Monday, January 13, 2014

tersedak kopi.

Lepas makan malam, bersama bakal bapa, bakal ibu mertua dan tunang saya, saya tak senang duduk(nak merokok).
Saya minta izin dengan mencuit kaki tunang saya untuk merokok. Tunang saya memberi isyarat untuk berterus terang sahaja dgn bapanya. saya dengan selamba badak cuba untuk minta izin merokok di laman rumah dari . Dia menjegil biji matanya(baru mengetahui yang saya merokok). bakal ibu mertua hanya tersenyum sinis. Tunang saya berpura2 tidak melihat dan mendengar.
bakal bapa mertua kata saya akan mencemarkan ruangan udara di rumahnya. Saya cuit kaki tunang saya kini dengan lebih kuat. tunang saya sedikit terlompat.

Saya membalas saya akan pergi ke siar jalan depan rumah. Bakal bapa mertua menyatakan akan menyebabkan persepsi negatif jiran tetangga. Saya pijak kaki tunang saya.
Saya menghentikan niat saya dalam ketidak redhaan. Saya kentut perlahan-semua orang mencari bau kentut datang dari mana dan saya pura-pura buat tak tidak bau(bila semua mata memandang saya saya berpura-pura berlakon bau datang dari arah dapur).

 fade out
-lagu classical-
bach - air suite no 3 - air on the g string.
(scene feeling sikit fantasi!)

fade in
Kain buruk mengelap meja. Tangan bapa mertua membelai tangan ibu mertua. Mata bapa mertua memerhatikan punggung/dada 2 pembantu rumah asap masuk frame dari arah bakal ibu.
Hidangan makan malam di meja sedang dibersihkan oleh 2 orang pembantu rumah yang memakai pakaian uniform(ala orang uniform gaji kolonial-tapi motif dan corak lokal).
tunang mencabut bulu ketiak dgn tweezer dan berlahak - senyum manja ke arah saya.
saya menghirup kopi  dan tiba2 tersedak.  terkena muka dan baju tunang saya.
asap berkepul-kepul di udara.
bakal ibu menghembuskan asap ke udara.
bakal bapa mertua menghembuskan asap ke udara.
bakal bapa mertua menghulurkan balutan ganja kepada saya..
tunang saya menjerit memanggil 2 pembantu rumah sambil membersihkan mukanya dengan kain buruk sebentar tadi. seorang pembantu rumah 1 berlari ke ruangan dapur.
saya tersenyum dan mengambil balutan ganja tersebut dan menghisap dalam2..
saya passing ganja kepada tunang saya. bapa menggelengkan kepala. saya hulur kepada bakal ibu mertua. bapa senyum.
pembantu rumah 1 kembali ke arah tunang saya. tunang saya melihat menerusi cermin yang dibawa oleh pembantu rumah 1. 

POV 2 pembantu rumah arah kami.

-siri refleksi dalam cermin-
tunang saya tak puas hati- saya cuba untuk menyalakan rokok - bapa menjeling masih tak beri kebenaran - ibu yang menghembuskan asap balutan ganja - saya senyum tawar.

END

Wednesday, April 03, 2013

persamaan kehidupan

funfair kehidupan berterusan.
telefon masuk jamban.
diam tak diam setahun dah bertugas makan gaji dan diberitakan sahih dah tetap..gaji sedikit meningkat..
kasut keja kena curi..teva eni juga..

tambah, tolak bahagi campur..bersamaan REZEKI...tetap ku panjatkan kesyukuran biarpun dahi ku jarang2 aku persembahkan tanda rasa takzimku padamu..

kau maha mengetahui akal rasaku..

Thursday, January 17, 2013

Bisikan Perpaduan (Kaki Langit, 1971)

"… Perpaduan tidak memberi erti kalau sekadar dalam lafaz kata-kata semata. Perpaduan tidak wujud hanya dengan disuruh-suruh dan diseru-seru. Perpaduan harus diwujudkan atas kepentingan rakyat dan bukan kepentingan suatu pihak atau golongan sahaja."

- Usman Awang

mutiara hukama(pinjam ungkapan en azlim)

From a NY Times article: "I don't believe in dynastic wealth", Warren Buffett said, calling those who grow up in wealthy circumstances "members of the lucky sperm club".

Friday, September 14, 2012

ini bukan berita!

semalam versi iphone terbaru masuk berita...isk..isk..sik..model terbaru produk??....misalnya Kicap Tamin keluarkan perisa masam-masam sikit..persoalan di sini apakah yang perlu diberitakan dan apakah yang tak perlu diberitakan?.. siapakah gerangan yang menentukan berita itu boleh bertayangan di udara atau dinafikan terus dalam fragmen masa. ....dengan ini aku memberitakan aku masih menggunakan nokia 3210..tetapi benar teruja dgn iphone sebagai gadget untuk membuat movie dan bukan nak main angry dog dan facebook.

-------------------------------------------------------------

 movie "pekak gila" menimbulkan kemarahan muslim di seluruh negara...CNN mention trailer 45 min..diupload dan durasi sebenarnya lebih panjang..(panjang bapak trailer nih..CNN=bangang!)..org islam yang tak tgk nak marah2 pun bangang...orang yang dah tgk marah2 pun bangang sebab bereaksi terhadap filmmaker bangang....(lawan api dgn api=bangang marahkan sibangang!).aku pun bangang sebab tak lalu nak tgk movie2 bangang.. 
hanya tuhan mengetahui tahap kebanganggan kita.. 

 -------------------------------------------------------------

Thursday, April 05, 2012

sang pemakai agama dan aku yang berbogel!.... (maaf buat tuhan dan juga sang yang dikatakan kafir)


aduhai..kenapalah tangan aku gatal melayan (konon nak mentarbiah)suatu makhluk ni yang bengkak hatinya...kat sana sini wall dia dok bertahlil/tahmid/zikir menganjurkan kebaikan..namun tiba2 disuatu posting berbeza makhluk ini mencerca. inilah fenomena zombi-zomba porak peranda jiwa dalam masyarakat kita hari ini. masyarakat pincang...ye ha..round 63..Joget Go To Hell. agama bukan pakaian beb. tak payah jadi pak arab! konteks kehidupan adalah aspek keseluruhan. tuhan tengok hati. sistem meritokrasi tuhan tak usha pakaian..betul!! betul!!sunnah aku tak sangkal..tapi tak payah nak sunnah sangatlah jika kita dok meng"airbatucampur"kan agama...dan kononnya yang kita lakukan inilah yang paling ideal. semua orang mesti ikut. beb..beb

