Wednesday, March 11, 2009

cerita hari ini

zombie and ghost train - mika kaurismaki
Berkisar tentang seorang basist hebat kaki mabuk di Finland yang meninggalkan segala yang dimiliki, akhirnya terdampar menjadi kaki mabuk di Istanbul. Drama kehidupan yang mempunyai elemen road movie dan pengakhiran terbuka.

the actor - mokhsen makhalbaf
Kisah tentang aktor popular di Iran dan bininya yang gila disebabkan terlalu inginkan seorang anak. Bininya memaksa beliau berkahwin dengan seorang wanita peminta sedekah yang pekak dan bisu. Akhirnya diketahui bahawa bini barunya itu hanya berlakon seolah-olah pekak dan bisu kerana kasihan akan bini lamanya.

Wednesday, February 18, 2009

selemah-lemah iman...(katakan TAK NAK)

kenapa aku rasa bersalah bila melaksanakan suatu kerja...?
mungkinkah inilah yang dinamakan was-was?

ceritanya begini...
aku buat job jadi gaffer untuk video dalaman sebuah kompeni rokok terkemuka tanahair(semalam)..
niat video itu bagus kerana bertindak sebagai wadah kritik terhadap pekerja yang melakukan kerja sambil lewa(tak amanah@"mengular") dalam melaksanakan tugasan harian..

tapi yang pasti, niat yang utama bagi suatu kompeni yang menjual barangan pastilah untuk mengejar angka jualan...

ya, aku menghisap rokok..tetapi aku tetap berasa sedikit bersalah untuk turut sama menjadi agen yang tak ditauliah secara rasmi untuk melariskan penjualan rokok...


*adakah aku benar-benar bersalah?
tapi kalau tiada angin masakan dedaun bisa bergetaran...apabila frekuensi getaran daun tinggi dari sepatutnya....luluhlah dedaun dari tangkai sujud menyembah sang bumi tak terkebumi

Tuesday, February 10, 2009

sejarah pasti berulang... (dedikasi buat en. Darul Ridzuan)

"aduh..kepala aku benjol..."rintih katak x
aku melompat-lompat dalam tempurung untuk keluar tapi hujung-hujung kepala aku yang kena..

katak x putus asa,dia berhenti melompat dan cuba berfikir ikhtiar lain untuk keluar..

dalam kesendirian di bawah tempurung..pelbagai persoalan akan keberadaan difikirkannya...antaranya..
apakah tujuan aku di bumi ini..adakah untuk memanggil hujan semata..??

juga antaranya...
kalau aku tak keluar...bagaimana nasib dengan berjuta-juta anak buah katak aku yang tengah berdemonstrasi panggil hujan di seantero belukar?..(lupa nak bagi tahu..katak x adalah ketua pemuda belia insaf di lukahnya)

kalau aku tak keluar...musti aku terlepas untuk menyaksikan filem baru pujaan... sifu dan tonga..(katak x suka filem tempatan..sebab dia sangat sokong produk tempatan...)
baginya..karya tempatan lebih dekat dengan dirinya berbanding karya besar seperti dark night dan the punisher...yang dianggapnya ganas - PG-13

setelah beberapa purnama dalam telengkup tempurung dan hampir dihidrasi
tiba2 tak semena-mena..ada kaki manusia yang gatal menyepak segala macam benda menyepak tempurung tersebut... katak x perlahan-lahan menjengok kepalanya sekeliling sambil tersengih panjang menghidu udara kebebasan..

busuknya udara bebas...
cis..badan aku rupanya...!!

sambil mandi membersihkan dirinya di suatu lopak, tatkala menonyoh ketiaknya yang berdaki...katak x terimbau akan sesuatu..
perjuangan aku satu ini masih tak selesai lagi...
katak x yang sedari kecil saat berudu lagi ingin menempa namanya dalam sejarah...

apa kata aku sematkan namaku sebagai jagoan lompat kijang??(acara lompat katak tak pernah disenaraikan)...
kerna aku mahir melompat...desis hati kecilnya..

katak x mula meregangkan tubuhnya beberapa ketika...dan gostan untuk mengambil lajak...

hati kecil katak x berdetik untuk kali ke dua...
aku dah hensem dan wangi..baru sahaja lepas mandi..nak lompat-lompat lagi??..
tak apalah..kalau busuk balik...aku mandi sekali lagi..cuaca pun mendung..rasa-rasanya kejap lagi hujan turunlah tu...

lagi satu..katak tua-tua bilang...detik fikiran ke dua adalah suara setan...


...petir menyambar dan kilat bersabung...
pasti ini petanda bagus buat ku..inilah masaku..


katak x berlari semahunya(tak laju mana pun) sebelum memulakan lompatan di garisan kuning tepi jalan dan melompat...
katak x mendarat di tengah jalan...ada dua garisan panjang...zasss...

riwayat katak x tamat.. digilis sebuah lori trailer plet siam di jalan beruas-ipoh di kawasan yang tanah dia tak rata sepanjang satu kilometer...

hujan perlahan-lahan menitis mula membasahi bumi...




****arakaian..demikianlah secebis roman tak klasik kisah katak yang selalu sahaja duduk di bawah tempurung...dan juga sering sahaja mati katak..
sejarah mestilah pasti berulang
..!! - sila rujuk kes pergusaran en idris dan en ghazali..sekitar tahun 70-an

Monday, November 10, 2008

impian musim sejuk....

malam dah mutasi menjadi panjang dan siang dah dikompres jadi pendek...
pokok kini separa bogel kerna daun-daun dah menceraikan diri dari sang dahan..
baju makan banyak lapis yang harus dipakai..

duit dalam poket ada sikit..tapi aku masih tetap berhasrat nak balik malaysia...

good luck untuk aku !!


