Suami membuka pintu dengan perlahan. Bapa sedang tidur membelakangi pintu. Terdapat jersi pengadil di dalam bingkai kaca tergantung di dinding. Di sebelahnya ada sebuah potret gambar ibu dan bapa. Tetapi cahaya dari celah pintu memotong bahagian ibu menyebabkan bahagian gambar bapa sahaja yang kelihatan. Bapa berpaling ke arah pintu dan ingin berkata sesuatu. Suami melangkah ke bahagian dalam bilik bapa.
objektif-
memperlihatkan hubungan bapa dan anak,
dingin tetapi masih berkomunikasi.

11.INT. SECURITY BOOTH – DAY
Hari di musim panas. Kipas kecil berpusing. Tv kecil menayangkan perlawanan bola sepak.
Suami tidur-tidur ayam di atas kerusi terjaga kerana bersin. Dia kemudian merasa akan sesuatu menyentuh kakinya. Suami meninjau di bahagian bawah. Suami terlompat kecil di kerusi. Suami menguis kucing di bawah meja keluar dari pondok pengawal. Pengadil dalam perlawanan bola sepak melayangkan kad kuning.
Angin kuat bertiup. Kalender (bertanda pangkah pada tarikh hari ini-5/7/2010) dikuak angin angin. Pintu bilik pengawal kembali terkuak. Kucing muncul semula.

Suami berfikir sejenak dan bangun.

(scene ini akan di intercut dengan)
-11 (a) Isteri membeli barangan harian dengan riang di pasar. Isteri bergerak di celah orang ramai umpama pemain bola sepak menggelek. Berhenti di depan kedai mendandan rambut.
-11 (b) Ayah sedang merenung kosong di luar jendela. TV terpasang perlawanan bola sepak. Bapa mendengar bunyi telefon rumah berbunyi. Bapa melihat ke arah telefon.

Suara latar – komentari 2 orang juruacara bolasepak dalam mana serangan sedang berlangsung hingga sebuah pasukan berjaya menjaringkan gol. Selepas pasukan menjaringkan gol. Juruacara masing-masing bertengkar hebat. Siaran tv tergendala.(antara dialog…pengacara mengucapkan tahniah kepada pak ji sung kerana menyambut kelahiran anak ke 2)
objektif-memperlihatkan masing-masing karekter di ruangan mereka sendiri.
12. EXT. SMALL ALLEY – DAY
Seperti scene 1 tetapi posisi kamera berbeza (sedikit kebelakang memperlihatkan tembok di foreground. Kamera crane up dan memperlihatkan aksi yang sama dan berhenti dengan memperlihatkan poster mencari “ole-le” kucing yang hilang di tembok (kucing yang hadir di pondok pengawal).
(tiada dialog kedengaran melainkan kicauan burung di petang yang tenang)
Objektif - perasaan dejavu, dan ganjil kenapa tiada suara.
There is calm before the storm.

13. INT. DINER TABLE – NIGHT
Meja dihidang seperti meraikan hari yang istimewa. Isteri dengan dandanan rambut yang istimewa (rambut seperti model cover majalah scene 7). Pakaian cantik. Suami hanya memakai boxer dan singlet melihat tercengang melihat akan isterinya (pura-pura tercengang). Bapa tersenyum (kali pertama) dan mula makan. Mereka tidak berkata apa. Isteri resah. Tiba-tiba suami seperti tercekik. Isteri menghulurkan air. Suami memberi isyarat mata kepada bapa. Bapa berlalu.
Suami masih meneruskan makan, sambil membebel.
Suami
Kenapa masin sangat ni?
Dah lama kawin pun tak tau masak lagi?
Isteri
Abang..kenapa ni?
Suami
Lagi satu masak banyak-banyak ni..
Awak ingat kita ni orang kaya..?
Makanan cukup untuk satu team bola…
Membazir …
Isteri
Abang..kan hari ni…
Air mata isteri mula bergenang.
Suami
Apa hari apa…?
Yang rambut buat macam ni awak ingat awak ni model?
Cermin muka tu sikit..
Isteri
Abang tak ingat hari ni hari..
Suami
Hari ni hari rabu..kenapa?
Hari jadi bapak awak?(sarkastik)
Isteri mengetap bibir menahan marah. Meletakkan chopstick dengann perlahan. Merenung tepat muka suami. Reaksi suami serba salah kerana menduga isterinya secara berlebihan.isteri. Suami tersentap.
Isteri (marah yang meledak)
Abang ingat saya ni tunggul?….
Boleh di hina semahu hati..
Sudahlah terima kasih pun sama sekali tidak….
Bapa datang dengan memakai jersi pengadil meniupkan wisel dan melayangkan kad merah kepada isteri. reaksi isteri terpinga(mengapa dia yang di persalahkan?). bapa menghulurkan kad kepada isteri. Isteri menyambut sampul tersebut dan mendapati kad merah rupanya adalah suatu sampul kecil.