paling aku benci(tak tahulah aku ni anti agama ke tak?..tak kot rasanya..aku anti pemakai agama!!)... pergi sembahyang..bawak kereta..parking suka hati mak bapak..jalan jadi jem.3 lane jadi 1 lane..memang tuhan mintak kita sembah dia..tapi dalam proses menyembah tuhan..ada unsur penting diri di sini..beb..beb..
apapun aku tetap mengaku salah sebab tak pergi sembahyang..tapi tak pe ekk???..orang yang time beribadat tak pernah terlintas pun rasa bersalah menyusahkan orang yang tak pergi sembahyang(macam aku)..dan orang agama lain..
aku yang agama sama dengan gerombolan ini pun menyumpah..apatah lagi individu agama lain...macam mana hati kaum yang kalut kita dok label kafir nih mereka nak terbuka tentang kemuliaan islam berdasarkan penzahiran islam intpretasi nipis kita ini??..apapun tetap cuba mempamerkan senyum mintak maaf wakil gerombolan seagama denganku pada sang yang dikatakan kafir ini..pasti nuansa senyum maaf aku tak sampai..hehehehe..at least aku try..

lepas sembahyang..tuhan suruh bertebarlah mencari rezeki...apalagi..lesen besar tuhan bagi..maka aku andaikan dialog gerombolan ini beginilah..aku dah lepas sembahyang..aku berhak jalan dulu..aku dah lepas sembahyang..boleh langgar lampu isyarat(tak sembahyang pun aku acapkali langgar)..argh..aku lepas sembahyang..tak payah pakai helmet..jangan halang laluan aku..aku nak bertebaran di muka bumi ini nak cari rezeki...orang lain pergi mampos..argh..aku mesti cepat!!

kajian kes yang aku maksudkan adalah keramaian hari jumaat(penghulu segala hari sebenarnya!) yang aku amati fenomena ritual agama itu paling sering di"pakai" untuk selesa individu..dan jeng..jeng..jeng... aku berbogel(tak pakai agama)tatkala itu...

menyembah tuhan bukankah wajar dilakukan secara seiring juga dengan menghormati(tak menyusahkan orang lain)

perlu difahami konteks..aku tak kata pergi masjid itu salah..sikap parking kenderaan sesuka hati ibubapa kita, itu yang aku definasikan salah!!..dan ketika itu aku turut bersalah kerana tidak pergi menyembah_Nya...masalahnya adakah penyembah tuhan ini tahu mereka bersalah?...



rumusan aku di sini adalah..selagi kita hidup..akan sentiasa kita melakukan kesalahan..

apa pun tuhan maha mengetahui..wallahualam

p/s - aku berbogel..tak menuju tuhan!...biarlah golongan celebriti yang berbogel menuju tuhan..aku ikan bilis saja!

Wednesday, October 26, 2011

deepavali...1 malaysia...(cacamarba)

aku menulis ini setelah marah akan bunyi mercun yang mengejutkan aku dari tidur.11.00pagi 26/10/2011

di malaysia...deepavali@pesta cahaya juga kini di sambut dengan pesta bunyi(hingar+bingit).tahniah..malaysia boleh!

fantasiku adalah untuk aku memparangi individu yang membakar mercun di blok rumah sewa pangsaku.(adib terjaga dari tidur..aku terjaga dari tidur..)

tapi andai aku sahaja yang memikirkan sebab dan akibat...individu lain tidak turut sama memikirkan sebab dan akibat...aku seperti biasa akan jatuh kepada status si mangsa..

sepatutnya agama dan perayaan kegamaan bakal merapatkan ukwah sesama manusia..tapi bilamana keriangan menyambut tanpa mempedulikan individu lain..pastinya TUHAN akan malu jika DIA memiliki emosi lantaranya sikap RIANG penyembahnya tidak mempedulikan insan lain..

p/s- agama tak menyuruh kita penting diri sendiri..tapi manusialah yang menyalah gunakan agama untuk kesenangan..
kajian kes penghujahan..solat jumaat..insan yang pergi mengadap tuhan tapi membiarkan kereta miliknya parking dan menyebabkan penganut agama lain dan juga penganut agama yang sama yang tak berjemaah bersama di hari berkenaan menyedekahkan sebakul penuh sumpahan dan kata makian buat sang penyebab kesesakan..
....
sila pahamkan konteks isu..!!
aku tak marah tuhan...aku marah penyembah tuhan yang pergi menyembah tapi di hati tak pernah terlintas masalah2 individu lain..
di sini saya cuba menegaskan pastinya bukan itu konteks kesan kekusyukan yang Tuhan inginkan tatkala mensyariatkan diri-Nya disembah.

pencerahan bersama keraian deepavali..
-kepulangan RAMA setelah 14 tahun jalani vanvas dalam hutan
-Narakasura yang dibunuh oleh Sathyabhama..isteri krishna..
-hari terakhir pesta menuai..
banyak lagi..boleh rujuk saudara Google..
dalam proses eksplorasi ini..akan bertemu perbendaharaan kata melayu yang dipinjam daripada bahasa sanskrit yang maha indah..umpamanya syurga loka/neraka/..dll

mari memahami kefahaman..

Thursday, September 08, 2011

impian part-timer perampok (khas buat din!)

sahabat karib ku dari hulu ingin mudik ke muara kerana ada perkabaran yang kapal bakal berlabuh pada tanggal yang ditetapkan olehku..
seperti yang diketahui, rezeki berlabuh, pastilah ada pelbagai penghasilan yang boleh dirampok bersama.

aku pula telah pun meninggalkan anak dan isteri di muara(berbeza) untuk merampok kapal yang diperkhabarkan tiba.

hari yang sepatutnya kapal berlabuh, bayang sampan pun tak kelihatan.
pada angin yang lalu aku ujarkan agar rakan aku tidak mudik dahulu biarlah
aku seorang menunggu durian yang tak jatuh.
dalam fasa penantian, bekal makanan semakin menyusut rakan aku menegaskan yang dia terpaksa melakukan kerja-kerja kampung semula sementelah kapal tiba. aku yang memang di muara boleh saja membasuh jeti, merampok jong mahupun memeras ugut pendatang pashtun.

apapun, aku masih berhasrat agar aku dan beliau mampu berganding bahu untuk merampok kapal hinggalah ke tahap bahtera semula seperti masa lalu!..
biar kata pedagang Cina Wong Kar Wai atas kapalnya yang bernama Dalam Mood Untuk Bercinta - "zaman itu telah berlalu" tapi aku dan beliau statik..tak terhenjak dek gejolak perubahan...
doakan agar kapal itu cepat berlabuh!