....damba hangat mentari dan...bini!!

Thursday, July 17, 2008

antologi kesal yang tak sudah...

aku sering kesal akan diri aku sendiri, kemudian aku akan membuat tindakan yang membuatkan orang lain kesal terhadap aku juga..
aku nantinya dimarahi kerna membuatkan dirinya merasa kesal terhadapku..
impak yang aku inginkan hanyalah agar dia bersama-sama merasakan kesal terhadapku ...dan bukannya dimarahi..

bonus perasaan yang tak diduga=kena marah...

azamku agar aku dapat meminimakan kekesalan terhadap diriku...
dan melupakan terus yang aku pernah terjumpa(aku terjumpa dan bukannya aku sengaja mencari untuk berjumpa..HIKAYAT DEWI PANCA dan JEJAKA 2)...kerna itu merupakan suatu kekesalan yang tak berkesudahan...disamping penganugerahan bonus perasaan(kena marah) yang berpanjangan bila mana aku memetik dalam bentuk nota kaki kata-kata yang ternah tercipta yang bukannya untukku....

-moga suatu hari akan kau cipta jua suatu "hikayat" untukku..

hidup segan, mati tak mahu..

aku ada suatu obsesi yang membangkitkan rasa seronokku..tapi bila keseronokan itu ingin dikongsi bersama insan tersayang akan menimbulkan kemualan dan padanya, langsung aku mempersoalkan apakah keseronokan aku itu wajar aku kejarkan?
seterusnya timbul pula persoalan dibenakku kenapakah hasrat tuk berkongsi keseronokan bertukar menjadi cerita domba...??
adakah aku tidak sebetulnya mengenalinya...??
apa2 pun, semalamnya kami berkongsi menonton DEBAT bersama-sama...sama-sama berduka tentang perihal Anwar yang kembali ditangkap...


sedang menyelami akan makna bait2 mesra, kisah seronok Dewi Panca dan Jejaka 2 yang nantinya boleh aku sadurkan dalam kisah hidupku...kerna aku ingin kembali mengenalinya...
dalam baju..ada cinta..dan dalam cinta ada...ada kita ada semua
...jauhilah aku dari ke"tiada"an yang senantiasa kurasakan ini...

Wednesday, July 09, 2008

Friday, June 27, 2008

dendangkan lagi seloka keaibanku...!

aku suarakan padanya aku mencari pengalaman, dia mengamok...
aku menilai setiap sudut pengalaman yang telah aku peroleh,dia berterusan hanya memandang sejalur perspektif dengan penuh emosi(aku dituduh pengkhianat)...
aku menjumpai erti cemburu(dia penuh cemburu!) dari pengalaman ku..
tapi cemburu yang mula kurasakan itu bukanlah impak terus dari pengalaman, ianya impak daripada pengalamannya yang membalas pengalamanku...
aku tak sedar yang aku berlaku kejam ke atas dirinya, tapi dirinya kejam ke atasku dalam kesedarannya..
impian bahagia mungkinkah terlaksana...jika..
aku berusaha mendamaikan sengketa dalam pada dirinya berterusan mendendangkan seloka keaibanku..
seterusnya..ingin kunyatakan lagi biarpun dirinya tak akan percaya, tidak akan aku timba lagi pengalaman sedemikian rupa kerna aku kini tahu erti cemburu...

tulus ikhlas
AKU PENIPU BESAR (katanya)


nya - adalah bukan nama sebenar...
aku - adalah watak garapan longgar daripata individu nyata yang ternyata pernah menipu..

Saturday, June 21, 2008





esok balik..
duit tinggal tambang shuttle ke incheon..
takpe..asal ada rokok..

di bawah ini bukan karangan gua..tapi begitu bermakna(awek gua kasi gua, aduh menikam)..maka aku lampirkan di ruangan ini ..



Surat yang tak pernah sampai


Suratmu itu tidak akan pernah terkirim, kerana sebenarnya kamu hanya ingin berbicara pada dirimu sendiri..kamu ingin berdiskusi dengan angin, dengan nyamuk2 yang cari makan, dengan malam, dgn detik jam…tentang dia.

Dia, yg tak pernah kamu mengerti. Dia racun yang membunuhmu perlahan. Dia, yang kamu reka dan kamu cipta.

Sebelah darimu menginginkan agar dia datang, membencimu hingga dia mendekati gila, mentertawakan segala kebodohannya, kekhilafannya utk sampai jatuh hati padamu, menyesalkan magik yang datang secara naluriah setiap kali berjumpa. Akan kamu kirimkan lagi setiap tulisannya, dari mula nota sebaris sampai doa berbait2. Dan, gatallah pipi kerana geli. Bukti bahawa kalian pernah saling tergila2. Semoga ia pergi dan tak pernah menoleh lagi. Hidupmu, hidupnya, pasti akan lebih mudah.

Tapi sebelah dari kamu menginginkan agar dia datang, menjemputmu, mengaminkan kalian, dan utk kesekian kali, jatuh hati lagi, segila2nya, sampai batas gila dan waras pupus dalam kesedaran murni akan Cinta. Kemudian mendamparkan diri kalian di sebuah alam tak di kenali utk membaca ulang semua kalimat, mengenangkan setiap inchi perjalanan, perjuangan, dan ketabahan hati. Betapa sebelah dirimu percaya bahawa setitis air mata pun akan di hitung. Tak ada yang mengalir membazir. Segalanya pasti bermuara di suatu samudera yg tak terbatas, lautan yang bersanding sejajar dengan cakrawala…dan itulah tujuan kalian.