Jangan marah-marah nanti cepat tua.
Tengok dalam buaian bayi.

Isteri masih terkejut. Suami masih rasa bersalah dan menunggu reaksi isteri seterusnya. Isteri bergerak ke dalam bilik. Bapa duduk semula dan menyambung makan. Isteri keluar dari pintu dengan mengendung kucing. Masih menangis. Suami berterusan serba salah. Reaksi isteri bertukar girang membawa kucing jalanan. Suami kini memakai topeng serkup debu. Isteri cuba mencium pipi suami. Suami mengelak. Mereka mula bertekak semula. Bapa meniupkan wisel (seolah-olah perlawanan tamat). Bapa meneruskan makan semula tanpa perasaan.
Fade out.
Fade in.
Rolling credit….
Di pertengahan rolling credit

13 – (a) Isteri muntah di sinki. Suami berlari anak ke arah isteri muka cemas.

(rolling credit semula..)

13 – (b) Bapa (pakaian kasual) meniup wisel (ke arah kamera) seolah-olah perlawanan bermula melihat ke arah kamera. Track out from MCU to FS. Suami (pakai uniform pengawal+pakai topeng) memegang kucing jalanan (dah gemuk sikit) dan isteri mengandung/dah ada anak. Mereka tersenyum tangkap gambar keluarga di sebuah studio gambar.
Fade out
Fade in

Grafik - Bunyi kucing mengiau (gatal suara manusia) dalam logo seiras MGM yang kini merupakan seekor kucing dan mengenyitkan matanya.

The end…

Wednesday, March 11, 2009

cerita hari ini

zombie and ghost train - mika kaurismaki
Berkisar tentang seorang basist hebat kaki mabuk di Finland yang meninggalkan segala yang dimiliki, akhirnya terdampar menjadi kaki mabuk di Istanbul. Drama kehidupan yang mempunyai elemen road movie dan pengakhiran terbuka.

the actor - mokhsen makhalbaf
Kisah tentang aktor popular di Iran dan bininya yang gila disebabkan terlalu inginkan seorang anak. Bininya memaksa beliau berkahwin dengan seorang wanita peminta sedekah yang pekak dan bisu. Akhirnya diketahui bahawa bini barunya itu hanya berlakon seolah-olah pekak dan bisu kerana kasihan akan bini lamanya.

Wednesday, February 18, 2009

selemah-lemah iman...(katakan TAK NAK)

kenapa aku rasa bersalah bila melaksanakan suatu kerja...?
mungkinkah inilah yang dinamakan was-was?

ceritanya begini...
aku buat job jadi gaffer untuk video dalaman sebuah kompeni rokok terkemuka tanahair(semalam)..
niat video itu bagus kerana bertindak sebagai wadah kritik terhadap pekerja yang melakukan kerja sambil lewa(tak amanah@"mengular") dalam melaksanakan tugasan harian..

tapi yang pasti, niat yang utama bagi suatu kompeni yang menjual barangan pastilah untuk mengejar angka jualan...

ya, aku menghisap rokok..tetapi aku tetap berasa sedikit bersalah untuk turut sama menjadi agen yang tak ditauliah secara rasmi untuk melariskan penjualan rokok...