Wednesday, July 27, 2011

Kaedah Perubatan Alternatif ...(ada ke?)


Ini zaman moden, kaedah perubatan berteraskan agama dah jadi tak hype, tak urban. kaedah amalan mesti diperhalusi hujah AKAL dan SAINS. Akupun satu kapal pikir macam ni. Namun tadi atas desakan orang rumah, aku turutkan saja ikut pergi Al Hidayah, Gombak.

Sampai situ pukul 9.00 malam, suasana dah macam karnival kecil(aku dah kali ke dua bertandang ke sini, semalam dah buat appointment). Apa yang best kat sini, kita boleh nampak makcik2 dan wanita2 yang memakai telekung bahagian kepala sahaja diikuti kain kurung/seluar. Aku konfius, definasi pakaian yang menutup aurat adalah kriteria utama. Perlukah lagi telekung waktu sembahyang. Kenapa nak berdepan dengan manusia pun berpakaian yang agak sama dengan mengadab Dia. Tapi mungkin trend di sini...ujarku yang cuba berdiplomasi dengan ngomel nuraniku ke atas pilihan gaya pamakaian individu(sebenarnya aku tak berhak pun nak kritik orang pakai apa).

Adib keriau, mata orang ramai bertumpu. Eni lakukan serangan saraf kepada pihak pengurusan agar temujanji kami dipercepatkan. Aku rasa busuk..aku menarik Adib keluar dari ruang lakon yang dikerumuni rata-rata "geng-geng senja tudung kopiah". Adib terlena dalam pangkuan aku. Aku keras. Jalan pun dah macam operate steadycam(takut Adib jaga).

Selang seketika, nama Adib dilaungkan. Masuk ke dalam kamar rawatan, kelihatan seorang "doktor" yang segak duduk di meja berlaptop. Aku jeling skrin, bukan facebook...tapi software inhouse database. Aku meliar sekitar panel penghadang yang tak tinggi mana. Namanya Ashraf Muslim. Macam biasa dengar...

Beliau bertanya apa permasalahan Adib?
Mata aku lirik ke Eni..Eni kata malam tak boleh tidur.
Beliau membalas "tu tengah tidur?"..Eni mati kata-kata..(aku nak kenyit mata pada eni tapi hasrat ini aku lempar jauh-jauh)
beliau kemudian meneliti Adib secara terperinci. Mata beliau tertutup. Mulut kumat-kamit
(..alhamdullilah..setting fantasi khayalan aku yang siap dengan kemeyan tidak wujud..)

Diagnosis dan firasat beliau menyatakan anak kami ada diganggu jin.(aku tak tanya jin tu melayu cina ke india..malaysia ke PATI ke..jin Islam ke jin Kafir masuk neraka ke??) Sebaliknya aku bertanya "bukankah jin dimensi lain, manusia dimensi lain. Macammana boleh ter"overlap""?
..Hujah beliau bagi pada aku kurang meyakinkan. Penerangan terbabas kepada jin baik dan jin jahat..(hehehe..stereotyping jahat manusia adalah pembangkang..baik=kerajaan..)Penerangan ustaz boleh terbabas apatah lagi cerita aku ini.. ok..kita fokus balik kepada cerita ini..

Aku bukan menduga, tapi aku selaku individu moden yang perasan hype sering nak rasional penaakulan AKAL dan SAINS. Lalu sengajalah terkeluar soalan2 tonyok dan nangoi yang dahagakan hujah saintifik.

Aku membuat kesimpulan, ilmu dia mengubati mungkin dah capai tahap zen tapi ilmu menerangkan dia masih perlu dimantapkan. Tapi apa ada hal, mana ada manusia yang serba serbi mahir akan sesuatu.

Yang menariknya waktu tangan dia menggayakan seolah2 menarik sesuatu..Adib terjaga dan menangis kecil..dia tak cakap pun yang dia dah tarik jin itu keluar..Tapi macam tu lah apa yang aku rasa..

selepas itu, Beliau bertafakur seketika dan kemudian tangan jari telunjuk kemudian terhenti menudingkan di suatu judul surah dalam Quran dari buku kecil...kemudian daripada database laptopnya, diprintkan nama surah dan kaedah pengamalan.
Beliau tanya siapa boleh baca al quran. Aku balas dua2 boleh baca(mengeja sebenarnya..hehehe)
................................
Dalam perjalan pulang, aku tanya Eni, ustaz tu famous ke? dia kata tu mamat Ustaz Amirul. Eni tambah,mama aku musti tahu punya...aku tanya Ustaz Amirul tu Ustaz Cokelat ke?..Eni balas Ustaz Cokelat tu Wan Hanafi Su..(betapa aku tak hype sungguh..tak kenal artis..)..(pernah satu kali maya karin datang set bara jiwa..aku tak kenal..yelah..tak pakai name tag Maya Karin pun, dan sememeh aja aku tengok..)..Allah..terbabas lagi....apa2 pun Eni kata dia dah cuci tangan dunia seni..

Aku pikir dalam hati, sebat mamat ni watak tabligh aku pun ok gak..kalau nak jual oranglah..Oh...Tidak..Aku mahu "jual" cerita..
Pelakon aku nanti kalau orang lihat movie aku lepa kenal sapa pun ok..

Aku terangkan kat Eni apa yang aku rasa masa beliau gayakan aksi "menarik" tadi..Eni ber"subhanaallah"..aku kata rilek..kita sama makhluk Allah..malah kita tak perlu takut pada jin..sebab jin tu darjat rendah pada kita..sebab tu agaknya aku tak takut tonton cerita seram. Untuk aku,dengar sound design cerita seram di panggung wayang adalah indah..tapi untuk menonton adalah menjengkelkan...tapi ironinya proses buat cerita seram itu fun..huhuhuhu

Kepada orang yang takut menonton cerita seram hentikanlah onani adrenalin anda..Darjat manusia tinggi dari hantu2 dan jin2 tu..Menatang2 inilah yang sebenarnya takut pada kebijaksanaan manusia.
Kepada pembikin cerita hantu dan pemerintah juga yang zalim. "subconsious side impact" yang anda tak nampak adalah saham penyemaian rasa ketakutan selain Allah.
Andai saja natijah cerita anda akan memenangkan agama..silakan..andai tak ada rentikanlah!!(tak setuju?..takpa..pendapat gua..)

.............................................................................

p/s- sangat teringat imej Rubiah Suparman pakai baju nurse yang masuk kampung kayuh basikal. Beza nilai baru dan nilai lama..Malam ini pun aku terfikir akan turning point..perang - sains vs agama.