Kalau saja hidup tidak berevolusi, kalau saja sebuah momen dapat selamanya menjadi topik tanpa terganggu, kalau saja kekuatan kosmik mampu kejung di satu titik, maka..tanpa ragu kamu akan memilih satu detik bersamanya utk di abadikan..cukup satu.

Satu detik yang segenap keberadaannya dipersembahkan utk bersamamu, dan bukan dengan ribuan hal lain yg menanti utk dilirikkan pada detik berikutnya. Betapa kamu rela membatu utk itu.

Tapi hidup ini cair. Semesta ini bergerak. Realiti berubah. Seluruh simpul dari kesedaran kita berkembang mekar. Hidup akan mengikis apa saja yang memilih diam, memaksa kita mengikuti arus agungnya yang jujur tapi penuh rahsia. Kamu tidak terkecuali.

Kamu takut.
Kamu takut kerana ingin jujur. Dan kejujuran membuatkan kamu mulai ragu.

Dialah sebahagian terbesar dalam hidupmu, tapi kamu cemas.‘sejarah’ mulai tergantung di atas kepala. Sejarah kalian. Konsep itu menakutkan sekali.

Sejarah memiliki tampuk istimewa dalam hidup manusia, tapi tidak lagi melekat kukuh pada realiti. Sejarah seperti awan yg nampak padat berisi tapi ketika di sentuh menjadi embun lembut.

Senariao perjalanan kalian mengharuskan kamu utk sering menyejarahkannya, merakamkannya, lalu diulang tayang di kepala kamu sebagai Sang kekasih Impian, sang tujuan, sang inspirasi bagi segala mahakarya yang dimuntahkan dek dunia. Sementara dalam setiap detik yang berjalan,kalian musafir yang tersesat di padang. Berjalan dengan kompas masing2. Sesekali kamu bertemu berusaha saling tolenransi atas nama cinta dan perjuangan yang ‘tak boleh di sia2kan’. Kamu sudah membayar terlalu mahal utk perjalanan ini. Kamu pertaruhkan segalanya demi yang kamu rasa benar. Dan mencintainya menjadi kebenaran tertinggi.

Lama baru kamu menyedari bahawa pengalaman merupakan bahagian yg tak boleh dipisahkan dari hubungan yg di ikat oleh seutas perasaan mutual.

Lama bagi kamu utk berani menoleh ke belakang, menghitung, berapa banyakkah pengalaman nyata yang kalian alami bersama?

Sebuah hubungan yg dibiarkan tumbuh tanpa peraturan akan menjadi hantu yg tidak menjejak bumi, menjadi hutang moral, waktu, perasaan serta perkiraan kalkulatif antara dua pihak.

Cinta perlu dipelihara. Bahawa di dalam jatuh bangunnya yang serba mengejutkan, cinta ternyata masih memerlukan mekanisme agar ia mampu bertahan.

Cinta yang sudah dipilih sebaiknya diikutkan pada setiap langkah kaki, melekatkan jemari, dan berjalanlah bergandingan..kerana cinta adalah mengalami…

Cinta tak hanya fikiran dan kenangan. Lebih besar, cinta adalah dia dan kamu. Interaksi. Perkembangan dua manusia yang terpantau agar tetap harmonis. Kerana cinta pun hidup dan bukan Cuma maskot utk disembah sujud.

Dia, yang tak pernah menyimpan gambar rupamu, pasti tidak tahu apa rasanya menatap gambar kekasih..membayangkan rasa sentuh dari helai rambut, rasa hangat tubuh yang kamu hafal betul suhunya.

Dan kamu hanya boleh berkonsi kesedihan itu, ketidak relaan itu, kelemahan itu, dengan nyamuk2 yang putus asa, dengan malam yg menunggu pagi…

Sampai pada halaman kedua suratmu, kamu yakin dia akan faham, atau setidak2nya setengah faham. Sebahagian dari kamu yang merasa bertanggungjawab atas semua yang sudah kalian bayar demi mengalami perjalanan sedasyat itu. Dirimu yang kecil, tapi keras kepala, memilih utk tidak ikut pergi bersama yang lain, menetap utk menemani sejarah.

Mungkin, suatu saat apabila sekelumit dirimu itu mulai kesepian dan bosan, ia akan berteriak ingin pulang. Dan kamu akan menjemputnya lalu membiarkan sejarah membentengi dirinya dengan tembok tebal yang tak lagi boleh ditembus. Atau mungkin, ada suatu keajaiban mampu menguak kekeruhan ini, jadilah ia seperti kompas, bintang selatan…yg menunjukkan jalan pulang bagi hatimu utk akhirnya menemuiku.

Aku, yg merasakan apa yg kamu rasa. Yang ingin utk mengalami. Aku yang telah menuliskan surat2 cinta padamu. Surat2 yang tak pernah sampai.