*adakah aku benar-benar bersalah?
tapi kalau tiada angin masakan dedaun bisa bergetaran...apabila frekuensi getaran daun tinggi dari sepatutnya....luluhlah dedaun dari tangkai sujud menyembah sang bumi tak terkebumi

Tuesday, February 10, 2009

sejarah pasti berulang... (dedikasi buat en. Darul Ridzuan)

"aduh..kepala aku benjol..."rintih katak x
aku melompat-lompat dalam tempurung untuk keluar tapi hujung-hujung kepala aku yang kena..

katak x putus asa,dia berhenti melompat dan cuba berfikir ikhtiar lain untuk keluar..

dalam kesendirian di bawah tempurung..pelbagai persoalan akan keberadaan difikirkannya...antaranya..
apakah tujuan aku di bumi ini..adakah untuk memanggil hujan semata..??

juga antaranya...
kalau aku tak keluar...bagaimana nasib dengan berjuta-juta anak buah katak aku yang tengah berdemonstrasi panggil hujan di seantero belukar?..(lupa nak bagi tahu..katak x adalah ketua pemuda belia insaf di lukahnya)

kalau aku tak keluar...musti aku terlepas untuk menyaksikan filem baru pujaan... sifu dan tonga..(katak x suka filem tempatan..sebab dia sangat sokong produk tempatan...)
baginya..karya tempatan lebih dekat dengan dirinya berbanding karya besar seperti dark night dan the punisher...yang dianggapnya ganas - PG-13

setelah beberapa purnama dalam telengkup tempurung dan hampir dihidrasi
tiba2 tak semena-mena..ada kaki manusia yang gatal menyepak segala macam benda menyepak tempurung tersebut... katak x perlahan-lahan menjengok kepalanya sekeliling sambil tersengih panjang menghidu udara kebebasan..

busuknya udara bebas...
cis..badan aku rupanya...!!

sambil mandi membersihkan dirinya di suatu lopak, tatkala menonyoh ketiaknya yang berdaki...katak x terimbau akan sesuatu..
perjuangan aku satu ini masih tak selesai lagi...
katak x yang sedari kecil saat berudu lagi ingin menempa namanya dalam sejarah...

apa kata aku sematkan namaku sebagai jagoan lompat kijang??(acara lompat katak tak pernah disenaraikan)...
kerna aku mahir melompat...desis hati kecilnya..

katak x mula meregangkan tubuhnya beberapa ketika...dan gostan untuk mengambil lajak...

hati kecil katak x berdetik untuk kali ke dua...
aku dah hensem dan wangi..baru sahaja lepas mandi..nak lompat-lompat lagi??..
tak apalah..kalau busuk balik...aku mandi sekali lagi..cuaca pun mendung..rasa-rasanya kejap lagi hujan turunlah tu...

lagi satu..katak tua-tua bilang...detik fikiran ke dua adalah suara setan...


...petir menyambar dan kilat bersabung...
pasti ini petanda bagus buat ku..inilah masaku..


katak x berlari semahunya(tak laju mana pun) sebelum memulakan lompatan di garisan kuning tepi jalan dan melompat...
katak x mendarat di tengah jalan...ada dua garisan panjang...zasss...

riwayat katak x tamat.. digilis sebuah lori trailer plet siam di jalan beruas-ipoh di kawasan yang tanah dia tak rata sepanjang satu kilometer...

hujan perlahan-lahan menitis mula membasahi bumi...




****arakaian..demikianlah secebis roman tak klasik kisah katak yang selalu sahaja duduk di bawah tempurung...dan juga sering sahaja mati katak..
sejarah mestilah pasti berulang
..!! - sila rujuk kes pergusaran en idris dan en ghazali..sekitar tahun 70-an