Apa2pun moral entri kali ini aku. Baik sains ataupun kaedah alternatif. Itu adalah bait-bait ikhtiar..kuasa mutlak datang dari Allah.
..dan pada aku, Ustaz Amirul bukan posmen..Dia mampu bukakan jalan..Nantinya aku dan Eni kena pohan pada Allah untuk kesejahteraan anak kami..amin!!
Andai anda semua tolong sama doakan pun...ok jugak tu!(cuba nadakan versi "rock selamba" DJ Ritz dan Kerol yang hype tuh!)

Friday, July 15, 2011

selamat datang ke takah dua!

(warkah untuk anakku)
muhammad adib bin maz irwan,
bila engkau sudah boleh membaca apa yang aku tulis ni,
aku tak pasti kau akan pangggil aku ayah/abah/bapa/bapak/atau nama saja.
apa pun, aku coretkan nukilan ini tatkala malam mengemas rumah sewa kita 15/7/2011.
esok aku pulang ke beruas dan lusa insyaalah engkau akan menghirup udara kl pertama kali.
terus terang, berdebar tatkala ini ketika ingin membawa engkau pertama kali ke sangkar kecil sewaan kita di ibukota.
aku masih tak punya kerja tetap (apakah perlunya sebuah pekerjaan tetap?)
hutang ptptn banyak. saman trafik pun banyak - zaman sebelum aku pergi korea dulu.

mampukah aku menyara kita sekeluarga?
tatkala kau membaca ini mungkin kau belum mengenal nilai matawang.
mari aku ceritakan serba ringkas. burger tepi jalan sekarang rm 2.30.
oh ya, aku pernah jual burger tepi jalan waktu lepas spm dulu.
sekejap aja. hangat-hangat tahi ayam. biasalah.
dvd 9(cetak rompak) sekarang harga dia rm 14/15. aku beli filem2 yang rare aja.
aku tak pasti jangka hayat dvd, apa nanti kau mampu lihat filem2 cetak rompak koleksi aku.
aku tak marah sekiranya movie2 citarasa engkau nanti tak sama macam movie2 citarasa aku.
tapi indahlah kalau kita berkongsi citarasa yang sama. sebab nanti kita boleh turun panggung wayang sama2.
 
kalau tatkala kau membaca ini, keluarga kita dah senang sikit, engkau janganlah bongkak.
kalau pula engkau membaca ini keluarga kita miskin tak macam orang lain, aku minta maaf kerana
membawa kau terjebak dalam kancah ini. apapun akan aku struggle agar kau dapat membesar cukup makan dan pakai.

oh ya, aku suka kalau engkau nanti boleh berfikiran rasional.
mari aku ceritakan sikit konsep malaysia(negara yang kau hidup ni) ikut pandangan aku.
bangsa kau adalah melayu.
agama kau adalah islam dan warganegara kau adalah malaysia. 
kat malaysia ada pelbagai bangsa(sekarang nilah)
aku tak pasti nantinya zaman engkau membesar nanti bangsa lain adalagi ke dah tak ada..
manalah tahu ada penghapusan etnik macam zaman hitler ke..serb dgn bosnia ke..
(kalau kau tak faham apa yang aku cakap ni, engkau baca buku sejarah. baca 2-2 perspektif. lepastu engkau pilih)
aku cerita ni, apa yang ada kinilah..

kenapa nada aku macam ni?
kerana isu perkauman tak pernah selesai.

kes terbaru, hari tu bersih 2.0(aku suka fun fair dan karnival..aku pun pergilah..tapi yang bosan2 macam sure heboh aku tak turun..tolong sikit!!!). aku tangkap gambar.
gambar pun aku tak cuci lagi.
nanti kalau gambar jadi, ada rezeki engkau tengok sendiri dari lensa aku.
tapi biasalah, apa yang aku bingkaikan adalah perspektif aku.
biarpun aku hingga kini tak pernah mendaftar pengundi,
menerusi gambar yang aku rakamkan, engkau akan tahu aku berat mana nanti.

bersih mintak pilihan raya adil dan saksama. sebab sekarang tipu undi masih berlaku.
kerajaan yang memerintah, dari merdeka dok guna taktik ni untuk menang pilihanraya.
sebab itu kita negara sekalipun tak pernah tukar parti yang memerintah.
(aku ulang lagi..ni aku ceritakan apa yang berlaku kini..elok lusa aku tak tahu!)
orang yang sokong kerajaan mengata bersih ni kafir+agen yahudi+pengkhianat.
nanti engkau godek youtube dengan facebook punya komen.
masyarakat kita(melayu cina incia=sama!) masih rendah mentaliti dan cara berhujah masih dangkal.
....dan yang kena tipu pun ada yang masih tak tahu diri di tipu. marah-marah orang yang tak kena tipu!

usah engkau ikut jejak masyarakat sekarang yang suka mengkafir-kafirkan orang. 
sebab politik keluarga boleh berpecah belah.

analogi mudah aku, atuk dan tok ma engkau mungkin akan tak bersetuju.
mak cik pakcik engkau pun sama.
kita satu malaysia ni umpama satu keluarga. kalau malaysia sayang anak sulung aja,
anak2 lain tentu makan hati. nanti engkau pikirkan sendiri "makna" malaysia..
sebab makna akan berubah, selari dengan masa.
zaman sekarang makna streotype melayu=pemalas, cina =penipu, india=belit/kaki cong.

kalau boleh aku minta engkau jangan main politik.bila jadi orang politik,
engkau punya perspektif nampak satu jalan aja(juling).
terpulang pada engkau nak suka apa benda+nak sokong parti apapun.
tapi pilih berdasarkan rasional penghujahan yang waras.

kalau kau nak jadi profesional BMX ke, skateboard ke,
peguam ke, doktor ke..engkau cakap sama aku. zaman aku membesar dulu susah.
yang penting apa yang kau buat kau usahakan bersungguh-sungguh.
    
udahlah, kalau cakap soal politik,
sampai bila tak habis.aku tahu engkau nanti advance lebih daripada aku.
zaman engkau ni ntah-ntah porn dah legallise.
mana tak nya. la ni porn politician kita (yang pakai CGI ke real ke) bersepah.
zaman aku dulu kena tgk vhs senyap senyap kat ruang tamu.
engkau bacalah sendiri nanti. Hikayat akan sesuatu yang bergelar kehidupan. 

apapun, aku nak engkau tahu selama hampir 2 bulan engkau lahir ni aku sayang engkau!
..aku dok rasa lambat sangat engkau membesar.
dalam pada itu aku sangat takut memikul tugas membesarkan kau ni.
tapi dengan selambanya aku akan redah juga(aku kawin dengan mak engkau pun aku redah aja!)
.... dan aku mengucapkan selamat datang ke takah dua!

p/s- nama engkau emak engkau yang pilih! aku tak ambil pusing sangat. yang penting nantinya adalah hati engkau! moga2 tak penuh noda macam hati aku sudahlah!
(engkau google benda2 yang boleh mengotorkan hati..bukan asap rokok faham!)