Tuesday, October 16, 2007

this what we really called "Malaysia Boleh"

Liew Seng Tat's double win of the New Currents Award and the KNN Audience Award at PIFF with Flower in the Pocket tends to overshadow the substantial Malaysian presence there this year.
PIFF's Special Programs in Focus had 3 sections:
1. Three Colors of New Malaysian Cinema
2. Remapping of New Asian Auteur Cinema 3: Dariush Mehrjui
3. Edward Yang: The Memory of Taipei.
In the Malaysian section, apart from Flower in the Pocket which was in competition for the New Currents Award, 8 other films were shown:
5 features:
Mukhsin (Yasmin Ahmad)
Apa Khabar Orang Kampung (Amir Muhammad)
Waiting for Love (James Lee; world premiere)
Dancing Bells (Deepak Menon)
Cinta (Kabir Bhatia)
...and 3 short films (all world premieres):
1. As I Lay Dying (Ho Yuhang)
2. Nobody's Girlfriend (Tan Chui Mui)
3. Blue Roof (Woo Ming Jin)
Yasmin, Yuhang, James & Seng Tat and myself were present at PIFF as festival guests.
PIFF also co-hosted with Pusan National University a seminar on Three Colors of New Malaysian Cinema at which the Malaysian panelists (James, Yuhang, Yasmin, Seng Tat and myself) spoke on various aspects of the indie scene. PIFF also published a nice booklet with nice pics titled (what else) Three Colors of New Malaysian Cinema, with essays by Hassan Muthalib, Khoo Gaik Cheng & myself.
We also sponsored a Malaysian party on night of Sunday 7 Oct! Unfortunately, the rain prevented the full complement of guests from attending, after a leaking roof at the original venue, the PIFF Pavilion, forced us to move to Monaco Bar & Restaurant. Variety's daily paper reported in its Pusan parties round-up: "Throughout the night, rumors of what was happening in the Malaysian party trickled out, the most consistent one being that the best sushi in town was served there". Yeah, the food was nice, but then there were at least 3 other parties that night, so people were spoilt for choice.
Despite the inclement weather, spirits were not dampened, and it was gratifying to welcome supporters of the new Malaysian cinema (friends, fans, programmers, journalists, scholars, festival directors) as guests, including festival warrior Kim Dong-ho and Asian Film Market director Park Kwang-su. We were honoured and humbled by their presence.
There never was weather like this before at PIFF. Opening night in the huge Outdoor Theater at the Yachting Center looked set to be a disaster, but remarkably guests brave enough to venture to the seats in the rain found packets containing plastic raincoats there ready to shield them from the intermittent rain that plagued the night's proceedings.
The party was listed in the events list as being hosted by the Malaysian Embassy. Not true. There was no official Malaysian involvement in any part of the program at all - no press, no sponsorship, nothing.
PIFF's Special Focus aims to showcase new Asian indie cinema every year. When it focused on Indonesia a few years ago, the Indonesian Embassy hosted a reception. It did so even this year although there was only a couple of Indonesian films in the program. Our party was sponsored by kind souls Yasmin and Pete Teo and friends, and Kelab Seni Filem. PIFF paid for the rental of the alternative venue (Monaco) - a cool 2,000,000 won.
Pete Teo was supposed to perform at the PIFF Village next to PIFF Pavilion one hour before the Malaysian party. He too got washed out. But no matter; Pete had had his moment of glory when he was introduced as an actor on 3 gigantic screens and walked the red carpet on the opening night in full glare of the bright lights and a crowd of thousands in the Outdoor Theater.
Korean audiences went gaga over our films. They're certainly some of the most serious, devoted and intelligent cinema audiences in the world. Yuhang and James already have fan followings at Pusan. To them this year were added Yasmin's and Seng Tat's. Signing fan autographs must now be a bore for Yasmin, but Seng Tat was elated by the experience.
Seng Tat's win is a great (and perhaps unprecedented) encore for Malaysian cinema. Mui won the same award last year with Love Conquers All (shared with Yang Heng's Betelnut (China)). Although initial post-screening feedback was favourable for Flower in the Pocket, we thought strong vibes for Thailand's Wonderful Town (dir Aditya Assarat) indicated a convincing victory. Almost everyone we met was singing its praises. As it turned out, Seng Tat swept the field by winning both the New Currents Award (USD30,000) as well as the KNN Audience Award (USD20,000, given by the KNN Cultural Foundation to the most popular film in the New Currents section). Astonishingly, it was the top choice of the three titles in the jury vote, over Wonderful Town and Life Track (dir Jin Guang Hao, China/Korea). (The jury deliberated for 5 hours, according to inside info provided by Tony Rayns.) According to an AFP report posted by Amir Muhammad, jury head Dariush Mehrjui said, "We had great difficulty finding the winners, even though there were three to find. Luckily things did not get violent in the jury room but we had long debates". Obviously new-fangled cinema did not go down well for some of them (perhaps Dariush Mehrjui, veteran Iranian director?). Perhaps younger members of the jury won the day for Seng Tat - like Nan Yu (China's award-winning actress who starred in Lunar Eclipse and this year's Berlinale Golden Bear winner Tuya's Marriage (both directed by Wang Quan An), and Cristian Mungiu (Romanian director of this year's Palme d'Or winner 4 months, 3 Weeks and 2 Days).
Flower was funded by Tan Chui Mui's 2006 New Currents prize money. In true Malaysian indie spirit, Seng Tat said his money would fund Mui's next film.
There were many more Malaysians present at PIFF this year -
Mahyidin Mustakim & Bala (Finas) for AFCNet meeting
Kamil & Ismal (MDeC) for AFCNet meeting, who again kindly provided space at the market for our filmmakers to put up promo materials
Michael Chuah & Winnie (promoting their film Seed of Darkness)
Zahrin & Norman (KL Int Film Festival)
Zarina Abdullah & Ummi Khaltoum Abdullah (team from "Chermin")
Actress Deanna Yusof
Irwan, Vignes & Liang Huei (students at Korean National Univ of Arts)
Abdul Mutalib Awang (Dir of the Malaysian Tourism Promotion Bd, Seoul)
Darryl (this year's sole PIFF Asian Film Academy candidate from Malaysia)
- yes, a very large Malaysian presence at Pusan. Would that there was more unity of purpose and action.

wong tuck cheong

Thursday, August 16, 2007

lama menyepi?...ku..ku..ku dari kejauhan

pastinya sebab malas..