Thursday, February 10, 2011

langit petang...suatu kunjungan retrospektif

aku merasa feeling terrance malick (badland) di dalamnya...
aku teringat the searcher di dalamnya...

penuturan dialog puitis memang hidup..tapi ada kekhilafan juga..
orang aloq setaq tak cakap kedah??..(awat noo?)


adegan "day for night" yang cemerlang untuk filem tempatan..
tatabahasa sinematographi yang menarik dengan corak pembingkaian pelakon yang
relevan dengan motivasi babak...
banyak developing shot (ini baru sinema!!)..


...cumanya esak azean irdawaty yang agak sama dalam
beberapa scene berbeza boleh dimaafkan..dan karekter mamak capati yang tak bersahaja (satu malaysia?)..


isu nilai baru vs nilai lama...dan punca utama sengketa di dunia..
persoalan merebut sebidang tanah!

pastinya langit petang menjadi batu loncatan dalam menilai kualiti
filem-filem semasa tempatan..

Tuesday, February 08, 2011

Rintih buat Tuhan dalam firasat angka 2046 (suatu kunjungan semula)


.
Andai ada rahsia atau aib…2046-lah tempat kita mengadu.
Rindu sepi buat individu lain, pada 2046-lah tempat untuk kita meluah rasa.
Gerabak masa dalam keberadaan manusia adalah landasan untuk menuju ke 2046.
2046 mendengar dosa lampau yang ditempuhi dan ingin dipinda rentetan coret perkisahan.
Cinta pada android merupakan cinta dalam sepi perjalanan sebuah kehidupan yang berliku menyebabkan individu tersasar dalam meluahkan hasrat rasa bukan pada lowongan yang sepatutnya.
2046 adalah ruang untuk mengadu domba hidup.

2046 adalah suatu sintesis kewujudan Tuhan yang dizahirkan oleh Wong Kar Wai dalam bentuk ruangan (space) yang terpaksa mendengar resah gelisah hanya bila si penzahir memerlukan pendengar.
Kepada yang percaya Tuhan itu wujud rajin-rajinkan kaki menjengah ruangan 2046 kerana 2046 tidak akan mampir sekiranya kita tidak memulakan langkah untuk bertandang.....apapun Dia senantiasa mendengar.


p/s - untuk keanzalan maksima...luangkan masa untuk menonton filem-filem En.Wong Kar Wai terdahulu kerana ianya berkait dan terkait. 

Wallahualam!  

Saturday, October 16, 2010

Hikayat Awang Donan (yang hensem)..kisah buang bayi zaman purbakala

Raja Donan a.k.a Awang Donan merupakan anak raja...macam biasa..
hikayat dulu-dulu semua berkisar tentang anak raja...
yang marhaen akan main watak sipi-sipi aja..pelayan istana..bidan..
Raja Donan lahir-lahir sahaja..penuh diiringi keajaiban/kebetulan....tak semena-mena aja terus jatuh ke tanah dan kat tangan kanan ada pedang, tangan kiri ada telur, kat bahu kanan ada beduk.

Bapa beliau Raja Madong Bongsu risau dengan kebetulan yang melampau ini menyuruh tukang tilik istana menafsir kejadian ini. Bidan Nan Enam meramalkan Raja Donan akan membawa petaka. Bidan Nan Tujuh meramalkan sebaliknya.

Raja Madong Bongsu lebih percaya kepada perkhabaran negatif bertindak membuang bayi ini (Raja Donan) ke laut. Tindakan ini diketahui oleh Inang dan Bendahara yang memiliki perasaan kemanusiaan yang tinggi lalu menyelamatkan bayi yang dihumban ke laut ini lalu merantau bersama ke daerah baru iaitu Pulau Sembilan.

Berbelas tahun kemudian.

Raja Donan telah besar. Beliau kini memiliki kehebatan yang patut dimiliki oleh seorang perwira@satria. Suatu malam beliau terdengar belil yang melalui firasatnya merupakan bedil ayahnya. Firasatnya lagi, Raja Mambang Nan Bongsu (watak protagonis 2) dirasakan beliau bakal menculik puteri permaisuri (mungkin adiknya..kalau betul..) sebab Raja Madong Bongsu (seperti tingkahlaku biasa seorang raja) sering berpoya-poya dan ada banyak anak bersama gundik-gundik.

Raja Donan pergi ke istana dan mendapati ayahanda beliau telah mati dibunuh. Oleh kerana tiada suspek lain selain Mambang Nan Bongsu yang dirasakan pembunuh bapanya, beliau seperti watak hero-hero yang lain; pasti akan membalas dendam.

Raja Donan membuat muslihat dengan memanggil Mambang Nan Bongsu sebagai ayah. Mambang Nan Bongsu yang juga playboy kaget/terkedu/terkesima/terharu kerana tak menganali seorang daripada puluhan anak-anak beliau dan pertama kali dirinya dibahasakan ayah. Hati Mambang Nan Bongsu mencair.


Setelah bersantapan bersama, Raja Donan mengajak "ayahandanya" bermesra bersama dengan mengajar pencak silat. Dikesempatan ini, Raja Donan telah membunuh  Mambang Nan Bongsu. Seterusnya Raja Donan menghidupkan kembali ayahanda sebenarnya (Raja Madong Bongsu) dan dengan pantas berlalu kembali ke Pulau Sembilan.


Raja Donan yang hidup kembali mendapati jasad Mambang Nan Bongsu terkujur bersama sekeping nota.

"Makhluk ini telah dibunuh oleh Raja Donan yang hensem!"

Setelah diceritakan oleh Puteri Bongsu, barulah Raja Madong Bongsu mengerti perihal sebenar dan cuba menjejaki anaknya yang dibuang lama dahulu namun sehingga ke akhir hayatnya yang satu laginya juga..beliau gagal menjejaki Raja Donan yang hensem itu. Raja Donan juga bersembunyi kerana masih kecil hati beliau diperlakukan seperti barang tak beharga..dicampak ke laut lama dahulu.

Ini mungkin berikutan beliau mencari di Pulau Lapan sedangkan Raja Donan berada di Pulau Sembilan...dan spekulasi ini datang daripada tilikan yang salah seperti biasa oleh Bidan Nan Enam.
......

p/s-Ada versi lain yang melaporkan bahawa Raja Donan menghilangkan diri setelah mencium Puteri Bongsu  setelah menghidupkan ayahanda beliau. Beliau melarikan diri bagi mengelakkan dirinya terjebak dalam kancah sumbang mahram dan alasan kecil hati pada bapanya itu hanya eskapisme semata.

wallahualam..

 

Thursday, August 12, 2010

riwayat "takah dua enterprise" bermula..

sesebuah riwayat itu kadangkala bermula tanpa hala-tuju cerita yang nyata..
ia dikemudi sistem "auto pilot" menuju destinasi yang tidak mampu terkesan dalam radar..
begitu halnya dengan kemunculan "takah dua enterprise"..
.......
namun yang demikian, ditunjangi sedikit cita-cita dan angan-angan disertai doa moga-moga "takah dua enterprise" mampu membuahkan sesuatu..
maka usaha kini sedang dilaksanakan..
....
fasa kini adalah tahap memanaskan badan dalam bentuk menggarap sebuah skrip drama pendek hingga tahap kami teruja@stim untuk merialisasikannya..
..
ungkapan kata merupakan wadah doa..
aku menulis, anda membaca..
frekuensi ini bergetar..

moga DIA mendengar..dan memakbulkannya..
selagi keberadaan aku dan anda semua tidak menjangkau takah yang ketiga..
wallahualam..

Tuesday, June 08, 2010

mama..mama mai Stewan dengan siapa?


Aku angkat gagang telepon..betulkan suara suara aku..aku dail no telepon mama…
Setelah beberapa ketika..mama mengangkat telepon..
Tak sempat aku berkata mama memberikan salam dan juga menjawab salam..
Aku ingin bertanya kenapa mama kasi salam dan jawab..tapi ada perkara yang lebih penting hendak aku tanya..
....
Aku tanya Sabtu ni mama dengan abah pergi Sitiawan kenduri eja dengan siapa?
Mama jelaskan mereka pergi 3 kereta, kereta Abah..kereta Mak Su..kereta Mak Ngah..mereka bertolak pagi dan akan pulang ke Sg. Petani semula  sebelah petangnya…
Aku mula buka cerita..
...
Kami(aku dan isteri) ada RM400....sebelum nak balik stewan pergi kami servis kereta..budget RM100 sikit saja..tapi entah macammana tiba-tiba mekanik meyakinkan kami pelbagai perkakasan lain perlu ditukar.timing belt, aircond belt, power stereng belt?? Jumlah keseluruhan RM380. Oh ya…mileage kereta kami dah 80 500km.. sedih..
Maka aku bercadang nak pinjam RM100/RM200 daripada mama..terpulang kalau mama ada duit kami pinjam..tak ada duit kami ikhtiar duit lain..
Aku terangkan pada mama yang cek aku akan masuk minggu depan..tapi sebenarnya dah berjanggut aku tunggu cek aku..
Entahlah..kerja freelance..macamnilah..nak mintak duit sendiri kena merayu..tu kalau dapat..kes-kes kena kelentong toksah cakaplah..dari pelakon ternama hinggalah yang dah menang anugerah..ternyata aku selalu malang..tunggulah aku jadi pengarah..aku akan kerah mereka ni semula kerja dengan aku pula tanpa bayaran..nak kasi even semula…masa akan tiba..insyaalah!..takpelah..tu cerita lain..
Mama explain mama dah kasi Iman RM1500 sebab periksa kapal terbang dia..
Aku cakap mama takpelah..nanti aku ikhtiar kat orang lain…masa mama tengah explain tu line tak berapa clear..
Hujung-hujung percakapan kami..mama minta no akaun..mama kata nak masuk RM 300..
Aku janji nak bayar balik(macam selalu)…mama kata kalau nak bayar balik.. bayar balik kos dari saat aku kecik meyusu sampai sekarang..dia tanya mampu tak??
Aku hanya mampu sengih(macam biasa)..
Aku kata nanti Eni sms no akaun.  Aku dah tak mampu sms. Ada kredit tapi airtime dah kena block.
Kami tertukar salam..kali ni mama hanya menjawab salam.
Aku letak gagang…
...
Aku lihat RM 10 isteri aku tinggal atas pemain dvd. Aku terfikir..bolehkah aku beli rokok dan bukannya makan tengah hari seperti yang dipesan Eni? Rm 10 tu dah berada dalam genggaman tanganku.. aku jalan ke dapur pula.. belek murtabak semalam..ternyata elok lagi..aku tersenyum..

Tuesday, May 25, 2010

(entri menjerit yang tak kedengaran dalam kerongkong berkahak) ...kerja lembu..sapi dapat nama..

tak balik dari malaysia lagi ada rakan(aku tak berapa kenal sangat) ajak aku bekerjasama..
posisi...penolong pengarah..
kerja sebenar sebagai tukang tolong sahaja..
aku tak kisah, maka aku pun buatlah bila dah pulang ke tanahair..
ulang alik ofis dia..pinjam kereta bini aku..

dalam pada itu, aku roger kawan2 lama lain..
sebab aku dah kerja sebulan..sesen pun aku tak pernah dapat...
alhamdulillah..mata kail sangkut pada satu umpan..
aku bertemu beberapa mata di kedai mamak..
dengar prospek kerja..skop kerja..durasi kerja..dari kawan lama aku
Pengurus Produksi (bersama)..sebab sorang lagi tak dapat kasi komitmen 100%

..pengurus produksi..tapi skop kerja macam balaci..
aku tinggalkan kerja yang dah sebulan aku buat..sebab aku lebih selesa kerja dengan orang yang aku kenal hati budi dia..

aku pun mula buat kerja-kerja pre-produksi..
tiba-tiba member lama aku ni pull out sambil bawa lari sejumlah wang produksi..
aku terpinga..macam ni pun ada?..betulke mamat ni kawan aku..??


tapi kerja mesti terus..
aku sambung buat kerja dengan line-up yang aku sama sekali tak tahu warna hati mereka..
aku anggap ini satu adventura..

target sebulan setengah..tapi sasar 100 peratus..
dari aku pre-pro sampai hari akhir shooting (semalam..oh ya aku kerja 24 jam..semalam buat PM, tukang buat air, teknikal crew, runner)..masuk 3 bulan..
aku hanya dapat lihat duit depan mata rm 1500 aja..
kalau kita guna matematik mudah..apa yang aku dapat raih selama ini hanyalah rm 500 sebulan..