....kenapa tak berkongsi coretan...?????

"mereput"..(kita belajar kimia tentang proses pereputan-sengaja mengelarkan diri ini haiwan@tumbuhan..)

aktiviti sepanjang musim cuti panas sekolah yang tak membawa pulangan duit melainkan kegembiraan, letih dan makan percuma..

ekstra ciput bersama director short sebelum ni(The Villians) satu indipenden feature..scene konon2 parti malam filem festival..

tgh prepare graduation show budak tari Korean - gua handle bahagian visual@camera..

tgh buat shortlist graduation project tuk short budak broadcast China - shoot pakai HD kot..gua handle camera

gua lama lagi grad sih!..cis

tolong cameo tuk muzik video DJ indipenden - director dia muda lagi, tua dalam 2 tahun umur gua..work dah sampai Cannes.. DJ tu cool gak..mula2 main heavy metal..tukar punya tukar..la ni one man band..shoot hunjung minggu ni..gaya ala2 Micheal Gondry..

belajar bahasa korea level 3 hari2 sampai cuti musim panas habis 28 ni..

wallet hilang..tak ada IC sampai skrg(IC digelar Alien Card kat sini..tuk pendatang..keji tak?)


*oh ya..kalau di sini..pasti tak ada masalah "negaraku"..sebab di sini hanya ada "negara kami"...contoh bila berbicara..kita pakai "isteri saya"..di sini jadi "isteri kami"...segalanya kami(bank kami..keluarga kami..rumah kami)...pelik tapi benar..itu yang terjadi bila diterjemah secara literal..

jumpa takashi miike..yg buat audition, ichi the killer....berapa malam tak tidor..gembira punya pasal...

ok..selamat!

Monday, May 14, 2007

hidup kadangkala lakonan...

http://www.indieforum.co.kr/bbs/board.php?bo_table=movie&wr_id=22
sila copy dan tampal sebab saya tak pandai nak buat link automatik..terima kasih.

ni filem yg termenyibuk berlakon..maaf maklumat semua dalam korea..
aku pun tak berapa paham apa diorang tulis..

sabtu lepas 12 Mei..gi tengok tayangan...yang datang, aku ajak che gubard(gerak) & vignes(DOP aku) - malaysia, pimpaka wartawan thailand..jessica makcik human right filipina dan bono India. Banyak gak orang yang tergelak..aku doakan filem ni pergi jauh..boleh aku tumpang..hehehe..

cerita dia bercorak spageti vampire(aku punya istilah)..disampaikan dalam 2 act.
act pertama ala2 dokumentari..perkenalkan karakter...semua karakter(4 orang) aku sbg. osama - malaysia, guanse sbg. guanse - vietnam, ziyar sbg. momo - myanmar, syakir sbg. tona - bangladesh. ada inter cut stock footage..ada caption.. sedikit komidi.


act kedua..
waktu kami berempat tgh di pub, time perlawanan korea dan perancis, orang-orang korea bertukar jadi vampire..makan orang..ganas2..guanse dan momo mati kena kunyah dek vampire..aku dan momo terselamat dalam kejar mengejar yang menghiburkan..

ending tak kata menang atau kalah..hanya memaparkan..aku dan momo berjalan di Gangwhamun, kereta senua di padamkan melalui kesan khas..tatkala vampire korea lari menyorok diri waktu fajar menyinsing..

dirakam menggunakan panasonic P2..durasi lebih kurang 30 min. filem ni merupakan projek akhir pelajar master yg merupakan bekas filem kritik/filem review majalah legendary KINO(akhir dekad 90-an, dah tak ada majalah ni...dia punya kepentingan macam majalah cahiers du cinema perancis untuk orang korea)
best gak tgk diri sendiri di layar lebar..pengalaman yang macam mustahil dah nak dapat..hehehe..

*filem gua (video aja sebenarnya) tgh editing..mimpi jugak tayang kat panggung...tapi yang penting habiskan editing dulu..hehehe

* oh ya..jumpa pengarah indie korea yg bercakap tentang pengarah Zai Kuning, malaysia..aku pun tgh checkout background pengarah ni..sebab dengar2 summer ni ada projek nak shoot kat singapura..prijek koloborasi..boleh menyelit sanan sini pun cara..(cis opportunis betul!)
sekian!

Thursday, May 03, 2007

wajar?

안녕하세요.



내일 오후 3시부터 4시까지 성교육이 있습니다.

꼭 참석해주세요.



Special Education Series for AMA students



First Education Series



"Education on Sexuality"



- English teaching Education

- Date: 5. 4(Friday, tomorrow)

- Time: 3:00~4:00 (1 hour only)

- Place : New Film School Room #139



*Class absense document is prepared.



내일 봅시다. 꼭 오세요.

좋은 하루 되세요.



입학교류팀 정진임 드림

Tuesday, March 27, 2007

perlawanan filem...(sedikit tentang festival)



Bermula di Venice sekitar tahun 1930'an pada era Mussolini. Ianya merupakan hiburan mewah untuk golongan atasan dan hanya sebuah filem ditayangkan dalam sehari. Lepas menonton, mereka akan bersosial dan membicarakan filem yang dilihat. Waktu itu tidak ramai orang yang mampu melancong, biarpun kaya. Maka mereka pun melanconglah menerusi medium filem. Kemudian lahir pula Cannes, Berlin, Moscow (bukan tertib sebenar) dll.
Memandangkan pensyarah saya orang Jerman dan bawa pula seorang kawan German(tak sempat nak catat..tapi bukan Wim Wanders), seketeriat Festival Filem Berlin(bahagian menemukan filem-filem untuk dijemput masuk festival); dah sah perbincangan lebih terarah kepada Festival Filem Berlin khususnya dan lain-lain festival amnya.