nah obat!!..nak kerja produksi sangat..
anehnya dalam kesakitan hidup kena eksploitasi..aku senang..
entahlah..
apapun..aku rasa aku lakukan kerja aku dengan sukses..
biarpun penat jadi "supirman" dalam segala departmen.

rezeki aku tuhan bagi..bukan produser..bukan orang kaya..bukan kawan-kawan..
aku kini yang kat bawah..tak selamanya akan ada kat bawah..biarpun nanti mati aku kat bawah balik...

aku tahu akan kat atas juga suatu hari nanti...
dan bila aku kat atas..
insyaalah, aku cuba tak akan wujudkan kembali virus benci yang aku alami kini kepada crew lain..
malah aku akan sebarkan benih-benih cinta...sejajar dengan matlamat laskar cinta...amin!
 
kata orang...kerja adalah satu ibadah..
walaupun dalam aku buat kerja aku tak tunai ibadah sebenar..
ibadah harus dilakukan dengan rasa penuh ikhlas dan bukannya dalam keterpaksaan..

tak siapa yang paksa aku jadi lembu tak ada tali..
tapi kerna jadi lembu tak ada talilah..aku berkenalan dengan lembu-lembu lain yang turut meragut di padang rumput yang sama...(kami lembu-lembu,hingga kini masih berhubung melalui facebook!)

rasa ralat ku cuma satu..pada pemilik padang rumput yang menghidangkan sajian rumput berupa lalang-lalang yang tak sihat(siap ada rasa racun round-up) kepada kami degan alasan,budget belum approved..
loh..kalau takut berombak..jangan buat rumah tepi pantai..

semalam isnin 24 Mei 2010..tamat sudah pesta meragut rumput pertamaku dengan rasminya..
upacara yang mula tanpa bismillah apatah lagi doa selamat ini,
berakhir tanpa ucapan terima kasihpun daripada pihak pengelola yang berlalu tergesa-gesa ikut pintu depan...
mengantuklah tu kot..biarpun kami juga punya rasa mengantuk macam dia juga...
tak menjadi hal...
aku mewakili lembu-lembu tanpa tali yang akur mengekori...
insyaalah akan menghalalkan keringat kami... hanya sekiranya janji manis yang ditaburi selama ini dipenuhi...

..kahak aku kian pekat...
sebab banyak sangat kunyah tugasan tanpa sebarang songeh..tapi hati menyumpah tu pasti..
...sebolehnya aku cuba tidak melempiaskan kahak aku ke luar daripada bibirku ke muka mana-mana tuan lembu kerna aku adalah warga "satu lembu" yang bertamadun taat berpegang kepada prinsip rukun negara Melembu.

akhirkata..
takziah buat lembu-lembu yang tekorban tanpa sempat baca talqin dan tahniah buat lembu-lembu lain yang sabar sama-sama diperlembukan hingga ke titisan keringat yang terakhir oleh Algojo yang jahat...biarpun kata putus masih samar-samar!!

***halwa telinga penenang hati nestapa yang lebih ampuh dari ganja kali ini ...
hadapi dengan senyuman - dewa

lembu ini akan terus meragut rumput secara free lance kerna inilah sahaja skill tak seberapa yang lembu ini ada..



assalammulaikum!..

Saturday, April 10, 2010

menyunatkan IC?...(dialog aku, Lan dan Hamba Allah)


Saya bertemu dengan seorang kenalan baru. Nama dia Lan(bukan nama sebenar). Dia tanya saya macammana nak pergi Makhamah Sungai Buloh.
(dalam hati saya)Saya pikir mamat ni otai ni..naik turun makhamah. Saya jawab, "Hospital Sungai Buloh gua tahu la".
Rupa-rupanya dia ni saudara baru(baru pun taklah baru sangat). Asal kelahirannya adalah agama Hindu.

Sekarang ni dia hidup sebatang kara sebab dia dah tak diterima makbapak dia. Pelajarannya tak tinggi..Cuma setakat sekolah rendah. Sekarang ni sering bertukar pekerjaan. Tapi iltizam dia untuk terus hidup di Kolumpo ini masih membara(anak matanya memberitahu saya).
Berbalik pada isu mahkamah..rupa-rupanya dia ingin menukarkan kad pengenalannya agar tertera perkataan ISLAM di dalamnya.

cut to

Situasinya Saya, Lan dan Hamba Allah bertiga dalam van di awal pagi membelah Lebuhraya Persekutuan yang sepi. Saya berpolemik dengan seorang hamba Allah yang lain. Lan kini hanya bertukar menjadi pendengar yang pasif.

Hamba Allah ini menempelak idea saya bahawa akar (darjah kefahaman tentang islam) perlu didahulukan berbanding perkara-perkara ranting (tukar IC..ceh).

Hamba Allah ini tak begitu merayakan pertentangan pendapat.
Saya mengeluarkan pendapat bahawa agama itu adalah hak antara manusia dengan tuhan...
Bukannya hubungan di antara masyarakat mahupun penguasa...maka tak perlu tukar IC.

Dia menyatakan keperluan tukar IC kerana penting untuk urusan pengkebumian(kajian kes kami). Saya mengeluarkan pendapat bahawa mati itu juga kerja tuhan. Sungguhpun seseorang itu Islam, andainya jasadnya dibakar menjadi abu lantas di buang di Sungai Gangga sekali pun dia, tetap Islam.

Mamat ni menyatakan sekiranya Lan mati tanpa sempat tukar IC, dia akan menimbulkan komplikasi kepada mereka yang masih hidup(ibubapanya yang beragama Hindu dan orang kita yang memiliki perkataan Islam pada IC mereka)...dan tindakan mati tanpa tukar IC satu tindakan yang tak bertanggungjawab.

Saya pikir hujah ini sangat dangkal!

Saya melihat dari sudut berbeza....
Sepanjang Lan hidup, siapa yang menagambil berat tentang dirinya?...melainkan dirinya sendiri. Wah..itu sudah semangat Nietzsche. Syabas Lan!!
Cumanya dia perlu lebih keras memenangi hati keluarganya kerna Islam tak membuang sanak saudara yang bukan Islam! Itulah yang nantinya, saya rasakan akan membuatkan penganut bukan Islam syahdu melihatkan kejernihan Islam. Amin..

Sistem sebetulnya adalah untuk kesenangan Ummah. Bukan untuk menyusahkan. Bilamana wujudnya kelemahan pada sesuatu sistem, post-mortem perlu untuk menaik taraf sistem yang sedia ada. Kerana sistem manusia tak pernah sempurna,jangan terlupa!
Hamba Allah ni mati-mati melihat saya sebagai seorang sosialis yang mahu meranapkan sistem. Salah tu brader...anarchy-lah..(biarlah apa gelaran sekali pun..itu hanyalah sebutir istilah dari gugusan jutaan perbendaharaan kata yang kita sering kabur akan maknanya!)
Contoh mudah..bukankah nama tuhan sendiri ada 99...mengapa kita hanya nak mempertahankan perkataan Allah...huh??

Ujarnya, individu sepatutnya hanya tunduk akur pada sistem yang sedia ada tanpa bersuara. Balas saya pula, sistem seharusnya perlu memberi ruang untuk individu bersuara. Tambahnya lagi, sudut pandang sebegini(pandangan saya) umpama virus perosak pemikiran masyarakat dan adalah mentaliti kelas bawahan. Terserah..katalah semahunya!

Akhirnya saya tak berniat untuk meneruskan dialog tanpa masa depan di dalam van tatkala dinihari itu kerana saya lebih suka menyusun bait-bait kata-kata di pojok sempit ini.
...Saya tahu orang yang tak merayakan perbezaan pendapat, kurang menyenangi perbezaan sudut pandang individu lain kerna merasakan firasatnya adalah suatu firasat yang Hakiki sememangnya sukar untuk diajak berdiskusi.


p/s - kepada Lan..moga kau selamat ketemui mahkamah. Andaipun kau sudah selesai urusan mahkamahmu...kau teruslah mencari Tuhan kerna kerja mencari Tuhan bukan habis setakat kau menukar IC lama kepada IC yang tertera perkataan Islam. Bukti kita Islam bukanlah pada IC. Noktah!

filem rujukan untuk kes kali ni "Sunan Kalijaga Dan Syekh Siti Jenar" ....orang yang berilmu itu tak semestinya mengerti!!


Tuesday, April 06, 2010

bagi betis nak peha (entri jerit yang tak kedengaran...aku tahan)


kau introduce seorang runner ke dalam team...
tugas runner adalah untuk bergerak untuk mendapatkan sesuatu..
tetapi aku jua yang kena bergerak keluar..(aku tahan..)

engkau tak ada transport
aku amik engkau...aku hantar..
lepas tu engkau suruh aku hantar rumah kawan engkau..
bukan urusan kerja..(aku tahan)
langsung amik bini aku..lewat dia marah..(aku tahan)

engkau set meeting awal..aku bangun pagi..aku sampai lokasi...
tunggu macam org gila..
alih-alih..kau tak tiba..
kau kata rumah engkau tak ada air..(aku tahan)
suka2 engkau suruh aku pergi sorang2..
aku sampai tak mandi sebab nak jaga masa orang..

aku tak pandai tertawa..
sebab senyum itu sedekah..
dan sebab lawak engkau memang tak boleh nak aku ketawa..
sebaliknya...(aku tahan)

bila aku lewat sikit..kau kemukakan hujah tentang masa oranglah...
begitulah..beginilah...
tapi kau lupa kau juga manusia..bukan maksum..
untung kau, aku jenis org yg tak suka senandungkan aib org..
malah bilamana kau buka mulut kau sahaja...
semena-mena akan terus berkata...saya bersalah tuan..

p/s...semoga kau bahagia dengan "kuasa" yang kau ada..
tapi kuasa pabila ianya berada di tangan si bodoh, akan pasti membuatkan aku tertawa dalam pada aku "menahan" kerna aku memang tak tahan

Monday, January 11, 2010

Tolong jangan bunuh rama-rama..!!


(bukan gambar rama-rama atau nyamuk!)



Kau bunuh rama-rama!
Rama-rama itu kau sangkakan nyamuk.
Rama-rama yang kau sangkakan nyamuk itu berlegar dalam kelambu.
Bengang akan nyamuk membuatkan kau membakar kelambu…

Rama-rama itu terkorban…
Tapi nyamuk tetap ada..
Tetap akan terus menggigit mu..
Kerna perisai mu telah terbakar..

Rama-rama yang lain kadang kala pasti akan muncul..(wallahualam)….
Selagi spesis ini masih bertahan..
Minta tolong perhati dengan teliti..
Tolong jangan kau bunuh rama-rama sekali lagi!

Tuesday, November 17, 2009

jikapun tuhan itu ada, ia tidak akan mengubah apapun..

" orang lain(engkau) itu adalah kematian(kegagalan) yang tersembunyi bagi kemungkinan-kemungkinanku(lulus periksa)..
..............................
jalur fahaman exsistensialisme yang menolak adanya ketentuan Ilahi..
belum ada rezeki awak, kata kau seraya menutup rezekiku tanpa rasa bersalah..
aku maklum, jikalau aku membontoti kau, aku boleh berjaya..aku sedar daripada listrik tubuh yang kau berikan..
masalah utama disini adalah tidak betah bagiku untuk membontoti kau..
faktor citarasa agaknya mungkin..
kau skema baju batik,firasatku..
skema yang lupa bahawa manusia itu sama taraf..
kau berharap agar aku tiup kembang bontotkau..julang namakau tinggi-tinggi..
sememangnya tekak aku rasa mual untuk meluahkan kata basa-basi yang tak aku maknakan dari lidahku..

.........................

kini ku mulai sedar

usaha+ampu = resepi kejayaan yang tak perlu tawakal

tahniah buat kau dewa manusia kerna berjaya menaikkan status diri mu tinggi dari Ilahi dalam percaturan kehidupan orang yang selalu gagal iaitu AKU



epilog
aku serik untuk selamanya gagal, lalu putuskan cita-citaku seterusnya untuk menjadi tuhan dan membalas segala perbuatan mu..
kau tidak tahu aku ini betapa pendendam orangnya...
bila nanti aku jadi tuhan dan ketika itu kau di kitar bawah perjalanan hidupmu..
kau akan mengerti rasa sesak nafas, ketiak berpeluh dan terkebil-kebil memahami keberadaan tatkala di asak sepertimana yang pernah aku rasakan..

............................
tajuk dipetik dari ayat buku Existensialism and Human Emotion (paris 1940)
terjemahan inggeris Bernard Frechtman
terjemahan melayu Dr Fuad Hassan

perenggan pertama ayat dari ayat buku Being And Nothingsess (paris 1942)
terjemahan inggeris Hazel Barnes
terjemahan melayu Dr Fuad Hassan


antologi mari menjadi Dewa lalu membalas kesumat dendam !

(dedikasi buat "Simone de Beauvoir"ku dari Jean Paul Sarte)