Festival Filem Berlin diasaskan oleh warga Amerika, 1951. Diadakan pada musim panas(akhir Jun hingga awal Julai) setiap tahun untuk mempromosikan budaya dan kefahaman tentang budaya. Selang beberapa tahun kemudian, warga Jerman mengambil alih sendiri pengurusan festival dan juga agenda distribusi. Meremang bulu roma saya saat mamat Jerman ni sebut nama Amir Muhammad, Yasmin dan Tan Chui Mui. Satu nikmat pada saya penggemar filem warga Malaysia yang mungkin sama nikmatnya dengan orang Muslim yamg dengar azan.

Festival merupakan tempat berkomunikasi, beriadah, bergumbira ; maka tidak hairanlah En. Truffaut, En. Godard dan rakan-rakan gelombang baru mengganggu kelansungan Festival Filem Cannes 1968. Sebabnya adalah kerna tika itu, sosio-politik Perancis tengah tegang dan pembikin filem yang sentiasa berceritakan aspek kemanusiaan harus ada bersama-sama manusia di jalanan. Maka komunikasi warga bawah wajar diteliti untuk seketika. Lanjutan daripada itu, muncullah kategori Director Fourtnight di Cannes.

Rakyat Malaysia menolak filem mereka sendiri?..tidak mengapa.. Festival Filem Berlin juga kadangkala menolak filem-filem Jerman yang menang Oskar. Kim-ki Duk dan Hoo-sang Soo juga lebih disanjung oleh orang luar berbanding rakyat Korea sendiri. Maka fenomena ini agak normal bagi filem2 yang dianggap membuka pekung di dada. Dah pekung..tentulah orang tempatan nak selindung dan orang luar yang lain konsep bau pekung gembira dengan menadahkan nyiru. Pokoknya soal estetika individu, maka beranaklah istilah seperti "festival nyamuk" dan seumpamanya. Tak ada yang betul dan tak ada yang salah. Yang menariknya, al-kisah di Malaysia sama seperti di Jerman...individu yang ribut menuding aspek bobrok beberapa scene daripada keseluruhan filem; rata-rata tak menonton filem.

Sebagai kesimpulan(kesimpulan saya), setiap festival ada objektif. Takda festival yang nak akan rugi. Cara perlaksaannya pun berbeza. Juadah rohani dan jiwa juga berbeza. Siapa yang tak pernah pergi filem festival, tanamkan keazaman untuk bertandang mana-mana festival terkemuka. Mungkin sebagai sukarelawan, pembikin filem, sebagai ahli perniagaan mahupun sebagai penonton...banyak faedahnya. tapi kalau asyik pandang negatif filem...tak dapat nak tolong.

Nak lebih lagi jenguklah wikipedia. Maklumat tentang bengkel-bengkel pendek tiap festival juga boleh didapati. Manalah tahu, peluang anda adalah seperti si sabut..bakal timbul di permukaan mana-mana festival nyamuk terkemuka.

..marilah tonton filem Malaysia di panggung wayang(tak kisah nukilan sutradara manapun) dan bukan hanya tunggu kemunculannya di kaca tv musim raya mahupun beli dvd(yang rata-rata tak asli sebab yang asli punya mahal). Dah tonton dua tiga kali di pawagam, kalau nak beli dvd yang tak ori tu, kira halallah.

*Teruja dengan aktivis perfileman di Korea(kuli, pengarah, produser dan penggemar) yang turun berpiket di jalanan menentang hegemoni Hollywood.

Andaikata mamat Jerman ni tipu saya, maka saya pula menipulah anda semua..
wassalam

Friday, March 23, 2007

Ayuh Jack... bikin filem ! (walau pun hanya angan-angan, ianya tetap indah)



sehari selembar benang...

cinematic success is not necessarily the result of good brain work, but of a harmony of existing elements in ourself that we may not have ever been consious of: a fortunate fusion of subject and our deeper feeling, an accidental coincidence of our own pre occupation at a certain moment of life and the public.

Definasi bijak susah dan subjektif, memang ada ujikaji yang menentukan tingkat kecerdasan IQ individu. Tapi perbandingan antara individu tidak praktikal. Ya untuk masuk universiti perlu lulus ujian, tetapi punca kegagalan tidak boleh dilihat hanya atas dasar kebodohan semata. Jikapun bodah itu ada dalam diri, kita masih punya elemen-elemen lain. misalkata bodoh+sombong, bodoh tapi terguris bila kena seranah, bodoh tapi hormat orang tua, bodoh tapi hensem. Nah segala macam jenis bodoh di campur elemen-elemen lain lagi.

Mengapa saya berbicara tentang kebodohan?..kerana sang bodoh juga punya mimpi.

Kembali kepada kata-kata En. Francois Truffaut di atas, kepada sesiapa yang merasa dirinya tidak pandai(kita dalam satu kapal) dan masih bercita-cita untuk jadi pengarah filem... teruskan.

Ayuh Jack bikin filem!

*Kepada individu yang tak berhasrat nak jadi pengarah filem dan ditakdirkan membaca blog ni, boleh disesuaikan mengikut citarasa masing-masing. Saya tak paksa agar semua orang buat filem. Nantinya terlebih kuah daripada sudu, akibat banyak sangatlah pulak filem-filem yang diterbitkan(tapi, bagus jugak meriah industri..maksud saya industri dalam ertikata sebenar).

*gambar di atas gambar rembat!
wassalam

Wednesday, March 21, 2007

Strabismus (Juling)


Kemelut politika berikutan salah faham antara satu sama lain. aku cuba melihat persoalan ini dari pelbagai perspektif sebaik mungkin.
Kedua-duanya sayang akan benda (dalam hal ini, benda adalah negara) yang sama tetapi pendekatan yang diambil adalah berbeza.
bak kata pepatah... ada yang sayang bini tinggal-tinggalkan, ada yang sayang bini dibiarkan bini terus menerus tak tahu memasak dengan membeli makanan di kedai..
berdasarkan hanya dua pepatah ini dah dapat kita lihat dua konsep sayang yang berbeza...
*hidup Pepatah-Petitih - Pak Sako (zaman kehangatan Gila-Gila dulukala)
..keseragaman pasti akan membosankan...bukankah "gurau senda bawak bahagia?"
kepada yang kiri, teruskan dengan kekirian anda...dan kepada yang kanan, teruskan dengan kekananan anda....masing-masing punya tanggungjawab sebagai manusia di bumi bertuah..

anak itik berenang-renang,
dalam kubang di tepi paya,
adik saja terkenang-kenang,
abang sikit pun tak ingatkan saya.

*sapa kata abang tak ingat?..bukan abang saja..malah "our big brother" pun senantiasa ingat malah senantiasa memantau..wassalam!

Friday, March 16, 2007



aku dah bergelar pakcik...tua dah aku ni rupanya..tahniah kepada kak anne dan abang halim yang dah bergelar ibu dan bapa..tanggal 8 march 2007..dua hari lepas aku berangkat..

Tuesday, November 21, 2006

Entahlah...

Kadang kala benda yang kita inginkan datang pada masa yang serentak..nak dilepaskan satu terasa sayang, untuk direbut ke duanya mungkin terasa tamak…tapi naluri tetap menginginkan ke duanya.
Peluang berlakon walaupun Hang Cangkul dalam filem (memang filem 16mm bukan video!) adalah suatu klimaks yang tak selalu diperolehi. Lainlah kalau aku jadi Woody Allen. Tapi aku tak sedahsyat beliau untuk berlakon dan mengarah serantak. Kalau berlakon aku hanya akan berlakon (gulung kabel pun malas nak layan - kata pelakon..hehehe) dan kalau mengarah aku hanya rasa nak mengarah.
Satu lagi adalah peluang ataupun lebih tepat disebut tanggungjawab menggembirakan orang tua. Peluang untuk menyejukkan hati makbapak hanya boleh dilakukan sementara orang tua ada dan sementara aku ada. Tanggal 16 Disember ni tempat belajar lamaku bakal mengadakan konvo. Mamaku teringin benar melihat aku atas pentas ambik diploma. Aku akur..kalau akulah - tak konvo pun tak pe…tapi …
Bila dah besar-besar sikit ni dah boleh pikir jugak perasaan orang tua. Yelah..rebel tetap rebel (kata suka sosialis!) tapi tak gamak untuk tak penuhi hasrat diorang.
Aku buat masa ni mampu merancang dan berdoa agar boleh konvo dan jadual berlakon dapat dianjakkan ke sedikit belakang dari tarikh yang jatuh di hari konvo. Maka kalau perancangan ni berhasil…perayaan berganda bagi ku.
Tapi yang pening sekarang ni adalah shooting universiti aku aku dgn Beijing Film Academy (tempat Chen Kaige, and Zhang Yimou belajar dulu-dulu) yang dok asyik pinda entah bila nak mula. Dalam produksi ni aku jadi tukang gulung kabel and angkat lampu. Tak kisah, boleh buat network..selamba. Gulung kabel tapi jam kredit = 6. Banyak tu, kalau tak gulung wayar lawa2 alamaknya CGPA jatuh la.
Erm..kenapa korang perlu baca semua ni entahla…mungkin aku nak berkongsi jiwa kacau aku dengan korang dalam medium tulisan.
So kesimpulan, tak ada apa yang boleh tersimpul. Macam karnival kehidupan watak-watak filem Felini. Penghujung yang ambiguiti. Tapi tak salah merancang. Sekurang-kurangnya mengurangkan peratusan ketaktentu haluan hujung pangkal!

Yang penting dalam hidup ni idea dan usaha” – Rozana Cinta 87.

Monday, October 30, 2006

Anjing Demokrasi


Selesai aku parking motor, baruku sedar ada anjing tengah bertugas. Bukan anjing betulpun, RELA aja sebenarnya. Tapi macam biasa, bila individu itu dah ada kuasa sikit, mulalah tak betah untuk tunjuk belang. Buat-buat penting kawal lalu lintas. Kampungku pekan koboi - apa yang nak dikalutkan tentang lalu lintas?
Aku masuk supermarket. Beli barang. Tak ingat apa benda-benda yang aku beli. Tapi ada benda yang aku cari tak jumpa.
Aku hidupkan enjin aja dia mintak tunjuk lesen. Aku matikan enjin. Entah kenapa aku haritu rasa macam nak menjawab. Mungkin angin sebab cari benda tak jumpa agaknya. Dia anjing India. Aku bukan bersifat rasis, kalau dia anjing sebangsa denganku pun persepsi aku terhadap android ini tetap sama.
“Kalau saya ada lesen kenapa dan kalau saya tak ada lesen kenapa?”
Dia memandang aku tak puas hati.
Aku pandang dia balik. Aku keluarkan IC dan lesen. Dia belek lesen aku. Tak ada menda yang tak kena. Di mula membelek motor aku.
Pasti cuba mencari kesalahan biarpun salah aku hanya pada kegatalan aku menjawab sebentar tadi. Kemudian dia berhasil menemukan apa yang dihajatinya. Aku punya cermin sisi ada sebelah aja. Anjing kota KL pun tak saman aku sebab cermin sisi sebelah aja tapi anjing kampung pulak yang saman.
Habis dia karang surat saman, aku ucap terima kasih kepadanya.
Sebelum berlalu aku katakana padanya,”Semoga apa tindakan yang anda lakukan atas dasar kebenaran dan tidak dipengaruhi dasar emosi!”
Dia tengok aku lagi, aku balas lagi, “Selamat jalan!”
*****
Kesan peristiwa tu, aku tak perbaharui cukai jalan hingga kini. Lebih 4 tahun dah. Aku bukannya mat rempit sangat. Motor aku cuma ubahsuai ekzos sikit aja. Itu pun sebab suka akan bunyi-bunyian halwa telinga yang indah. Ekzos standard tak memenuhi estetika gegendang telingaku.
Kenapa aku anti polis? Entah..mungkin sebab meluat tengok imej polis yang terlalu maksum dalam drama siri polis terbitan Yusuf Haslam. Maka salah dia dan tv stesyenlah yang membuaklan aku mual.
Satu lagi sebab prejudis sang polis terhadap sang penunggang motorsikal yang rata-ratanya warga kelas bawah. Polis-polis ni sebenarnya pun sama, tergolong warga kelas bawah gak. Tapi bila pakai unifom, garang dia macam Pendekar Musang Si Guntang aja.
Sampai bilakah agaknya orang yang memiliki kuasa tak akan menyalahgunakan kuasa dia? Terbaru kes wakil parlimen di negeri Selangor. Ha..kan Sultan dah murka. Tapi jangan tunggu hingga sultan tegur aja baru nak sedar. Sebab menda ni amanah. Definasi zalim adalah - tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dalam kes ni, idea anarki mahupun komunisme pun bagus gak…tapi kita ni dah terlanjur demokrasi berpelembagaan, laksanakanlak sejujur mungkin. Aku yang tak menyediakan bunga emas buat menutup kes mendapat ubat. Itulah harga aku bayar untuk menegakkan demokrasi…anda bagaimana?
*oh ya..gambar di atas aku ciplak dari manatah..tapi bila ciplak dan nyatakan yang aku ciplak rasanya tak salah. Agaknya...

Friday, October 27, 2006

Seputar di Festival Filem Antarabangsa Pusan 14-18 Oktober 2006





Festival jatuh bulan posa lagi. Rongak lagi posa aku. Dah la mula Ramadan dok asyik shooting. Entahlah..
Tahun ni berpeluang dengar master class Istvan Szabor dan Tsai Ming Liang. Tengok Yu Hang duduk sebelah Andy Lau atas pentas utama kat pantai dari jauh (kenapa tak percaya! Pelakon iklan RHB yang juga seorang sutradara).

Jumpa Tan Chui Mui dengan filem baru dia Love Conquers All (2006) (sebelum ni dia buat Hometown (2003) A Tree in Tanjung Malim (2004) Company Mushrooms (2006))
Pasti tak dapat tayang kat major panggung wayang kat Malaysia sebab explicit scene. Adakah filem ini hanya merupakan filem untuk festival…wallahualam sebab aku tak sempat bertanya pada sang pengarah.

Master kelas Tsai Ming Liang best pada aku. Dia berbicara tentang hala tuju perfileman Korea yang kini berkiblatkan Hollywood. So agenda pemasaran filem2 yang sedikit lari dari kerangka mainstream tersasar. Filem2 yang ikut formula genre bakal mendapat tempat di kalangan pelabur. Memandangkan dia ni kuat falsafah, dia gebang sedikit pasal kasut. Begini ceritanya..
Ada seorang sami yang kerap melanggan pembuat kasut (straw shoes..aku pun tak tau ni jenis kasut apa!) yang dalam fasa hidup segan mati tak mahu. Satu hari dia beli kasut ni dan membayar dengan harga yang ekstra - bukannya tips. Maka Si Sabarudin (just homage to P Ramlee) ni pun tanya. ”kenapa bayar lebih?”. Sami yang agaknya sebab kuat sangat berjalan maka kasut dia sering sahaja haus ni menjelaskan bahawa dia kesian tengok Sabarudin ni. Kalau Sabarudin tutup kedai, Sami ni akan mati kutu nak beli kasut kat mana.
Kesimpulan Tsai Ming Liang sarankan agar para produser mengikut jejak si Sami. Tapi Sami ni hati mulia biarpun tak beriman. Sedangkan rata2 produser dahlah tak beriman, tak berhati mulia pula (profit, profit dan profit..tanggungjawab sosial tak pernah terfikir)…..bagai mana agaknya kepada pembuat filem yang kerjanya berlipat ganda susah dan mencabar berbanding pembuat kasut (tak ada niat memperkecilkan para pembuat kasut sedunia – sekadar metafora kasar).

Seleksi filem sempat tonton – Kabul Express - Afganistan, Fantasma – Argentina, I don’t Wanna Sleep Alone – Taiwan, Love Conquer All - Malaysia, Opera Jawa – Indonesia.